LUPA ID PASSWORD PADU(Reset Kata Laluan)

LUPA ID PASSWORD PADU(Reset Kata Laluan)

LUPA ID PASSWORD PADU

Kepada warga penduduk Malaysia, bermula tahun 2024 sistem PADU akan dibuka kepada orang ramai. Pastikan anda yang berkelayakan membuat pengemaskinian di dalam sistem PADU supaya medapat bantuan seperti subsidi bersasar. Bagaimana jika anda lupa id dan password PADU? Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk reset kembali, semoga membantu.

 

APA ITU PADU

Pangkalan Data Utama (PADU), mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

 

OBJEKTIF PADU

Berikut adalah merupakan objektif PADU iaitu:

  • Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
  • Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  • Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

 

MATLAMAT PADU

Berikut adalah merupakan matlamat sistem PADU iaitu:

  • Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  • Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
  • Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  • Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.

 

SYARAT KELAYAKAN PADU

Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

 

TARIKH KEMASKINI MAKLUMAT PADU

Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat individu dalam Sistem PADU akan bermula pada 2 Januari 2024

 

CARA RESET KATA LALUAN PADU

Kepada anda yang lupa ID dan Password PADU, berikut adalah merupakan cara untuk anda resetkan kembali iaitu:

  1. Layari pautan PADU
  2. (Langkah seterusnya akan dikemaskini kemudian)

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PADU

Apakah manfaat yang saya perolehi dengan mengemas kini maklumat PADU?

  • Anda berpeluang untuk menerima bantuan atau perlindungan sosial yang sewajarnya

Bilakah saya boleh membuat pengemaskinian maklumat ?

  • Anda boleh mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan.

Adakah PADU sama dengan program ID Digital Nasional (IDN) ?

  • PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian. Buat masa kini, sistem PADU menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja. Pengintegrasian IDN dengan sistem PADU akan dilaksanakan kelak.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara reset ID dan Password PADU, anda boleh melayari portal rasmi di pautan Pangkalan Data Utama

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment