e-DENTIST (Semakan Permohonan Penempatan Doktor Gigi Lantikan Baru)
Sekiranya anda merupakan Pegawai Pergigian UG41 (Lantikan Baru) Kementerian Kesihatan Malaysia, seharusnya anda mendaftar akaun anda melalui sistem e-Dentist dan membuat permohonan penempatan. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.
APA ITU SISTEM e-DENTIST
e-Dentist merupakan sebuah portal dalam talian yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memudahkan Pegawai Pergigian UG41 (Lantikan Baru) membuat permohonan penempatan mereka.
KELAYAKAN PENGGUNA e-DENTIST
Portal e-Dentist ini hanya boleh digunakan oleh pegawai yang sudah lulus tapisan SPA sahaja, bukanlah graduan pengajian yang telah tamat pengajian. Permohonan penempatan melalui sistem ini adalah tertakluk kepada kekosongan dan berdasarkan prinsip “first come first serve”.
TARIKH BUKA SISTEM e-DENTIST
Berikut adalah merupakan tarikh sistem ini dibuka:
- Pegawai Pergigian Lantian 1/2021
- Sistem ini akan dibuka mulai jam 12.00 tengah hari, 24 Mac 2023 (Jumaat) hingga 6 April 2023 (Khamis) untuk permohonan penempatan yang disenaraikan dalam Sistem eDentist (tarikh lapor diri 7 April 2021).
- Pegawai yang menerima tawaran pelanjutan ini akan menerima notifikasi e-mel daripada pihak pentadbir melalui e-mel yang didaftarkan di sistem eDentist .
- Sila login ke sistem mulai tarikh ianya dibuka dan muat turun surat tawaran pelanjutan tersebut dan mengembalikan surat jawapan setuju terima ke Bahagian Sumber Manusia, KKM melalui e-mel [email protected].
- Pegawai yang layak menerima tawaran pelanjutan ini adalah pegawai yang masih aktif berkhidmat di KKM secara kontrak.
PROSES PERMOHONAN SISTEM e-DENTIST
Berikut adalah merupakan proses permohonan bagi Pegawai Pergigian UG41 (Lantikan Baru) iaitu:
PERINGKAT | LANGKAH-LANGKAH |
Tamat pengajian | Mendapat keputusan semester akhir |
Permohonan pendaftaran MDC | Mohon pendaftaran dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) |
Permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) | Permohonan jawatan Pegawai Pegawai Perubatan UD41 di dalam perkhidmatan awam melalui portal rasmi SPA. Daftar Di sistem SPA9 |
Kemukakan senarai semak permohonan penempatan ke Bahagian Sumber KKM | Muat turun senarai semak permohonan penempatan Pegawai Pergigian UG41 di www.moh.gov.my – Muat Turun – Warga KKm – Muat Turun Borang (Pengamal Perubatan) – Senarai semak dokumen permohonan penempatan |
Hadir Temuduga di SPA | Hadir temuduga oleh SPA. Calon Berjaya – dimaklumkan melalui Sistem SPA9. Calon Gagal – perlu hadir semula |
Permohonan penempatan di e-Dentist | Sistem akan dibuka selama (1) minggu untuk calon membuat pilihan penempatan. Calon akan mendapat dokumen pelantikan melalui sistem ini |
Dapatkan Sijil Pendaftaran MMC | Tuntut sijil pendaftaran di MMC dengan mengemukakan salinan surat tawaran |
Program Tranformasi Minda | Lokasi PTM akan dimaklumkan dan surat panggilan PTM akan diberikan melalui aplikasi eHousemen selewat-lewatnya 1 minggu sebelum tarikh PTM |
CARA DAFTAR e-DENTIST
Kepada anda pengguna kali pertama yang ingin membuat pendaftaran akaun, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan pendaftaran eDentist: https://edentist.moh.gov.my/auth/main
- Sila scroll ke bawah dan klik pada hyperlink “Pendaftaran Baru“
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik pada Login Pegawai
- Isikan maklumat yang dengan lengkapkan dan klik daftar
- Setelah, anda telah berjaya mendaftarkan akaun anda
CARA LOGIN eDENTIST
Setelah anda berjaya mendaftar akaun, berikut adalah cara untuk login aiitu:
- Layari pautan Login eHousemen: https://edentist.moh.gov.my/auth/login
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan dan klik Login.
- Selesai, anda telah berjaya log masuk ke dalam akaun anda
PANDUAN PPENGGUNAAN eDENTIST
Sekiranya anda memerlukan panduan lengkap untu permohonan penempatan dan penangguhan bagi pegawai perubatan, anda boleh merujuk melalui manual di bawah:
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai e-Dentist KKM, sila hubungi Bahagian Sumber Manusia ditalian/ emel berikut :-
- Hubungi: 03-8883 2795/ 2798/ 2803
- Email: [email protected].
ARTIKEL BERKAITAN:
- BORANG UJIAN DASS (CARA BUAT UJIAN SARINGAN KESIHATAN MENTAL KKM ONLINE & PDF)
- e-PLACEMENT KKM (Permohonan Penempatan Pegawai Lantikan Baru)