SENARAI KATEGORI INI TIDAK LAYAK TERIMA STR 2023
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 telah dibuka bagi membantu dan meringankan keluarga, isi rumah, bujang yang kelayakan untuk meneruskan kehidupan di Malaysia bagi tahun 2023.untuk membuat permohonan ini semestinya anda syarat kelayakannnya. Disini kami akan kongsikan kepada anda syarat kelayakan dan kategori tidak layak terima STR, semoga membantu.
APA ITU STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
TARIKH PERMOHONAN STR 2023
Permohonan secara fizikal / manual melalui borang kertas bermula 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023 (tertakluk kepada perubahan).
KADAR BAYARAN STR
Berikut adalah merupakan jumlah bayaran asas STR yang akan diterima mengikut katagori iaitu:
KATEGORI | PENDAPATAN | BILANGAN ANAK / NILAI BANTUAN | |||
0 | 1-2 | 3-4 | ≥5 | ||
Isi Rumah | RM2,500 dan ke bawah | RM1,000 | RM1,500 | RM2,000 | RM2,500 |
RM2,501 – RM5,000 | RM500 | RM750 | RM1,000 | RM1,250 | |
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan | RM5,000 dan ke bawah | RM600 | – | – | – |
Bujang | RM2,500 dan ke bawah | RM350 | – | – | – |
KELAYAKAN PERMOHONAN BAHARU STR 2023
Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
Isi Rumah |
|
Warga Emas Tiada Pasangan |
|
Bujang |
|
KATEGORI TIDAK LAYAK STR
Berikut adalah merupakan antara kategori tidak layak STR iaitu:
- Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
- ANDA merupakan seorang warga asing yang tiada MYPR atau MYKAS atau pendatang tanpa izin PATI
- ANDA bukan merupakan warganegara Malaysia
- ANDA memiliki pendapatan isi rumah secara kasar melebihi RM5,000 sebulan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai senarai kategori tidak layak STR, anda boleh layari pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
ARTIKEL BERKAITAN
- STR 2023 BELUM MASUK? Semak Status Pengkreditan
- LUPA KATA LALUAN STR? Ini Cara Set Semula Password Jika Akaun Disekat
- STR LOGIN 2023 (Log Masuk Sumbangan Tunai Rahmah)
apa maksud status “pedalaman”?