CARA TEBUS TAMBANG PERCUMA PERKHIDMATAN RAPIDKL (My50/ Pas Konsesi/ Kad Touch ‘N Go)

CARA TEBUS TAMBANG PERCUMA PERKHIDMATAN RAPIDKL (My50/ Pas Konsesi/ Kad Touch ‘N Go)

TAMBANG PERCUMA RAPIDKL

Adakah anda pengguna Rapid KL? Sekiranya ya, Rapid KL kini menawarkan perkhidmatan perjalanan percuma RapidKL (RKLFR) selama sebulan. Disini kami akan kongsikan maklumat dan cara penebusan melalui aplikasi PULSE, semoga membantu.

 

APA ITU PULSE

PULSE atau singkatan dari ‘Planning Your Lifestyle Efficiently’ (Rancang gaya hidup anda dengan cekap) merupakan salah satu lagi inisiatif daripada Kumpulan Prasarana bagi meningkatkan lagi kemudahan dan kecekapan pengurusan untuk orang ramai yang setia menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Kumpulan Prasarana.

 

TUJUAN PERKHIDMATAN PERCUMA RAPIDKL (RKLFR)

RKLFR adalah salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat disamping mempromosikan penggunaan pengangkutan awam.

 

TEMPOH PERKHIDMATAN TAMBANG PERCUMA RAPIDKL (RKLFR)

Tempoh masa perkhidmatan yang ditawarkan secara percuma selama 16 Jun 2022 hingga 15 Julai 2022:

  • 6 pagi hingga 11.30 malam untuk semua perkhidmatan Rapid KL (LRT/ MRT Laluan Kajang / Monorel / BRT/ Bas Rapid KL / Bas Pengantara MRT)
  • 3 petang hingga 11.30 malam untuk MRT Laluan Putrajaya.

 

SYARAT PERKHIDMATAN PERCUMA RAPIDKL (RKLFR)

Berikut adalah merupakan terma dan syarat yang ditetapkan:

 

CARA TEBUS TAMBANG PERCUMA RAPIDKL (RKLFR)

Berikut adalah merupakan cara penebusan tambang percuma ini.

  1. Memuat turun aplikasi Pulse Myrapid yang tersedia di dalam Google Play atau Apple Store, dan mendaftar akaun serta mengisi maklumat menerusi borang yang disediakan. Setelah borang dilengkapkan, pengguna hanya perlu membuat tangkapan skrin dan menunjukkannya kepada pegawai di stesen ketika melalui gantri untuk ke landasan rel atau apabila menaiki bas.
  2. Borang turut disediakan di semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL, hab bas terpilih, di dalam bas dan boleh juga dimuat turun menerusi laman web dan platform media sosial Rapid KL. Pengguna perlu mengambil gambar atau bahagian atas borang yang telah lengkap untuk menikmati tambang percuma ini.
  3. Kad TouchN’Go masih perlu disentuh seperti biasa untuk keluar dan masuk. Ini adalah untuk tujuan kawalan dan pemantauan. Tiada sebarang caj yang akan dikenakan.

 

CARA PENEBUSAN BAGI PAS My50

Kepada pelanggan yang telah melanggan pas perjalanan tanpa had My50 pada 16 Jun 2022, berikut adalah merupakan cara penebusan:

  • Bagi pelanggan yang telah membeli pas My50 pada 16 Jun 2022, anda mesti menebus perjalanan percuma 30 hari di antara 23 hingga 25 Julai 2022 sahaja iaitu selepas pas semasa anda tamat tempoh sepenuhnya. Pelanggan dikehendaki menyimpan resit sebagai bukti pembelian.
  • Bagi pelanggan My50 sedia ada yang mempunyai tamat tempoh pas antara 17 Jun hingga 15 Julai 2022, anda boleh menikmati perjalanan percuma selama 30 hari pada pembelian My50 yang seterusnya selepas pas semasa anda tamat tempoh sepenuhnya.

 

CARA PENEBUSAN BAGI TOKEN

Kepada pelanggan yang telah melanggan yang melakukan perjalanan dengan menggunakan token, berikut adalah merupakan cara penebusan:

  • Pelanggan boleh mendapatkan token percuma di kaunter khidmat pelanggan
  • Pelanggan dikehendaki mengisi boring tinjauan di MyRapid PULSE atau mengisi borang tinjauan di manamana Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL (LRT/MRT/Monorel/ BRT/ Hab Bas terpilih) sebelum memulakan perjalanan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Tambang Percuma RapidKL, sila layari website rasmi Rapid Kl di pautan https://myrapid.com.my/ms/

 

ARTIKEL LAIN

CARA REFUND DUIT TIKET AIRASIA (Guna Chat With AVA)

PENERBANGAN DITUNDA DIBATALKAN (Cara Tuntut Pampasan Delay Flight)

 

1 thought on “CARA TEBUS TAMBANG PERCUMA PERKHIDMATAN RAPIDKL (My50/ Pas Konsesi/ Kad Touch ‘N Go)”

Leave a Comment