SEMAKAN DISKAUN PAKEJ TOURISM MALAYSIA (Taman Tema Selam Skuba Homestay)

SEMAKAN DISKAUN PAKEJ TOURISM MALAYSIA (Taman Tema Selam Skuba Homestay)

DISKAUN PAKEJ TOURISM MALAYSIA

Kini Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia telah melancarkan Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 bagi Kluster Pelancongan Minat Khas merangkumi segmen taman tema, selam skuba dan inap desa.

Penganjuran kali ini adalah melibatkan kerjasama Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA), Persatuan Penyelam Skuba Malaysia (MSDA) dan Persatuan Kampungstay & Homestay Malaysia (MKHA)

Inisiatif ini adalah di bawah Pelan Pemulihan Industri Pelancongan melibatkan penyaluran insentif kepada rakyat Malaysia dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat. Disini kami akan kongsikan mengenai diskaun pakej tourism Malaysia, semoga membantu.

 

APA ITU TOURISM MALAYSIA

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism Malaysia giat memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam industri pelancongan antarabangsa.

 

KADAR DISKAUN PAKEJ TOURISM MALAYSIA

Melalui pakej ini boleh mendapatkan diskaun sehingga:

  • 40% dan e-baucar bernilai RM10 bagi setiap pembelian tiket masuk ke taman tema dan pusat hiburan keluarga yang terlibat
  • Diskaun sebanyak RM400 bagi setiap pembelian pakej selam skuba berharga RM1,000 dan ke atas dalam satu transaksi
  • “Jom Cuti di Homestay”, pengguna layak menikmati rebat sebanyak RM50 hingga RM300 bagi setiap pembelian pakej berharga RM100 dan ke atas

 

TEMPOH DISKAUN PAKEJ TOURISM MALAYSIA

Tempoh diskaun pakej ini bermula 24 Jun sehingga 2 Oktober 2022.

 

CARA BELI TIKET MASUK TAMAN TEMA PUSAT HIBURAN KELUARGA (tickets.matfa.org.my)

Untuk membuat pembelian diskaun pakej ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan https://tickets.matfa.org.my/
  2. Pilih dan klik pada pakej promosi taman tema, pusat tarikan dan pusat permainan keluarga. Isi maklumat seperti bilangan tiket dan tarikh lawatan dan sebagainya.
  3. Seterusnya isikan maklumat seperti nama, nombor MyKad / Mykid, nombor talipon dan sebagainya. Sistem akan menyemak dan mengesah maklumat MyKad / MyKid. Sekiranya terdapat duplikasi, penebusan e-baucer akan gagal.
  4. Sistem akan menolak nilai e-baucer yang ditebus sebelum pembayaran.
  5. Bayar amaun yang dipaparkan dan seterusnya cetak atau simpan tiket / surat pengesahan pembelian untuk pengesahan semasa mengunjungi taman tema

NOTA: Setiap pengguna layak melakukan penebusan maksimum tiga (3) kali di tiga taman tema atau di pusat hiburan keluarga berlainan.

 

CARA BELI PAKEJ SELAM SKUBA (xtvt.com.my)

Untuk membuat pembelian diskaun pakej ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan https://package.xtvt.com.my/
  2. Pilih pakej yang anda inginkan
  3. Isikan semua maklumat yang diperlukan
  4. Ikuti arahan selanjutnya sehingga selesai

NOTA: Tawaran ini terhad kepada 1,994 pembeli pertama berdasarkan terma dan syarat ‘siapa cepat, dia dapat’.

 

CARA BELI PAKEJ HOMESTAY INAP DESA (jomhomestay.my)

Untuk membuat pembelian diskaun pakej ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan https://jomhomestay.my/
  2. Pilih lokasi dan homestay yang anda inginkan
  3. Isikan semua maklumat yang diperlukan
  4. Ikuti arahan selanjutnya sehingga selesai

NOTA: Setiap pengguna layak melakukan penebusan maksimum tiga (3) kali

 

CARA NAK CHECK PAKEJ TOURISM MALAYSIA (Semak malaysia.travel)

Sekiranya anda ingin membuat semakan berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan laman web Tourism Malaysia di https://www.malaysia.travel/
  2. Terdapat pelbagai pakej yang terpapar
  3. Anda boleh melihat dengan lebih lanjut berkenaan pakej yang anda inginkan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan diskaun pakej Tourism Malaysia, sila layari website rasmi  Tourism Malaysia di www.malaysia.travel.

 

ARTIKEL LAIN

CARA REFUND DUIT TIKET AIRASIA (Guna Chat With AVA)

2 thoughts on “SEMAKAN DISKAUN PAKEJ TOURISM MALAYSIA (Taman Tema Selam Skuba Homestay)”

Leave a Comment