CARA ORDER BOOKING GRAB CAR SECARA TUNAI (Mengunakan Aplikasi Grab)

CARA ORDER BOOKING GRAB CAR SECARA TUNAI (Mengunakan Aplikasi Grab)

BOOKING GRAB CAR TUNAI

Terkini penggunaan perkhidmatan e-hailing seperti Grab Car amat menggalakkan. Ini kerana harganya lebih murah, kenderaan yang selesa dan cepat. Anda juga boleh booking grab car dan lakukan pembayaran boleh dilakukan secara online atau tunai. Bagaimana cara untuk order Grab car bagi diri sendiri dan orang lain? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

MUAT TURUN APLIKASI GRAB 

Terlebih dahulu anda seharusnya memuat turun aplikasi Grab dan instal terlebih dahulu, berikut adalah pautan aplikasi Grab

  • Play store bagi penggunan Android
  • Apple store Bagi pengguna  IOS

 

CARA DAFTAR APLIKASI GRAB

Selepas anda install aplikasi Grab, bagi pengguna kali pertama anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Grab anda
  2. Pilih kaedah pendaftaran akaun anda boleh pilih sama ada ingin daftar menggunakan:
    • Akaun Google
    • Facebook
    • Nombor Telefon
  3. Setelah pilih salah satu, lengkapkan semua data yang diminta.
  4. Anda akan menerima SMS yang mengandungi kod One Time Password (OTP) 4 digit, masukkan kod tersebut
  5. Selesai, Anda sudah boleh menggunakan semua perkhidmatan dalam aplikasi Grab

 

CARA AKTIFKAN AKAUN GRAB 

Ketika anda akan membuat tempahan untuk pertama kalinya, Grab akan meminta anda menyelesaikan proses pengesahan untuk aktifkan akaun Grab anda. Berikut adalah cara aktifkan akaun Grab anda:

  1. Sahkan akaun Grab anda dengan salah satu daripada 3 cara:
    • Sahkan dengan Selfie
    • Tambahkan Kad Kredit / Debit
    • Sahkan dengan Facebook
  2. Pastikan anda lengkapkan salah satu daripada 3 kaedah pengesahan untuk mengelakkan penyalahgunaan akaun pada masa akan datang.

 

CARA ORDER GRAB CAR

Setelah selesai proses daftar dan aktifkan akaun anda, berikut adalah merupakan cara order Grab Car:

  1. Sebelum booking, tetapkan lokasi pick-up and drop-off
    • Tetapan pick-up adalah secara automatik bergantung kepada lokasi keberadaan GPS melalui telefon pintar yang digunakan.
    • Berikut adalah merupakan tanda yang anda harus ketahui:
      • Tanda bulat biru – pick-up point(kawasan anda berada)untuk diambil oleh pemandu Grab.
      • Tanda bulat merah – drop-off point (tempat tujuan destinasi anda)
    • Terdapat dua cara untuk tentukan kawasan pick-up anda dengan lebih tepat:
      • Dengan menggerakkan tanda bulat merah di maps.
      • Mengisi alamat penuh dengan klik pada butang Pick Up Address.
  2.  Buat membuat tempahan Grab Car
    • Setelah anda tetapkan destinasi pick up dan drop off, terdapat paparan harga bagi tambang yang berdasarkan jenis kereta pilihan anda. Harga yang ditunjukkan tidak termasuk dengan harga tol.
    • Pilih jenis kenderaan yang anda inginkan mengikut kehendak anda
    • Klik pada butang Book untuk memesan Grabcar ke lokasi pick-up anda.
    • Aplikasi Grab akan mendapatkan pemandu Grab Car berhampiran anda agar waktu menunggu tidaklah terlalu lama.
    • Papa paparan aplikasi grab akan terpapar
      • Butiran pemandu Grab
      • Anggaran masa pemandu Grab sampai ke lokasi anda.(Pergerakan kereta menuju ke lokasi pick-up boleh dilihat)
    • Anda juga boleh call atau chat pemandu anda (menekan simbol telefon atau mesej).
  3. Pembayaran tempahan Grab Car
    • Terdapat 3 cara pilihan pembayaran:
      • Grabpay Credits: anda untuk topup di aplikasi (minimum RM50)
      • Credit/Debit card: Register maklumat kad anda di aplikasi Grab.
      • Cash: Bayar tambang ketika sampai di drop-off point.
    • Pilih kaedah pembayaran anda inginkan

NOTA: Sekiranya anda ingin order Grab untuk orang lain, anda boleh menggunakan kaedah seperti ini juga.

 

HARAG TAMBANG GRAB CAR

  • Harga tambang yang dikenakan adalah tetap.
  • Harga tambang akan berbeza mengikut waktu dan jarak.
  • Sekiranya terdapat tol di dalam perjalanan, caj tol perlu ditanggung anda.

 

 CARA CANCEL ORDER  GRAB CAR

Untuk pengetahuan anda, pembatalan boleh dilakukan oleh pihak pemandu atau pelanggan.

  • Pemandu dibenarkan untuk batalkan pesanan anda sekiranya anda lambat lebih lima minit untuk ke lokasi pick-up point.
  • Pelanggan juga boleh membatalkan order. Akan tetapi, sekiranya pembatalan dibuat lebih 5 minit setelah tempahan dilakukan, caj pembatalan akan di antara RM3-RM5.

 

CARA BOOKING GRAB CAR TUNAI

Kepada anda yang ingin booking grab car dan membuat pembayaran secara tunai, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi grab car di telefon anda dan log masuk
  2. Pada paparan utama klik pada ikon Car.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Where to: Destinasi yang dituju
    • Choose Thise Pick Up: Destinasi anda berada
  4. Setelah selesai klik pada Book GrabCar dan pilih jenis perkhidmatan grab anda inginkan
  5. Ketika ingin membuat pembayaran, klik pada Balance dan pada bahagian payment Methods klik pada Cash
  6. setelah tertera cash, klik pada Book GrabCar.
  7. Paparan driver GrabCar akan tertera, tunggu sehingga sampai untuk mengambil anda
  8. Setelah tiba di destinasi, anda perlu membuat pembayaran secara tunai mengikut harga yang ditetapkan kepada driver tersebut. Selesai.

 

MASALAH BERKAITAN BOOKING GRAB CAR

Sekiranya terjadi apa-apa masalah semasa membuat tempahan grab car, berikut adalah caranya:

  1. Buka aplikasi Grab anda.
  2. Klik pada Account
  3. Scroll ke bawah sehinggadan klik pada Help Centre
  4. Scroll ke bawah lagi dan klik pada butang Call Us untuk hubungi pihak khidmat pelanggan.

ARTIKEL LAIN

2 thoughts on “CARA ORDER BOOKING GRAB CAR SECARA TUNAI (Mengunakan Aplikasi Grab)”

Leave a Comment