JOHORPAY LOGIN (Cara Daftar & Guna Buat Bayaran)
Kepada penduduk di negeri Johor yang ingin membuat pembayaran perkhidmatan pelbagai agensi Kerajaan dapat dibuat setempat, kini kerajaan Negeri Johor telah memperkenalkan platform Johor Pay bagi memudahkan untuk membuat pembayaran. Disini kam akan kongsikan kepada anda cara untuk daftar dan buat pembayaran, semoga emmbantu.
APA ITU JOHORPAY
Johor Pay adalah platform pembayaran bersepadu secara dalam talian Kerajaan Negeri Johor bagi bayaran perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun. Perkhidmatan juga akan diperluaskan kepada pihak swasta dan pihak-pihak lain di masa akan datang.
TERIMA PEMBAYARAN MELALUI JOHORPAY
Antara terimaan bayaran melalui adalah:
- Bayaran cukai tanah
- Bayaran hasil bukan cukai tanah
- Bayaran lesen halal Jabatan Agama Islam Negeri Johor
- Bayaran perkhidmatan Veterinar
- Bayaran perkhidmatan perhutanan
- Bayaran perkhidmatan bagi Pihak Berkuasa Tempatan
- Bayaran perkhidmatan bagi Badan Berkanun
KAEDAH PEMBAYARAN JOHORPAY
Mod pembayaran yang disediakan melalui adalah:
- FPX Individu
- FPX Korporat
- Kad Kredit / Debit
- American Express
- DuitNow / E-wallet
CARA DAFTAR JOHOR PAY
Sebagai pengguna kali pertama, seharusnya anda daftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
- Layari website Johor Pay atau buka aplikasi JohorPay (Play store / Apple Store)
- Klik pada Daftar Baru
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap
- Sahkan kembali maklumat anda, setelah tepat klik pada Hantar.
CARA GUNA JOHOR PAY
Berikut adalah merupakan cara untuk menggunakan platform ini untuk membuat pembayaran:
- Log masuk ke dalam akaun Johor Pay anda
- Pilih Agensi Bayaran Setempat yang anda inginkan
- Masukkan jumlah yang ingin dibuat pembayaran
- Pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan
- Ikuti proses pembayaran sehinggan selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, sila hubungi:
- Emel: [email protected]
- WhatsApp:
- 07- 266 7733
- 07-266 7711
- Nombor Hotline: 07-266 7799
- Aduan melalui Sistem
NOTA: Semua maklumbalas terhadap pertanyaan melalui e-mel, hotline & Whatsapp adalah pada jam 9.00 pagi – 1.00 tengahari; 2.00 petang – 4.30 petang. Setiap hari Ahad – Khamis, kecuali cuti umum.
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT JOHOR MAIJ (Semakan Status maij.gov.my)
2 thoughts on “JOHORPAY LOGIN (Cara Daftar & Guna Buat Bayaran)”