SKIM i-PUSH FASA 2 (Permohonan Pembiayaan Usahawan Negeri Pahang)

SKIM i-PUSH FASA 2 (Permohonan Pembiayaan Usahawan Negeri Pahang)

SKIM i-PUSH

Kepada para usahawan di Negeri Pahang yang ingin membuat permohonan pembiayaan, kini Kerajaan Negeri Pahang telah membuka permohonan Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (Skim i-PUSH) bagi Fasa 2. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan dan syarat kelayakan yang ditetapkan, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM i-PUSH

Terdahulu, Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (Skim I-PUSH) diperkenalkan untuk membantu ushawan mikro di Pahang yang terjejas akibat pandemik COVID-19 serta banjir (Fasa 1). Kini bagi Fasa 2, skim ini disalurkan untuk usahawan kecil meneruskan perniagaan ketika keadaan inflasi negara pada ketika ini.

 

KELEBIHAN PEMBIAYAAN SKIM iPUSH

Kelebihan yang akan diterima kepada pemohon pembiayaan ini adalah:

  • Pembayaran balik yang dikenakan adalah tanpa faedah dan penawaran moratorium setahun termasuk tiada caj tambahan.
  • Untuk usahawan kecil meneruskan perniagaan dengan baik ketika keadaan inflasi yang melanda kini.

 

SYARAT KELAYAKAN SKIM i-PUSH

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Terbuka kepada rakyat Negeri Pahang dan warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Tidak Bangkrap.
  4. Golongan B40.
  5. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  6. Bermastautin di Pahang lebih daripada 10 tahun.
  7. First Come First Serve.
  8. Ada perniagaan sendiri dan telah menjalankan perniagaan melebihi 1 tahun.
  9. Berniaga di Negeri Pahang.
  10. Mempunyai lesen perniagaan/permit sementara daripada PBT.

 

TARIKH PERMOHONAN SKIM iPUSH

Permohonan bagi Fasa 2 boleh dipohon mulai pada 1 Disember 2022 sehingga 14 Disember 2022.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang perlukan untuk dimuat naik semasa permohonan iaitu:

  • Gambar berukuran pasport.
  • Kad pengenalan pemohon (depan dan belakang).
  • Sijil SSM.
  • Lesen Perniagaan.

 

CARA PERMOHONAN SKIM i-PUSH

Kepada para usahawan yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh membuat permohonan skim pembiayan ini menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web permohonan: https://smu.pahang.gov.my/mohon.php.
  2. Masukkan no kad pengenalan dan klik Enter.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Setelah selesai, semak kembali maklumat anda dan klik Hantar Permohonan.
  6. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Skim I-PUSH Fasa 2 ini, anda boleh melayari website rasmi Sistem Maklumat Usahawan (SMU) di pautan https://smu.pahang.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN PAHANG(BPP) 2022

Leave a Comment