BAS NADIPUTRA (Semak Harga Tambang Laluan & Jadual Perjalanan)
Kepada warga Putrajaya yang ingin menggunakan pengangkutan awam terutamaya perkhidmatan bas henti-henti, Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) kini telah memperkenalkan perkhidmatan bas dikenali sebagai Bas Nadiputra. Disini kami akan kongsikan kepada anda jadual dan waktu operasi Bas Nadiputra serta harga tambang perjalanan, semoga membantu.
APA ITU BAS NADIPUTRA
Pengangkutan Awam Putrajaya SDN BHD (PAPSB) memulakan operasi bermula pada Mei 2007 sebagai pengendali bas henti-henti di Putrajaya setelah mengambil alih tanggungjawab kontraktor yang dilantik oleh Perbadanan Putrajaya iaitu salah satu agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dari tahun 1999 hingga April 2007.
Sesuai dengan misi Perbadanan Putrajaya dalam merancang, mengurus dan membangunkan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan dengan berkesan dan cekap, nilai-nilai seperti kebersihan persekitaran akan dititikberatkan.
TARIKH MULA PERKIHDIMATAN
Perkhidmatan bas henti-henti Putrajaya ini akan mula beroperasi bermula pada 1 Januari 2023
WAKTU OPERASI
Berikut adalah merupakan waktu operasi iaitu:
- Isnin – Jumaat : 6.30 pagi hingga 8.00 malam
- Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am : 7.00 pagi hingga 8.00 malam
PETA LALUAN BAS NADIPUTRA
Kini terdapat sebanyak tujuh laluan diperkenalkan seperti pada ketetapan berikut:
NO LALUAN | LALUAN PERJALANAN | PETA LALAUN |
P101 | Kompleks F – Persiaran Sultan Salahhuddin Abdul Aziz Shah – Persiaran Perdana – Presint 5 | ![]() |
P102 | Persiaran Sultan Salahhuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1 – Presint 11 | ![]() |
P103 | Persiaran Sultan Salahhuddin Abdul Aziz Shah, Presint 14 | ![]() |
P104 | Dataran Gemilang, Presint 4 – Presint 5 | ![]() |
P105 | Dataran Gemilang, Presint 4 – Persiaran Sultan Salahhuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1 | ![]() |
P106 | Persiaran Sultan Salahhuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1 – Presint 16 – Wisma Kementerian Belia dan Sukan | ![]() |
P108 | Terminal Putraja Sentral – Presint 7 – Presint 9 – Persiaran Sultan Salahhuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1 | ![]() |
KADAR TAMBANG BAS NADIPUTRA
Berikut adalah merupakan kadar tambang yang ditetapkan iaitu:
- RM1 untuk sehala bagi enam laluan (P102 – P108)
- Bagi laluan P101 adalah percuma
CARA BAYARAN BAS NADIPUTRA
Pembayaran tambang adalah secara tanpa tunai dengan mengunakan kad Touch n’ Go atau Kad Konsesi MyRapid. Pastikan kad mempunyai baki minima RM3.00
DISKAUN TERKINI
Diskaun kadar tambang adalah layak dimohon oleh golongan warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelajar sebanyak 50% untuk pemegang Kad Konsesi MyRapid
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai bas henti-henti putrajaya, anda boleh melayari facebook rasmi Nadiputra di pautan https://ms-my.facebook.com/nadiputraofficial/
ARTIKEL LAIN
JADUAL & WAKTU OPERASI BAS SMART SELANGOR (Semak Peta Perjalanan Terkini)
1 thought on “BAS NADIPUTRA (Semak Harga Tambang Laluan & Jadual Perjalanan)”