PERMOHONAN LOT KEDIAMAN GENERASI BAHARU FELDA

PERMOHONAN LOT KEDIAMAN GENERASI BAHARU FELDA 

LOT KEDIAMAN GENERASI FELDA

Berita gembira buat peneroka FELDA yang berpendapatan rendah memiliki geran lot rumah dan ingin membina rumah kediaman pada harga yang berpatutan dan mampu mili, kini anda boleh membuat permohonan menerusi program Lot Kediaman Generasi Baharu FELDA. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU LOT KEDIAMAN GENERASI BAHARU FELDA

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh FIC Supplies Sdn Bhd yang merupakan syarikat cabang pelaburan yang dimiliki sepenuhnya oleh FELDA yang bertujuan untuk memberi peluang kepada generasi baharu FELDA yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rumah impian sendiri, dan selesa untuk didiami bersama keluarga.

 

KATAGORI RUMAH LOT KEDIAMAN GENERASIFELDA

Berikut ada merupakan jenis katagori rumah yang tersedia menerusi program ini:

  1. Rumah Katagori A (Alamanda):
    • 4 Bilik & 2 Bilik Air
    • Kos Rumah: RM199,800
  2. Rumah Katagori B (Anggerik):
    • 3 Bilik & 2 Bilik Air
    • Kos Rumah: RM155,800
  3. Rumah Katagori C (Teratai):
    • 3 Bilik & 2 Bilik Air
    • Kos Rumah: RM135,800
  4. Rumah Katagori D (Kenanga):
    • 3 Bilik & 2 Bilik Air
    • Kos Rumah: RM113,800
  5. Rumah Katagori E (Rafflesia):
    • 3 Bilik & 2 Bilik Air
    • Kos Rumah: RM87,800
  6. Rumah Katagori F (Orkid):
    • 2 Bilik & 2 Bilik Air
    • Kos Rumah: RM78,800

 

SYARAT KELAYAKAN LOTKEDIAMAN GENERASI FELDA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan program ini:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur 18 hingga 70 tahun.
  3. Tempoh pembiayaan maksima sehingga 35 tahun atau sehingga had umur pemohon berusia 70 tahun pada tarikh matang tempoh kemudahan pembiayaan (mana-mana yang terdahulu).
  4. Bekerja sendiri atau berpendapatan minimum RM1,000 sebulan.
  5. Pembelian rumah pertama dan untuk kediaman sendiri.
  6. Pemohon tidak diisytiharkan bangkrap.
  7. Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda menyediakan dokumen seperti berikut untuk membuat permohonan:

  1. Kad Pengenalan
  2. Salinan geran individu.
  3. Bagi bekerja sendiri/ahli perniagaan:
    • Pendaftaran syarikat/perniagaan
    • Pendapatan mesti disahkan oleh Pengurus Rancangan/Penghulu/Pegawai Kerajaan kategori A.
    • Penyata bank 6 bulan terkini.
  4. Bagi berpendapatan tetap:
    • Slip gaji 3 bulan terkini
    • Surat pengesahan majikan
    • Penyata bank 3 bulan terkini

 

CARA PERMOHONAN LOT KEDIAMAN GENERASI FELDA

Kepada peneroka FELDA yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Klik pada pautan Muat turun Borang Permohonan Lot Kediaman Generasi Baharu FELDA 
  2. Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen tersebut ke alamat:
    • FIC Supplies Sdn Bhd, Aras 4, Balai Felda, Jalan Gurney 1, 54000 Kuala Lumpur.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Lot Kediaman Ganarasi Baharu FELDA, sila layari website rasmi FELDA di pautan https://www.felda.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

RUMAH MESRA RAKYAT SPNB  (Permohonan Skim RMR Online)

 

1 thought on “PERMOHONAN LOT KEDIAMAN GENERASI BAHARU FELDA”

Leave a Comment