TUBF 2022 (Permohonan  Pinjaman Usahawan Belia FELDA Sehingga RM20000)

TUBF 2022 (Permohonan  Pinjaman Usahawan Belia FELDA Sehingga RM20000)

PINJAMAN USAHAWAN BELIA FELDA

Kepada usahawan belia FELDA yang memerlukan modal permulaan atau modal pusinagan perniagaan, anda kini boleh membuat permohonan pinjaman melalui  Tabung Usahawan Belia FELDA (TUBF). Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU TABUNG USAHAWAN BELIA FELDA (TUBF)

Tabung Usahawan Belia FELDA (TUBF) merupakan inisiatif antara Kerajaan dan FELDA dalam membantu usahawan muda FELDA memula dan mengukuhkan perniagaan. Ia merupakan pinjaman mudah kepada usahawan golongan belia (anak, cucu, dan cicit peneroka/pentadbir) dalam lingkungan umur 18 hingga 40 tahun.  Dengan dana ini juga, ia akan menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi usahawan FELDA di kawasan rancangan FELDA.

MANFAAT TABUNG USAHAWAN BELIA FELDA (TUBF)

Berikut adalah merupakan maafaat yang bakal diperoleh penerima tabung ini adalah:

  • Kursus induksi secara percuma.
  • Bimbingan insentif bersama rakan pelaksana selama 3 bulan.

 

SYARAT KELAYAKAN TABUNG USAHAWAN BELIA FELDA (TUBF)

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan kepada pemohon yang ingin membuat permohonan tabung usahawan ini iaitu:

  1. Usahawan sedia ada
    • Urusniaga perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun.
    • 4 pakej perniagaan ditawarkan iaitu:
      • Perkhidmatan
      • Kraf
      • Perniagaan
    • Kouta kelayakan adalah 70% atau 280 orang.
  2. Usahawan Baharu
    • Urusniaga perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan.
    • 6 pakej perniagaan ditawarkan iaitu:
      • Kiosk makanan
      • Bakeri
      • Andaman
      • Jahitan
      • IT
      • Car wash.
    • Kouta kelayakan adalah 30% atau 160 orang.

 

TARIKH PERMOHONAN TABUNG USAHAWAN BELIA FELDA (TUBF)

Permohonan untuk usahawan sedia ada dijadualkan dibuka mulai Ogos 2022 manakala untuk usahawan baharu, permohonan dibuka mulai Januari 2023.

 

KADAR PEMBIAYAAN TUBF

Berikut adalah merupakan kadar pembiayaan yang tersedia kepada pemohon mengikut katagori:

  • Usahawan sedia ada: Had pinjaman adalah RM10,000 sehingga RM20,000.
  • Usahawan Baharu: Had pinjaman adalah RM5,000 sehingga RM15,000.

 

TEMPOH PINJAMAN TUBF

  • Pinjaman ini diberikan selama 3 tahun tempoh bayaran menerusi pinjaman tanpa faedah.

 

CARA PERMOHONAN TABUNG USAHAWAN BELIA FELDA (TUBF)

Kepada usahawan FELDA yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonna seperti berikut:

  1. Layari pautan https://felda.gov.my/
  2. Klik pada pautan permohonan
  3. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan
  4. Ikuti arahan selanjutnya sehingga permohonan anda selesai.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Pinjaman Usahawan Belia FELDA, anda boleh merujuk melalui saluran berikut:

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN LOT KEDIAMAN GENERASI BAHARU FELDA 2022

 

1 thought on “TUBF 2022 (Permohonan  Pinjaman Usahawan Belia FELDA Sehingga RM20000)”

Leave a Comment