BANTUAN & ADUAN PPIM (Permohonan Khidmat Rundingan Mengurangkan Bayaran Hentikan Faedah Melampau Terjerat Ahlong)
Jika anda ada membuat pinjaman dengan Ahlong dan memerlukan bantuan ataupun ingin membuat aduan, anda boleh buat menerusi PPIM. Di sini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan khdimat rundingan dan juga membuat aduan sekiranya terjerat dengan penipuan AhLong, semoga membantu.
APA ITU PPIM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah ditubuhkan pada Jun 1997 dengan inisiatif sekumpulan ahli profesional yang terdiri daripada doktor, pensyarah universiti, para ilmuan agama dan individu-individu yang prihatin tentang permasalahan kepenggunaan dalam Islam.
KEPADA BUAT PINJAMAN DENGAN AHLONG
Realitinya, ramai pengguna yang terjerat dengan ahlong akibat kesukaran mendapat pinjaman bank, kelewatan menerima bayaran, desakan hidup manakala ada juga yang meminjam disebabkan tabiat buruk seperti berjudi.
KENAPA PERLU BANTUAN Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Ramai juga diantara peminjam yang terjerat kerana menyangkakan mereka sebenarnya meminjam dari pemberi pinjam wang berlesen. ahlong menggunakan pelbagai taktik licik untuk memperdaya mangsanya. Ada antara mereka yang menjadi hamba ahlong selama berbelas tahun kerana takut untuk mendapatkan bantuan dan ketakutan itulah yang memerangkap diri mereka selama-lamanya.
PERKHIDMATAN Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
- Membantu menyusun semula jadual pembayaran pinjaman
- Mematikan atau menurunkan kadar bunga pinjaman
- Membantu untuk berunding & berurusan dengan pihak pemberi pinjaman
CARA PERMOHONAN KHDIMAT RUNDINGAN PPIM
Sekiranya anda ingin khidmat bantuan, berikut adalah merupakan caranya:
- Hantarkan whatsap anda kepada:
- Hubungi:
- 013-3071 999 / 019-3458 444
- 03-4257 7222 / 03-4256 6618
CARA BUAT ADUAN MENERUSI PPIM
Sekiranya anda merupakan mangsa penipuan AhLong dan ingin membuat aduan, berikut adalah merupakan caranya:
- Aduan boleh dibuat menerusi Unit Aduan Ceti Haram (UACH) Persatuan Pengguna Islam Malaysia merupakan unit yang ditubuhkan bagi menguruskan & mengendalikan aduan berkaitan kes ceti haram (ahlong) / pemberi pinjam wang (PPW).
- Layari pautan Unit Aduan Ceti Haram bagi Melaporkan Aduan & Menetapkan Temujanji
SOALAN LAZIM (FAQ) PPIM
Apakah Peranan UACH?
- Peranan UACH adalah untuk memberi advokasi & kaunseling kepada masyarakat serta menguruskan aduan yang diterima dari mereka yang terjerat ahlong.
Adakah Dikenakan Sebarang Caj Jika Membuat Aduan Di UACH?
- Tiada sebarang caj yang dikenakan terhadap aduan yang dibuat oleh mangsa.
Bagaimana UACH Boleh Membantu Mangsa Bebas Dari Ahlong?
- UACH akan membantu dalam memberi kaunseling & advokasi serta menerima aduan mangsa & menyalurkan aduan kepada panel lantikan rasmi untuk mengendalikan aduan bergantung kepada persetujuan mangsa.
Siapa Panel Yang Dilantik PPIM Untuk Mengendalikan Aduan Ahlong?
- Panel rasmi yang dilantik adalah syarikat pengurusan liabiliti, Satria Risk Mitigation Sdn Bhd (SATRIA).
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan dan aduan menerusi perkhdimatan PPIM, anda boleh melayari website rasmi Persatuan Pengguna Islam Malaysia
ARTIKEL LAIN
CARA BAYAR AKPK ONLINE(Guna Website AKPK & Maybank2u)
2 thoughts on “BANTUAN & ADUAN PPIM (Permohonan Khidmat Rundingan Mengurangkan Bayaran Hentikan Faedah Melampau Terjerat Ahlong)”