PERLU KE PERGI AKPK? (Keluar Dari Masalah Hutang)

PERLU KE PERGI AKPK? (Keluar Dari Masalah Hutang)

PERLU KE PERGI AKPK?

Jika anda mempunyai masalah kewangan seperti hutang kad kredit atau akibat pinjaman wang, sudah tentunya ianya akan membuatkan anda tidak tenang. Sebaiknya anda boleh merujuk dengan AKPK supaya dapat menyelesaikan masalah kewangan anda. Tetapi perlu ke pergi AKPK? Disini kami akan kongsikan kepada anda kenapa perlu pergi ke AKPK, semoga membantu.

 

APA ITU AKPK

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.

 

ANTARA MASALAH KEWANGAN YANG SERING DIHADAPI

Berikut adalah merupakan antara amsalah yang sering dihadapai iaitu:

  • Tidak boleh menyimpan secara tetap setiap bulan.
  • Tidak mempunyai harta.
  • Mempunyai hutang lapuk dan membebankan.
  • Tidak mempunyai jumlah simpanan yang cukup.
  • Terasa dihimpit beban kewangan.
  • Tidak tahu bagaimana untuk bermula.

 

PUNCK TIDAK MAHU PERGI AKPK

Berikut adalah merupakan antara punca yang menyebabkan seseorang tak nak merujuk ke AKPK iaitu:

  1. Takut tak boleh buat loan
    • Tujuan sebenar AKPK adalah untuk meringankan beban dan melangsaikan hutang. Ini dapat meringankan bebanan kewangan anda alami, dan bukannya untuk membuat tambahan hutang.
    • Nama anda juga akan dibekukan dari diapprove sebarang loan dari institusi-instusi koperasi dan perbankan kat Malaysia ni.
  2. Tak tau camna Proses untuk Daftar ke AKPK
    • Untuk bertanya sebarang pertanyaan berkaitan AKPK, boleh terus hubungi nombor ni 03-26167766. Tanya la apa-apa pun (berkaitan AKPK). Dari proses mendaftar atau khidmat nasihat kaunseling.
  3. Takut kena dikenakan Caj bayaran oleh AKPK.
    • Untuk pengetahuan anda, AKPK perkhdimatan ini adalah perucma dan tidak mengenakan sebarang bayaran. AKPK akan membantu untuk berurusan pihak dengan bank atau Ah Long untuk proses menyelesaikan hutang-hutang yang anda tak mampu nak bayar sebab komitmen yang terlalu tinggi.
  4. Malu
    • Sebenarnya ini bukanlah masanya untuk anda malu. Kerana semua maklumat anda tidaklah didedahkan secara umum
  5. Sibuk Dengan Urusan Harian.
    • Ada jugak yang sibuk dengan urusan harian dijadikan alasan tak ke AKPK. Ye, sudah semestinya masalah hutang tu tak sebesar urusan harian tu, jadi buatlah pilihan yang terbaik.

 

PERLU KE UNTUK PERGI KE AKPK?

Sebenarnya ianya bergantung kepada pilihan anda sendiri sekiranya anda mempunyai senarai kehutangan yang serisus, sebaiknya anda masih ada harapan lagi sebelum kita ke AKPK. Mungkin anda boleh merujuk beberapa panduan seperti berikut terlebih dahulu untuk selesaikan masalah kewangan anda iaitu:

  1. Perkara pertama yang menjadi titik tolak untuk kita selesaikan masalah hutang ni adalah mengakui kesilapan diri.
  2. Cuba kawalkan perbelanjaan anda setelah membuat perkiraan untuk menyelesaikan hutang-hutang anda.
  3. Boleh merujuk Buku-buku nasihat kewangan yang banyak kat kedai-kedai buku.
  4. Cuba usaha dan mecari peluang untuk anda tambahkan pendapatan.

NOTA: Sekiranya anda mempunyai masalah kewangan yang terlalui serius, anda dinasihatkan untuk pergi ke AKPK untuk mendapatkan nasihat dan panduan seterusnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:

1 thought on “PERLU KE PERGI AKPK? (Keluar Dari Masalah Hutang)”

Leave a Comment