TARIF AIR SELANGOR & NEGERI LAIN(Cara Kira Bil Terkini)

TARIF AIR SELANGOR & NEGERI LAIN(Cara Kira Bil Terkini)

TARIF AIR SELANGOR

Kepada warga penduduk Selangor, WP Kuala Lumpur & WP Putrajaya, semestinya anda sudah ketahui tentang peningkatan tarif air pada masa kini. Disini kami akan kongsikan kepada anda kadar terbaru tarif air, semoga membantu.

 

KENAPA TARAF AIR SELANGOR MENINGKAT?

Berikutan pengumuman pelaksanaan pelarasan tarif bekalan air yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 17 Januari 2024 serta pengumuman oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Air Selangor mengambil maklum tindakan untuk melaksanakan kadar tarif air baharu.

Sebagai penyedia perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, pelarasan tarif bekalan air baharu ini membolehkan Air Selangor membuat pelaburan berterusan bagi membina daya tahan dan kelestarian air, sekaligus memastikan kelangsungan perkhidmatan bekalan air demi kesejahteraan para pengguna kami di masa hadapan.

 

TARIKH KUATKUASA KADAR TARAF AIR SELANGOR BAHARU

Perlaksanaan kadar tarif air baharu yang akan berkuat kuasa pada 1 Februari 2024.

 

KADAR TARAF AIR SELANGOR TERKINI

Berdasarkan pengumuman oleh SPAN, pelarasan tarif air baharu mengikut katagori adalah seperti berikut.

 

CARA KIRA BIL AIR SELANGOR TERKINI

Berikut adalah merupakan panduan penggiraan bil air terkini mengikut katagori pengguna iaitu:

Kategori Domestik
(caj minimum bagi pengguna domestik akan beralih daripada RM6.00 kepada RM6.50)

Penggunaan Air sehingga 20 meter paduBagi rumah yang menggunakan air hingga 20 meter padu (m3), kadar caj bagi setiap meter padu akan beralih sebanyak 8 sen iaitu kepada RM0.65 bermula daripada 0 meter padu sehingga 20 meter padu.
Penggunaan Air 20 meter padu hingga 35 meter paduKadar caj baharu bagi kategori ini akan beralih sebanyak RM0.29 kepada RM1.32 bagi setiap meter padu. Maksudnya, peningkatan keseluruhan bagi rumah yang menggunakan air sehingga 35 meter padu adalah maksima sebanyak RM5.95 sebulan.
Penggunaan Air Lebih 35 meter paduBagi penggunaan air yang melebihi 35 meter padu, kadar caj baharu adalah RM2.63 bagi setiap meter padu berbanding kadar lama iaitu RM2.00.
KondominiumCaj minimum secara pukal akan kekal pada RM173 sebulan, dan caj baharu beralih sebanyak 30 sen kepada RM1.68 bagi penggunaan setiap meter padu air
Estet dan Kuarters KerajaanKadar caj baharu akan meningkat sebanyak 68 sen kepada RM1.68, dan caj minima baharu adalah RM16.80 sebulan berbanding sebelum ini iaitu RM12.00.
Rumah Kos RendahKadar baharu adalah RM0.98 bagi setiap meter padu air, caj paling rendah dan peningkatan paling kecil bagi semua kategori kediaman, iaitu sebanyak 18 sen bagi setiap meter padu.

Kategori Bukan Domestik & Kategori Khas

Bukan DomestikPerusahaan komersial serta bangunan bukan domestik lain akan melihat

peralihan kadar baharu kepada RM2.70 bagi penggunaan air sehingga 35 meter padu, manakala penggunaan lebih daripada 35 meter padu dikenakan caj RM2.94 bagi setiap meter padu.

Rumah Ibadah dan Institusi KebajikanPenggunaan air dalam kategori ini diberikan kelonggaran caj dengan kadar rata dan paling rendah, iaitu peningkatan 6 sen bagi setiap meter padu ke RM0.66.

 

Kategori kapalKadar caj baharu akan beralih dari RM7.00 kepada RM7.08.

NOTA: untuk maklumat lanjut, rujuk portal rasmi Air Selangor

 

KADAR TARAF AIR KELANTAN TERKINI

Berikut adalah merupakan kadar tarif air negeri kelantan terkini iaitu:

  • Tarif baharu air bagi kategori pengguna domestik di Kelantan naik sebanyak 23 sen bagi setiap satu meter padu berkuat kuasa 1 Februari 2024.
  • Bacaan meter individu sebelum 0 hingga 20 meter padu adalah 45 sen, meningkat kepada 68 sen.
  • Bagi yang melebihi 20 hingga 35 meter padu adalah naik kepada RM1.26
  • Bagi yang melebihi 35 meter padu pula adalah naik kepada RM1.68.
  • Caj minimum sebelum ini adalah RM4.50 dan naik kepada RM6.80.
  • Bagi pengguna bukan domestik pula adalah RM1.95 bagi 0 hingga 35 meter padu dan naik kepada RM2.03 manakala melebihi 35 meter padu adalah RM2.20 naik kepada RM2.28.
  • Caj minimum pengguna bukan domestik sebelum ini RM19.50 meningkat kepada RM20.30

 

KADAR TARAF AIR KEDAH TERKINI

  • Kadar kenaikan caj yang dikenakan hanyalah RM1.50 sahaja bagi penggunaan air 10 meter padu dan ke bawah.

 

KADAR TARAF AIR JOHOR TERKINI

  • Tarif baharu air di Johor naik 25 sen kepada RM1.05 semeter padu.

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment