CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP GUNA HP (Aplikasi Android & iPhone)
Kini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memudahkan akses akaun simpanan KWSP anda melalui i-Akaun KWSP Online bagi semua ahli. Melalui i-Akaun ini, kita boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah.
Di sini dikongsikan cara daftar i-Akaun KWSP secara online dengan guna HP, semoga membantu.
APAKAH i-AKAUN KWSP?
i-Akaun KWSP adalah satu portal kemudahan yang membantu ahli KWSP menguruskan akaun dengan lebih mudah. Dengan mendaftar, anda boleh melakukan semua urusan ini hanya di hujung jari:
- Kemaskini profil peribadi
- Semak status penamaan
- Semak kelayakan pengeluaran
- Daftar simpanan shariah
- Semak penyata KWSP
- Semak rekod caruman
Pastikan anda download dan install aplikasi KWSP (Android / IOS)
SYARAT KELAYAKAN DAFTAR i-AKAUN KWSP
Pastikan anda memenuhi syarat kelk daftar i-Akaun KWSP seperti berikut:
- Anda ialah seorang pencarum KWSP
- Anda mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
- Anda mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC
- Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah
CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP GUNA HP
Setelah anda selesai install aplikasi i-Akaun, berikut adalah merupakan cara daftar:
- Buka aplikasi i-Akaun di dalam telefon bimbit anda
- Pilih bahasa yang anda ingin (Melayu/English)
- Seterusnya klik pada Daftar Sekarang
- Akan keluar paparan Selamat Datang ke i-Akaun (Ahli)
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
- No MyKad / No MyPR atau No Pasport / No MyKAS
- No KWSP
- No Telefon Bimbit
- Alamat Emel
- Tick terma dan syarat dan juga Tick pada I’m not a robot
- Tekan butang Hantar
- Kemudian buka email anda untuk arahan selanjutnya bagi mengaktifkan i-Akaun anda
- Selesai
CARA LOGIN i-AKAUN KWSP di HP
Selepas selesai proses pengaktifan i-Akaun anda, berikut adalah merupakan cara untuk Login:.
- Buka aplikasi i-Akaun anda
- Pilih bahasa yang anda ingin (Melayu/English)
- Masukkan ID Pengguna
- Tekan butang Seterusnya
- Pastikan Secure Image yang terpapar ialah gambar yang anda pilih semasa pendaftaran i-Akaun
- Masukkan Kata Laluan
- Tekan butang Login
- Selesai
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai i-Akaun KWSP, anda boleh melayari website rasmi KWSP di pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/home
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN BARU I-SURI RM480 (Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP)
2 thoughts on “CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP GUNA HP (Aplikasi Android & iPhone)”