PERMOHONAN BARU I-SURI RM480 (Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP)

PERMOHONAN BARU I-SURI RM480 (Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP)

KASIH SURI KWSP

Bagi yang tidak tahu, walaupun ada seorang suri rumah yang tidak bekerja, anda layak menerima sumbangan kerajaan sehingga RM480 setahun. Menarik bukan? Jemput baca cara daftar kasih Suri KWSP seperti di bawah.

 

APA ITU CARUMAN KASIH SURI KWSP

Insentif khas yang diberi nama KasihSuri adalah khusus untuk golongan suri rumah yang kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP. Ia juga bertujuan untuk membantu para wanita yang tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa dan menjamin masa depan mereka.

Banyak faedah yang mereka akan dapat melalui pendaftaran Kasih Suri ini. Akan tetapi terdapat beberapa syarat yang dikeluarkan oleh KWSP. 

 

MAKSUD SURI RUMAH

Suri rumah adalah secara istilahnya ialah golongan para ibu  yang tidak bekerja di luar tetapi membanting tulang dirumah dalam menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Jesteru itu, sudah tentu mereka tidak mempunyai sumber pendapatan lain melainkan sang suami yang menghulurkan nafkah dan sebagai tangunggjawab demi peruntukkan belanja di rumah.

 

MANFAAT KASIHSURI KWSP

Berikut adalah merupakan antara manfaat Kasih Suri:

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 (Amaun RM 200 adalah pada tahun 2018. Sumbangan kerajaan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 tersebut hanyalah kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018)
  • Boleh buat caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan
  • Juga masih boleh membuat pengeluaran dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan Kasih Suri
  • Bantuan Kematian: RM2,500 yang tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

 

SYARAT KELAYAKKAN KASIH SURI

Berikuta dalah merupakan syarat yang telah ditetapkan bagi permohonan i-Suri:

  • Warganegara Malaysia.
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).

Nota: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.

 

SIAPA BOLEH MENCARUM KASIH SURI KWSP

Hanya ada dua golongan yang dibolehkan untuk mencarum dalam i-Suri KWSP:

  1. Diri sendiri (isteri)
  2. Suami kepada pasangan yang layak

 

CARA DAFTAR KASIH SURI KWSP

Untuk makluman, cara daftar Kasih Suri ini tidak boleh dilakukan secara online. Anda perlu isi borang dan menghadirkan diri ke mana-mana pejabat KWSP terdekat.

Ikuti langkah mudah permohonan caruman Kasih KWSP seperti di bawah:

  • Datag ke mana-mana pejabat KWSP terdekat
  • Bawa Kad Pengenalan (MyKad)
  • Dapatkan Borang Kasih Suri – KWSP 16G (M). Ini adalah untuk pendaftaran kali pertama sahaja.
  • Lengkapkan borang
  • Lengkapkan juga Borang Kasih Suri – KWSP 6A (2) semasa buat pembayaran.

 

CARA BAYAR CARUMAN KASIH SURI KWSP SECARA ONLINE

Walaupun pendaftaran tidak boleh dilakukan secara atas talian, pembayaran boleh dilakukan melalui perbankan online.

Senarai bank yang membenarkan bayaran melalui Perbankan Internet:

  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Bank Muamalat

Tiada had minimum untuk pembayaran. Walau bagaimanapun, had maksimum yang dibenarkan untuk pembayaran i-Suri ialah RM60,000 sahaja setahun.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan kasih Suri KWSP, sila layari website rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan (03-89226000)

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR AKAUN KWSP 2022 (Pengguna Kali Pertama)

2 thoughts on “PERMOHONAN BARU I-SURI RM480 (Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP)”

Leave a Comment