SEMAK PENYATA KWSP GUNA IC (Cara Check & Print Statement)

SEMAK PENYATA KWSP GUNA IC (Cara Check & Print Statement)

PENYATA KWSP GUNA IC

Baki pelanggan KWSP yang tidak mempunyai perkhidmatan online tetapi ingin membuat semakan baki KWSP, sudah semestinya ingin mengetahui cara membuat semakan baki tersebut. Disini kami akan kongsikan cara membuat semakan penyata dengan pantas dengan hanya menggunakan IC, semoga membantu.

 

CARA SEMAK PENYATA KWSP GUNA IC

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan dengan menggunakan IC:

 

Semak Penyata KWSP Di Kiosk KWSP

  1. Pergi ke mana-mana kiosk KWSP berhampiran anda
  2. Sentuh skrin dan pilih Bahasa Melayu
  3. Sistem akan meminta anda untuk meletakkan Mykad di tempat yang disediakan
  4. Letakkan ibu jari kanan anda pada ruangan yang disediakan
  5. Anda diberikan pilihan untuk memilih perkhidmatan sama ada mahu mengaktifkan i-Akaun atau mahu mencetak penyata
  6. Walaupun tujuan anda adalah untuk check baki, anda juga boleh pilih untuk mencetak penyata KWSP
  7. Pilih untuk Cetak Penyata
  8. Mesin akan mencetak penyata anda dan akan keluar pada ruangan yang disediakan

 

Semak Penyata KWSP Di Kaunter KWSP

  1. Pergi ke mana-mana cawangan KWSP berhampiran anda
  2. Ambil nombor dan tunggu sehingga nombor anda dipanggil
  3. Maklumkan kepada pegawai KWSP tersebut nahawa anda ingin menyemak penyata KWSP dan baki terkini
  4. Dapatkan cetakan penyata KWSP untuk rujukan
  5. Selesai

 

Semak Penyata KWSP Hubungi EPF CMC

  1. Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP (EPF CMC) di talian 03-89226000
  2. Maklumkan bahawa anda ingin menyemak baki akaun KWSP anda
  3. Nyatakan juga samada ingin membuat semakan Akaun 1 atau Akaun 2
  4. Pihak EPF CMC akan bertanya maklumat untuk proses pengesahan seperti:
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Nama Penuh
    • Soalan-soalan berkaiatan sekiranya perlu
  5. Jika maklumat yang anda berikan betul, pihak KWSP akan memberikan maklumat baki KWSP anda
  6. Selesai

 

SOALAN LAZIM

Sekiranya untuk membuat semakan secara online perlu menggunakan MyKad?

  • Bagi semakan secara online, anda tidak perlu menggunakan MyKad.

Bagaimana sekiranya MyKad bermasalah semasa membuat semakan baki KWSP?

  • Sekiranya terdapat masalah semasa berada di premis KWSP, anda boleh berhubung dengan mana-mana pegawai bertugas dan mereka akan membantu anda

Sekiranya terdapat masalah untuk menyemak baki akaun KWSP, bagaimana untuk merujuk?

  • Anda boleh hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di talian 03-89226000 atau melayari website rasmi KWSP di pautan https://www.kwsp.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN 

CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP GUNA HP (Aplikasi Android & iPhone)

Leave a Comment