BOLEH KE NAK CHECK BAKI DUIT KWSP? (Tiada i-Akaun Online)

BOLEH KE NAK CHECK BAKI DUIT KWSP? (Tiada i-Akaun Online)

BAKI KWSP

Bagi pelanggan KWSP yang tidak mempunyai i-akaun online tetapi ingin membuat semakan bakiKWSP, sudah semestinya ingin mengetahui cara membuat semakan baki tersebut. Disini kami akan kongsikan cara membuat semakan pantas tanpa menggunakan perkhidmatan online, semoga membantu.

 

CARA SEMAK BAKI AKAUN KWSP TANPA i-AKAUN

Terdapat beberap cara untuk membuat semakan tanpa menggunakan i-akaun, antaranya seperti berikut:

Semak Baki KWSP Melalui Pusat Pengurusan Perhubungan Kwsp

  1. Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000
  2. Maklumkan bahawa anda ingin menyemak bakiakaun KWSP anda
  3. Nyatakan juga samada ingin membuat semakan Akaun 1 atau Akaun 2
  4. Pihak EPF CMC akan bertanya maklumat untuk proses pengesahan seperti:
    1. Nombor Kad Pengenalan
    2. Nama Penuh
    3. Soalan-soalan berkaiatan sekiranya perlu
  5. Jika maklumat yang anda berikan betul, pihak KWSP akan memberikan maklumat bakiKWSP anda
  6. Selesai

 

Semak Baki Kwsp Melalui Live Chat Bersama ELYA

  1. Layari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/home
  2. Pada menu uatam klik pada ASK ELYA
  3. Akan keluar paparan “Hai, saya ELYA, Chatbot KWSP. Buat masa ini, saya masih dilatih untuk meningkatkan kepintaran dalam menjawab pertanyaan secara interaktif berkaitan i-Akaun dan caruman.”
  4. Buat pilihan topik berkaitan Ahli
  5. Jawab soalan-soalan yang diberikan
  6. Selesai

 

Semak Baki KWSP Di Kiosk KWSP

  1. Pergi ke mana-mana kiosk KWSP berhampiran anda
  2. Sentuh skrin dan pilih Bahasa Melayu
  3. Sistem akan meminta anda untuk meletakkan Mykad di tempat yang disediakan
  4. Letakkan ibu jari kanan anda pada ruangan yang disediakan
  5. Anda diberikan pilihan untuk memilih perkhidmatan sama ada mahu mengaktifkan i-Akaun atau mahu mencetak penyata
  6. Walaupun tujuan anda adalah untuk checkbaki, anda juga boleh pilih untuk mencetak penyata KWSP
  7. Pilih untuk Cetak Penyata
  8. Mesin akan mencetak penyata anda dan akan keluar pada ruangan yang disediakan
  9. Dapatkan cetakan penyata KWSP untuk rujukan
  10. Selesai

 

Semak Baki KWSP Di Kaunter KWSP

  1. Pergi ke mana-mana cawangan KWSP berhampiran anda
  2. Ambil nombor dan tunggu sehingga nombor anda dipanggil
  3. Maklumkan kepada pegawai KWSP tersebut nahawa anda ingin menyemak penyata KWSP dan baki terkini
  4. Dapatkan cetakan penyata KWSP untuk rujukan
  5. Selesai

 

SOALAN LAZIM

Sekiranya untuk membuat semakan secara online perlu menggunakan MyKad?

  • Bagi semakan secara online, anda tidak perlu menggunakan MyKad.

Bagaimana sekiranya MyKad bermasalah semasa membuat semakan bakiKWSP?

  • Sekiranya terdapat masalah semasa berada di premis KWSP, anda boleh berhubung dengan mana-mana pegawai bertugas dan mereka akan membantu anda

Sekiranya terdapat masalah untuk menyemak baki akaunKWSP, bagaimana untuk merujuk?

  • Anda boleh hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di talian 03-89226000.

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP GUNA HP (Aplikasi Android & iPhone)

2 thoughts on “BOLEH KE NAK CHECK BAKI DUIT KWSP? (Tiada i-Akaun Online)”

Leave a Comment