CARA BELI BARANG DI TAOBAO MALAYSIA(Berapa Shipping Fee & Cara Bayaran)

CARA BELI BARANG DI TAOBAO MALAYSIA(Berapa Shipping Fee & Cara Bayaran)

CARA BELI BARANG DI TAOBAO MALAYSIA

Sekiranya anda berminta membeli barangan secara online dari China secara borong untuk tujuan jual semua di Malaysia, anda boleh menggunakan Taobao.

Bagaimana cara daftar taobao dan cara pembelian? Disini kami kongsikan caranya.

 

APA ITU TAOBAO

Taobao adalah salah satu ecommerce milik Alibaba Group yang dilancarkan sejak tahun 2008 lagi. Hampir sama seperti Aliexpress. Yang membezakan keduanya adalah dari segi target pembeli.

Secara umumnya, Alibaba.com disediakan khas untuk pemborong-pemborong yang membeli dengan kuantiti yang besar dan produk-produk disitu dijual dengan harga yang sangat rendah. Untuk membeli di Alibaba, secara purata, minimum kuantiti yang perlu dipesan adalah antara 500 unit hingga 1,000 ke 10,000 unit.

Manakala AliExpress.com pula, adalah untuk segmen pengguna (consumer) dimana, di AliExpress.com, anda boleh membeli produk pada kuantiti yang sedikit, tetapi dengan harga yang agak mahal. Ianya sebenarnya sebuah website yang disasarkan kepada pengguna-pengguna di U.S yang mahu membeli barang dari China secara terus.

TaoBao.com pula, adalah di kategori pertengahan. Ianya adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. Harganya pula adalah tidak terlalu mahal seperti AliExpress dan juga tidak terlalu murah seperti Alibaba.com . Sangat sesuai untuk pemborong-prmborong kecil mendapatkan bekalan bagi memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan.

CARA DAFTAR TAOBAO

Sebagai permulaannya, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu dengan Taobao. Berikut adalah caranya:

  1. Layari pautan daftar Taobao: https://reg.taobao.com/member/reg/fast/union_reg?_regfrom=TB
  2. Tukarkan bahasa kepada bahasa english
  3. Masukkan no telefon anda
  4. Masukkan kod verifikasi yang tertera
  5. Tick pada agree dan klik next
  6. Ikuti arahan selanjuta sehingga pendaftaran anda selesai.

CARA BELI BARANG DI TAOBAO

Setelah anda telah daftar dengan Taobao, anda boleh membuat pembelian. Berikut adalah cara pembeli

  1. Layari pautan TAOBAO: https://.jhtml?redirectURL=http%3A%2F%2Fwww.world.taobao.com%2Fshop%2Fview_shop.htm&uuid=de3b26ec94303b91bbd66fff36584a67
  2. Pada bahagian traslate di atas, tic pada always traslate to english
  3. Log masuk akaun anda dengan gunakan No Telefon daan Password anda
  4. Cari barangan yang anda kehendaki, tambahkan dalam troli
  5. Harga yang bewarna merah adalah harga dalam mata wang Yuen
  6. Setelah selesai seterusnya tekan CheckOut untuk membuat pembayaran
  7. Pembayaran di Taobao kini menerima kad kredit / kad debit dan juga online banking. Ada lebih dari 5 bank Malaysia yang diterima di Taobao. Antaranya Maybank2u dan juga CIMB Click.
  8. Anda Tidak digalakkan menggunakan kad kredit atau kad debit kerana anda mungkin akan dikenakan cas tambahan sekiranya menggunakan kad kredit atau kad debit
  9. Selepasa selesai proses pembayaran, anda boleh jejaki barangan anda di akaun Taobao di bahagian To Be Reiceived

 

SOALAN LAZIM

Apakah kelebihan Taobao?

  • Harga lebih murah berbanding Aliexpress.
  • Harga borong pada kuantiti kecil. Ini bermakna, anda tak perlu beli barang satu kontena untuk mendapatkan harga borong

Apakah kekurangan Taobao?

  • Laman web dalam bahasa Cina
  • Matawang dalam China Yuan
  • Masa penghantaran agak lama

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR & AKTIFKAN SHOPEEPAY

 

2 thoughts on “CARA BELI BARANG DI TAOBAO MALAYSIA(Berapa Shipping Fee & Cara Bayaran)”

Leave a Comment