CARA AKTIFKAN SHOPEEPAY MALAYSIA (Activate Sebelum Topup)

CARA AKTIFKAN SHOPEEPAY MALAYSIA (Activate Sebelum Topup)

CARA AKTIFKAN SHOPEEPAY

Pembelian secara online pada masa sekarang amat menggalakkan. Pernahkah anda dengar platform Shopee? Sudah tentunya platform shopee ini tengah hangat di Malaysia terkini. Dalam aplikasi shopee terdapat wallet ShopeePay untuk memudahkan urusan pembayaran dalam shopee. Bagaimana cara untuk aktifkan shopeepay? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SHOPEEPAY

ShopeePay adalah sejenis eWallet yang berfungsi menyimpan wang dari bayaran balik dan tambah nilai anda. Seperti juga kad debit, ia adalah sejenis perkhidmatan e-Tunai yang kemudiannya dapat digunakan untuk membayar pesanan anda secara online (dari Aplikasi atau Web Shopee) dan termasuklah juga bayaran secara offline di premis-premis terpilih.

Bukan itu saja, ShopeePay juga menawarkan kaedah pembayaran yang lebih cepat serta pelbagai potongan dan promosi menarik ketika anda berbelanja menggunakan ShopeePay.

 

MUAT TURUN APLIKASI SHOPEE

Untuk memudahkan urusan pemilihan barangan dan pembelian melalui handphone, anda boleh istall aplikasi Shopee. Berikut adalah link muat turun (download) aplikasi

 

CARA AKTIFKAN SHOPEEPAY

Untuk pengguna kali pertama, anda seharusnya daftar dengan ShopeePay terlebih dahulu, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Login akaun Shopee anda: shopee.com.my
  2. Masukkan Username dan Password anda, tekan login
  3. Pada menu utama, klik pada Me di bahagian bawah kemudian Klik pada Shopee Pay
  4. Seterusnyanya klik pada Activate ShopeePay.
  5. Masukkan No kad Pengenalan anda untuk disahkan
  6. Klik Picture untuk masukkan wajah anda. (contoh panduan diberikan)
  7. Kemudian anda dikehendaki mengambil gambar anda beserta kad pengenalan anda. (contoh panduan diberikan)
  8. Seterusnya anda perlu menetapkan PIN 6 digit peribadi bagi pengesahan sewaktu pembayaran.
  9. Setelah lengkap semuanya, Shopee akan mengesahkan akaun anda dalam jangka masa 24 jam.
  10. Anda hanya perlu topup dan memilih kaedah pembayaran menggunakan ShopeePay sewaktu proses check out.

NOTA: Setiap pengguna hanya dibenarkan untuk menetapkan satu sahaja nombor kad pengenalan bagi setiap akaun. Sekiranya anda menggunakan akaun baru, akaun lama yang menggunakan nombor kad pengenalan yang sama haruslah dipadam.

 

APA ITU SPAYLATER (SHOPEE PAYLATER)

SPayLater merupakan servis pembayaran secara ansuran. Pilihan akan diberikan bagi pembayaran secara sekaligus di bulan seterusmya ataupun secara ansuran untuk tempoh dua atau tiga bulan mengikut keselesaan pengguna.

Kadar caj yangh dikenakan: Setiap pesanan akan dicaj yuran pemproesan sebanyak 1.25% dari jumlah keseluruhan pesanan.

 

CARA AKTIFKAN SPAYLATER (SHOPEE PAYLATER)

Berikut adalah merupakan cara untuk atifkan SpayLater:

  1. Log masuk akau shopee anda
  2. Pada menu utama, klik pada Me di bahagian bawah kemudian Klik pada SPayLater bagi penetapan pengaktifan.
  3. Kelayakkan pengaktifan SPayLater
    • Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
    • Mempunya kad pengenalan yang sah.
  4. Seterusnya, klik butang Activate Now.
  5. Masukkan lod pengesahan One-Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS.
  6. Muatnaik gambar kad pengenalan anda bersama maklumat tambahan yang dipinta.
  7. Sistem akan membuat pengecaman wajah bagi pengesahan maklumat yang diberikan
  8. Selesai, SPayLater telah diaktifkan dan sedia untuk digunakan.

 

BAGAIMANA SEKIRANYA PENGAKTIFAN SHOPEEPAY DAN SPAYLATER GAGAL?

Sekiranya proses pengaktifan anda gagal, anda boleh menghubungi pihak Shopee melau chat EVA atau khidmat pelanggan Shopee di talian 03-27779222 atau menerusi Shopee Customer Service Team 

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUAT PENGESAHAN AKAUN BANK SHOPEE TERBARU 2022 (Update & Kemaskini)

1 thought on “CARA AKTIFKAN SHOPEEPAY MALAYSIA (Activate Sebelum Topup)”

Leave a Comment