CARA BELI BARANG IKEA SECARA ONLINE (Daftar ikea.com/my)
IKEA adalah tempat untuk anda membeli barang kelengkapan rumah dan hiasan. Tapi berkunjung ke premis itu agak mencabar kerana dikunjungi orang ramai yang ingin beli belah perabot serta menjamu selera di kafenya. Tapi jika anda hanya ingin mendapatkan perabot, anda boleh melakukan secara dalam talian sekarang. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU IKEA
IKEA Malaysia merupakan antara pusat barangan perabut popular di Malaysia kerana menawarkan pelbagai seleksi perabot dengan rekaan yang menarik untuk hiasan dalaman.
LOKASI CAWANGAN IKEA
Sehingga kini, beikut adalah merupakan cawangan IKEA yang terdapat di Malaysia:
- IKEA Cheras
- IKEA Damansara
- IKEA Tebrau
- IKEA Batu Kawan.
KELEBIHAN MEMBELI BARANG IKEA SECARA ONLINE
- Terdapat servis penghantaran ke seluruh Malaysia pada harga yang berpatutan
- Tidak perlu beratur panjang untuk membayar ataupun mencari tempat letak kereta
- IKEA turut menyediakan servis pemasangan
KATALOG BARANGAN IKEA
Kepada para pelanggan yang ingin membuat pilihan barangan IKEA, anda boleh melihat katalog dalam talian sahaja di pautan:
CARA BELI BARANG IKEA SECARA ONLINE
- Layari laman web IKEA https://www.ikea.com/my/ms/
- Daftar & kemudian login step by step
- Pilih barang yang anda suka & kemudian add cart
- Pilih servis yang diinginkan – penghantaran dan/atau pemasangan
- Buat pembayaran
- Tunggu sehingga produk IKEA anda dihantar ke rumah anda
SERVIS PENGHANTARAN IKEA
Terdapat dua servis penghantaran diwarkan untuk Semenanjung Malaysia, sama ada anda menggunakan kourier ataupun trak IKEA menghantar ke rumah anda sendiri.
Bayaran Perkhidmatan Penghantaran Semenanjung Malaysia
- (Zon A, B, dan C) :RM25
- Penghantaran ke kawasan metropolitan akan mengambil masa 3 hari kerja manakala penghantaran ke kawasan di luar metropolitan akan mengambil masa 6 hari kerja.
- Pesanan dengan jumlah berat sehingga 24 kg, isi padu 84 liter dan sisi terpanjang item tidak melebihi 1.6 meter.
- Penghantaran trak:
- Zon A RM98
- Zon B RM163
- Zon C RM258
- Klik & Ambil RM98
Bayaran perkhidmatan bagi penghantaran ke Sabah & Sarawak
Untuk Sabah & Sarawak, terdapat masa menunggu kira-kira 3-4 minggu sebelum pesanan dihantar.
- Penghantaran bungkusan RM100 (termasuk penghantaran kapal)
- Pesanan dengan jumlah berat sehingga 24 kg, isi padu 84 liter dan sisi terpanjang item tidak melebihi 1.6 meter.
- Penghantaran trak RM675 (termasuk penghantaran kapal, hanya terdapat di Kuching, Miri dan Kota Kinabalu)
- Klik & Ambil RM575
NOTA: Untuk anda yang ingin membeli hanya dapur yang kecil, ia seperti tidak berbaloi. Namun untuk yang berniat untuk membeli perabot rumah, ia adalah pilihan yang amat berbaloi kerana pesanan akan tiba di muka pintu.
KOS PEMASANGAN IKEA
Pihak IKEA turut menyediakan perkhidmatan pemasangan produk yang dibeli dari IKEA pada harga yang berpatutan. Berikut merupakan senarai harga yang diberikan:
- Pemasangan perabut – 10% dari harga perabut. Tidak termasuk kerja-kerja tambahan seperti kerja elektrikal, paip dan sebagainya.
- Baiki kaki atau alas sofa – RM9/modul sofa
- Barangan yang memerlukan kerja-kerja drilling – RM4 bagi setiap lubang yang ditebuk
MAKLUMAT LANJUT
Layari laman FAQ IKEA untuk butiran tentang pembelian dalam talian.
ARTIKEL LAIN
CARA BELI BARANG DI TAOBAO MALAYSIA(Berapa Shipping Fee & Cara Bayaran)
1 thought on “CARA BELI BARANG IKEA SECARA ONLINE (Daftar ikea.com/my)”