Bagi anda yang baru mahu mula gunakan transaksi online, jemput baca cara daftar Paypal seperti di bawah ini.
Cara Daftar Pay Pal MALAYSIA (Sign Up & Register paypal.com.my)
Berikut adalah cara-cara untuk daftar:
- Pada web browser anda, masukkan kata kunci Paypal. Kemudian, pilih yang paling atas. Anda akan dibawa ke laman web rasmi untuk Pay pal.
- Untuk lebih mudah, terus sahaja taip https://paypal.com
- Pada laman tersebut, tekan butang Sign Up Now yang tertera.
- Pada laman seterusnya, pilih sama ada akaun anda tersebut ialah akaun peribadi atau akaun bisnes. Kemudian, tekan butang Next.
- Kemudian, terdapat ruangan yang tertulis I’m an….. Pilih status anda ialah pembeli barangan secara online (Individual shopper), atau Individual seller/freelancer, atau kedua-duanya. Sekiranya anda tidak pasti, pilih I’m not sure.
- Kemudian, tekan butang Next.
- Seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan Email Address, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses. Pastikan anda mempunyai email. Jika tidak, kami sarankan anda daftar Gmail terlebih dahulu.
- Untuk cara daftar Paypal yang seterusnya, pada ruangan Mobile Number, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
- Pada ruangan Given Name, masukkan nama panggilan anda atau nama pertama anda.
- Pada ruangan Middle Name, masukkan nama tengah anda.
- Pada ruangan Surname, masukkan nama keluarga anda. Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh memasukkan nama anda sendiri pada ruangan Given Name dan Surname. Sebagai contoh, sekiranya nama anda ialah Muhammad Akmal, masukkan nama Muhammad pada ruangan Given Name, manakala nama Akmal pada ruangan Surname. Atau, anda boleh memasukkan nama Akmal pada ruangan Given Name, manakala nama bapa anda pada ruangan Surname. Abaikan untuk ruangan Middle Name.
- Pada ruangan Create your password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah minimum 8 aksara, mempunyai minimum satu nombor atau simbol.
- Pada ruangan Confirm your password, masukkan sekali lagi password yang baru anda cipta untuk akaun Paypal anda.
- Pergi ke bahagian bawah, dan semak bendera yang tertera. Pastikan bendera yang tertera ialah bendera kewarganegaraan anda.
- Kemudian, tekan butang Next.
- Pada laman seterusnya, terdapat bahagian Confirm your number. Anda akan menerima SMS daripada Paypal yang mengandungi kod enam digit. Masukkan kod tersebut di ruangan yang disediakan. Sekiranya anda tidak menerima SMS tersebut, tekan link Send code again.
- Kemudian, pada laman seterusnya, beberapa ruangan lagi perlu anda isikan.
- Pada ruangan Nationality, masukkan negara untuk kewarganegaraan anda.
- Ini bahagian penting dalam langkah dan cara daftar Paypal Malaysia. Pada ruangan Identification Type, pilih jenis pengenalan yang anda ingin gunakan, sama ada National ID untuk kad pengenalan anda, Driving license untuk nombor lesen memandu anda, ataupun Passport number untuk nombor passport
- Kemudian, pada ruangan Document Number, masukkan nombor pendaftaran tersebut.
- Pada ruangan Address line 1, masukkan alamat penuh surat-menyurat anda. Sekiranya ruangan tidak mencukupi, sambung pada Address line 2.
- Pada ruangan Postal code, masukkan poskod untuk alamat anda.
- Pada ruangan City/Town/Locality, masukkan bandar untuk alamat anda.
- Pada ruangan State/Federal territory, pilih negeri untuk alamat anda.
- Pada ruangan Date of birth, masukkan tarikh lahir anda. Format tarikh lahir yang perlu anda masukkan di ruangan ini ialah Bulan/Tarikh/Tahun.
- Pada kenyataan Activate One Touch, pilih sama ada anda ingin menggunakan perkhidmatan One Touch atau tidak. One Touch membolehkan anda untuk terus menggunakan akaun Paypal anda pada bila-bila masa setiap kali anda ingin membuat pembelian secara online, di mana akaun Paypal anda tidak akan terkeluar atau log out secara automatik. Jadi, anda tidak perlu memasukkan password anda setiap kali ingin mula membuat pembayaran. Sekiranya anda ingin gunakan perkhidmatan ini, tick pada kenyataan tersebut.
- Kemudian, tekan User Agreement dan Privacy Statement untuk membaca terma dan persetujuan anda sebagai pengguna Paypal terhadap polisi dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Paypal. Sekiranya anda bersetuju, tick pada kenyataan tersebut.
- Seterusya, tekan butang Agree and Create Account.
- Akaun Paypal anda berjaya didaftar.
- Panduan dan cara daftar Paypal sudah tamat.
- Tekan Get Started untuk mulakan shopping anda secara online.
Hantar & terima duit Pay pal guna kad debit & kredit
Pertama sekali, sila ikuti panduan untuk daftar akaun Paypal Malaysia seperti di atas terlebih dahulu. Selepas itu, jika anda mahu terima atau hantar duit, boleh gunakan kad debit atau kad kredit.
Antara bank yang popular ialah:
- Maybank
- CIMB
- Bank Islam
ARTIKEL LAIN
CARA TUTUP AKAUN PAYPAL (Check & Withdraw Baki Akaun)
2 thoughts on “PayPal MALAYSIA Cara Daftar (Sign Up & Register)”