PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG (epp.penang.gov.my)
Kepada warga pelajar yang berasal di negeri Pulau Pinang yang melanjutkan pelajaran pendidikan tinggi, boleh membuat permohonan pinjaman pendididikan negeri Pulau Pinang sesi 2022/2023. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU PINJAMAN PENDIDIKAN PULAU PINANG
Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwujudkan bertujuan untuk memberi pinjaman pendididikan tinggi kepada warganegera Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang.
SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN PULAU PINANG
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
- Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.
- Ditawarkan tempat di Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja. Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).
- Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.
- Pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi / KPLI / Sijil Kemahiran / Kolej Vokasional tidak layak memohon.
- Pinjaman Kali Ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama.
- Tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun (Cth: Jun 2019 – Jun 2020).
- Penerima pinjaman Penaja lain tidak layak memohon. (PTPTN/MARA/JPA/Mybrain dan sebagainya)
KADAR PINJAMAN PENDIDIKAN PULAU PINANG
Berikut adalah merupakan kadar pinjaman mengikut taraf kursus:
- Ijazah Sains: RM 6,000 setahun
- Ijazah Sastera: RM 5,000 setahun
- Diploma Lanjutan Sains: RM 5,000 setahun
- Diploma Lanjutan Sastera: RM 4,000 setahun
- Diploma: RM 4,000 setahun
- Sijil: RM 2,000 setahun
TEMPOH PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN PULAU PINANG
Tempoh pembayaran balik pinjaman adalah 5 tahun dan faedah yang dikenakan 1% daripada keseluruhan pinjaman.
TARIKH PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN PULAUPINANG
Permohonan bagi pinjaman ini secara atas talian mulai dibuka pada 1 Jun hingga 20 Saptember 2022
Nota: Sekiranya tarikh tersebut jatuh pada Hari Kelepasan Am / Cuti Umum maka tarikh tutup Permohonan ditetapkan pada hari terakhir bekerja sebelum tarikh tersebut.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah merupakan dokumen diperlukan untuk dilampirkan semasa membuat permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan Dari Universiti/Institusi (IPTA/IPTS)
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial)Sekolah Menengah. Sekiranya bukan anak negeri, sila sertakan bersama Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah Rendah dan Menengah
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan lain-lain sijil yang setaraf
- Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf (Jika Ada)
- Salinan Sijl Politeknik/Diploma/Ijazah dan sebagainya (Jika Ada)
- Salinan Keputusan Matrikulasi/Asasi Sains (Jika Ada)
- Salinan Keputusan Peperiksaan bagi Tiap-tiap Tahun Akademik Penggal/Semester (Jika Ada)
- Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan kolej dan kursus yang dikeluarkan MQA (Malaysia Qualification Agency/Agensi Kelayakan Malaysia). Salinan tersebut boleh diperolehi dari IPTS berkenaan.
CARA PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN PULAU PINANG
Berikut adlaah merupakan cara untuk membuat permohonan bagi pemohon yang berkelayakan:
- Layari pautan https://epp.penang.gov.my
- Log masuk akaun anda. Sekiranya anda pengguna baharu hendaklah daftar terlebih dahulu dan anda hendaklah mengisi permohonan pinjaman dalam tempoh 3 hari selepas pendaftaran.
- Pastikan anda isi semua ruangan secara lengkap dan betul.
- Klik butang Hantar setelah lengkap borang diisi.
- Sila CETAK borang permohonan yang telah diisi
- Hantarkan borang permohonan anda beserta dokumen-dokumen berkenaan dalam tempoh 2 MINGGU dari tarikh permohonan dihantar secara online ke alamat berikut:
- Lembaga Tabung Amanah Pinjaman Penuntut, Negeri Pulau Pinang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Paras 29, Komtar, 10503 Pulau Pinang
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman pendididikan Pulau Pinang,, sila layari website rasmi ePinjaman Penuntut di pautan https://epp.penang.gov.my/public/index.php#
ARTIKEL LAIN
NO AKAUN BIL AIR PULAU PINANG myPBA (Check & Bayar Online)