CARA BAYAR INSTALLMENT COURTS ONLINE CDM eWALLET (Jompay Biller Code)

CARA BAYAR INSTALLMENT COURTS ONLINE CDM eWALLET (Jompay Biller Code)

CARA BAYAR INSTALLMENT COURTS

Kepada pelanggan setia Court,tahukan anda bagi memudahkan sebarang transaksi berkaitan dengan pembayaran installment kini anda boleh buat secara online. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara bayar installment Courts, semoga membantu.

 

APA ITU COURTS

Courts menyediakan pelan ansuran secara bulanan yang ditawarkan bagi peralatan seperti perabot, perkakas elektrik dan bermacam lagi.

 

CARA SEMAK BAKI COURTS

Jika anda  pelanggan yang telah membuat perjanjian bayaran secara ansuran bersama Courts, sila ikuti langkah berikut untuk check baki hutang  anda:

  1. Sila layari web Courts di https://www.courts.com.my/
  2. Kemudian klik Sign In. Jika anda  pengguna baru anda boleh mendaftar akaun dengan memilih NEW TO COURTS  
  3. Sila buat pendaftaran dengan melengkapkan maklumat peribadi (nama, nombor telefon bimbit, alamat emel, kata laluan dan pengesahan kara laluan)
  4. Bagi tujuan keselamatan, sila pilih IMEJ KESELAMATAN dan sila isi   imej sekuriti captcha.
  5. Kemudian sila Login ke akaun anda.
  6. Sila ke MENU  My Order dan semak baki bayaran anda

 

CARA BAYAR INSTALLMENT COURTS ONLINE

Kepada anda yang ingin membuat pembayaran secara online, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pendeposit perlu log masuk ke perbankan internet pilihan anda
  2. Pilih JomPAY
  3. Pendeposit perlu mengisi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi
    • Biller Code – 5827
    • Biller Code Name – Courts
    • Ref-1 – Nombor Akaun Courts (12 digit)
    • Ref-2 – Nombor Telefon Bimbit Pengirim
    • Amaun (RM) – isikan jumlah yang ingin diisi
  4. Ikuti proses selanjutnya hingga selesai

 

CARA BAYAR INSTALLMENT COURTS GUNA CDM

Kepada anda yang ingin membuat pembayaran guna CDM, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pertama sekali anda perlu ke cdm yang berdekatan dengan anda
  2. Tekan mana- mana butang di key pad mesin cdm & paparan skrin menu akan keluar
  3. Pilih bahasa – berdasarkan bahasa anda inginkan
  4. Pilih urusniaga Bayaran Tunai > Bayaran Pinjaman Kredit
  5. Kemudian pilih pada Courts
  6. Masukkan no akaun 12 digit Court
  7. Masukkan no telefon anda
  8. Paparan akan menunjukkan No akaun dan No untuk hubungi. Pastikan adalah betul dan klik Ya
  9. Masukkan wang tunai yang anda inginkan
  10. Sahkan nilai yang anda masukkan tadi, jika betul tekan ya
  11. Sila amik resit sebagai bukti

 

CARA BAYAR INSTALLMENT COURTS GUNA eWALLET BOOST

Kepada anda yang ingin membuat pembayaran guna eWallet, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi eWallet Boost dan log masuk ke akaun anda. Pastikan baki eWallet anda mencukupi untuk membuat pembayaran installment Courst ini.
  2. Pada paparan utama klik pada Bills
  3. Seterusnya klik pada Add Biller untuk menambah akaun courts (kali pertama)
  4. Kemudian pilih katagori Loans & Saving > pilih Courts Installment
  5. Masukkan no akaun 12 digit Court dan klik Next
  6. Masukkan jumlah amaun yang anda ingin buat pembayaran dan klik Next
  7. Paparan akan menunjukkan transaksi anda, sekiranya ya klik pada Pay
  8. Masukkan 6 digit No PIN Boost anda
  9. Paparan menunjukkan transaski pembayaran anda berjaya. Selesai

 ARTIKEL BERKAITAN:

1 thought on “CARA BAYAR INSTALLMENT COURTS ONLINE CDM eWALLET (Jompay Biller Code)”

Leave a Comment