JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA & IMSAK 2023 1444H MALAYSIA

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA & IMSAK 2023 1444H MALAYSIA

WAKTU BERBUKA PUASA & IMSAK

Rakyat Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada  23 Macl 2023. Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan rukun islam yang ke-3 yang wajib dilaksanakan oleh umat islam. Menerusi portal rasmi JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), Pihak JAKIM telah menerbitkan jadual waktu Imsak serta waktu berbuka puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia di bulan Ramadhan untuk tahun 2023 (Masihi) bersamaan tahun 1444 (Hijrah).

Takwin atau jadual ini memudahkan umat Islam di seluruh negeri di Malaysia untuk membuat semakan waktu berbuka Puasa dan Imsak sewaktu menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al – Mubarak.

 

WAKTU MAKAN SAHUR

Sebaik-baiknya makan sahur atau bersahur ialah yang dilewatkan iaitu hampir dengan waktu Subuh kira-kira 10 minit sebelum azan Subuh. Anda dicadangkan untuk makan 30-20 minit sebelum waktu Subuh untuk memastikan anda makan dengan tenang dan selesa serta tidak tergesa-gesa.

 

WAKTU BERBUKA PUASA

Sebaik sahaja masuk waktu Maghrib segeralah berbuka puasa

 

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA & IMSAK

Berikut adalah merupakan Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1444H / 2023M bagi seluruh negeri di Malaysia iaitu:

BIL

NEGERI

1

Sabah

2

Wilayah Persekutuan Labuan

3

Sarawak

4

Johor

5

Melaka

6

Negeri Sembilan

7

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

8

Selangor

9

Pahang

10

Terengganu

11

Kelantan

12

Perak

13

Kedah

14

Perlis

15

Pulau Pinang

 

MAKSUD WAKTU IMSAK

Ramai yang ada kemusykilan tentang waktu imsak.adakah masuknya waktu imsak kita tidak dibenarkan makan/minum atau imsak itu sendiri adalah masuk waktu subuh?

  • Ada waktu imsak yang yang disunatkan kita berhenti makan sebagai sikap berhati-hati dengan munculnya fajar yang menandakan subuh. Saidina Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW dan Zaid bin Tsabit bersahur bersama. Apabila selesai daripada sahur mereka berdua, Nabi SAW bangun lalu bersolat. Kami (para sahabat) bertanya kepada Anas, ‘Berapa kadar masa antara waktu sahur mereka dan masuknya mereka untuk bersolat?’ Anas menjawab, ‘Kadar apa yang boleh dibaca oleh seorang lelaki sebanyak lima puluh ayat.’
  • Hadis riwayat Imam Bukhari (550) dan Imam Muslim (1097).
  • Tujuan penandaan waktu imsak ini ialah sebagai langkah mengelakkan syak, sama ada sudah terbit fajar atau belum, dengan afdal meninggalkan makan dan minum sedikit masa sebelum terbitnya fajar.
  • Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/189)
  • Manakala waktu imsak dalam erti kata puasa itu sendiri ialah wajib menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa, bermula terbitnya fajar sehingga tenggelamnya matahari, seperti mana firman Allah SWT:
  • وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ
  • Maksudnya: Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).
  • (Surah al-Baqarah, 2:187)

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kadar bayar fidyah, anda boleh merujuk website rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

ARTIKEL BERKAITAN:

3 thoughts on “JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA & IMSAK 2023 1444H MALAYSIA”

Leave a Comment