KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH 2023 SETIAP NEGERI DI MALAYSIA
Untuk makluman anda, penetapan kadar zakat fitrah ini ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia. Oleh itu kadar bayaran bagi negeri-negeri di Malaysia adalah tidak sama dan terdapat kadar yang berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Disini kami akan kongsikan kepada anda kadar bayaran zakat fitrah bagi setiap negeri, semoga membantu
APA ITU ZAKAT FITRAH
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).
HUKUM ZAKAT FITRAH
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan tentang Zakat Fitrah. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan
TEMPOH BAYARAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.
- Waktu Wajib: Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.
- Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.
- Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH 2023
Berikut adalah merupakan kadar bayaran zakat fitrah bagi setiap negeri di Malaysia iaitu:
NEGERI | KADAR ZAKAT FITRAH |
Kedah | RM6.50 / RM7.00/ RM14.00 / RM21.00 |
Melaka | RM7.00 / RM14.00 / RM21.00 |
Perak | RM7.00/ RM14.00 / RM21.00 |
Negeri Sembilan | RM7.00/ RM10.00 / RM21.00 |
Perlis | RM7.00 |
Terengganu | RM8.00/ RM10.00 / RM24.00 |
Selangor | RM7.00/ RM14.00 / RM21.00 |
Johor | RM7.00 / RM13.00 |
Pulau Pinang | RM7.00/ RM13.00 / RM20.00 |
Pahang | RM7.00/ RM14.00 / RM21.00 |
Kelantan | RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 |
Sarawak | RM7.00 |
Sabah | RM7.00 |
Wilayah Persekutuan | RM7.00 / RM14.00 / RM21.00 |
NOTA: Negeri Yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Kadar Zakat : Setiap pembayar zakat boleh memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan mereka
CARA BAYAR ZAKAT FIRTAH
Anda kini boleh membuat pembayaran zakat melalui portal zakat negeri masing-masing seperti berikut:
NEGERI | PAUTAN |
Kedah | https://jom.zakatkedah.com.my/ |
Melaka | https://www.izakat.com/ui.php |
Perak | https://ezakat.maiamp.gov.my/v4/ |
Negeri Sembilan | https://www.zakatns2u.biz/fitrah/ |
Perlis | https://www.maips.gov.my/pwa/fpx/fpxMain.php |
Terengganu | http://epay.maidam.gov.my/epay/ |
Selangor | https://fpx.zakatselangor.com.my/ |
Johor | https://fitrah.maij.gov.my/ |
Pulau Pinang | https://zakatpenang2u.com/ |
Pahang | https://ezakat.muip.gov.my/appZv1/ |
Kelantan | https://zakat.e-maik.my/fitrah/ |
Sarawak | https://www.tbs.org.my/www/ |
Sabah | https://appszakat.sabah.gov.my/user/index.php |
Wilayah Persekutuan | https://fitrah.zakat.com.my/ |
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kadar bayaran zakat fitrah, anda boleh merujuk website rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
ARTIKEL BERKAITAN:
3 thoughts on “KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH 2023 SETIAP NEGERI DI MALAYSIA”