PERMOHONAN SEWA KEDAI PREMIS KIOSK MARA(Berapa Harga & Borang)
Kepada Usahawan Bumiputra yang ingin memiliki premis untuk menjalankan perniagaan, kini anda boleh membuat permohonan sewa kedai premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi Portal MyPremis. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU PORTAL MYPREMIS
Portal MyPremis adalah satu sistem yang diwujudkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada pengusaha Bumiputera yang tidak mempunyai premis untuk untuk membuat permohonan sewaan premis.
KATAGORI PREMIS PERNIAGAAN MARA
Berikut adalah merupakan katagori dan jumlah ruang niaga yang tersedia:
Katagori | Jumlag ruang Niaga |
Arked | 3,475 |
Bazar | 1,777 |
Lot komersial | 1632 |
Kim & Halal Park | 402 |
SYARAT KELAYAKAN PENYEWAAN PREMIS PERNIAGAAN MARA
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
- Warganegara Malaysia
- Bumiputera
- Bebas Senarai Hitam MARA
- Tidak Bankrap
- Telah mendaftarkan perniagaan/syarikat
- Kesesuaian dan daya maju perniagaan atau perusahaan yang dicadangkan
IKLAN KEKOSONGAN PENYEWAAN PREMIS PERNIAGAAN MARA
Untuk mengetahui iklan kekosong sewaan semasa premis perniagaan mara, anda boleh rujuk di Bahagian Pembangunan Infrastruktur Perniagaan Mara
LOKASI & KADAR HARGA PENYEWAAN PREMIS PERNIAGAAN MARA
Sekiranya anda ingin mengetahui lokasi premis niaga MARA di negeri anda, berikuta dlah caranya:
- Layari pautan https://mypremis.mara.gov.my/portal/index.php
- Klik bendera mengikut negeri masing-masing.
- Jumlah kekosongan beserta kadar sewa yang ditawarkan turut dipaparkan dalam portal tersebut.
CARA PERMOHONAN PENYEWAAN PREMIS PERNIAGAAN MARA
Sekiranya anda berminat untuk membuat sewaan premis Mara, berikut adalah emrupakan caranya
- Layari pautan Borang Permohonan Premis online: https://mypremis.mara.gov.my/portal/form_apply.php
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
- Muat naik maklumat perniagaan SSM.
- Setelah lengkap Klik pada Hantar untuk menghantar permohonan.
SEMAKAN PERMOHONAN PENYEWAAN PREMIS PERNIAGAAN MARA
Anda boleh membuat semakan permohonan anda melalui cara berikut:
- Layari pautan Semak Status Permohonan online: https://mypremis.mara.gov.my/portal/form_semak.php
- Masukkan No kad pengenalan dan emel permohonan anda.
- Klik pada Semak.
- Keputusan permohonan dipaparkan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut tentang penyewaan premis perniagaan MARA, sila layari website rasmi Portal Maklumat Premis Majlis Amanah Rakyat (MARA)
ARTIKEL LAIN
SPiM MARA (Permohonan Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya Sehingga RM500000)
2 thoughts on “PERMOHONAN SEWA KEDAI PREMIS KIOSK MARA 2023(Berapa Harga & Borang)”