HARGA POS LAJU TERKINI 2024(SEMAKAN KADAR & KOS POSTAGE)

HARGA POS LAJU TERKINI (SEMAKAN KADAR & KOS POSTAGE)

HARGA POS LAJU TERKINI 2021(SEMAKAN KADAR & KOS POSTAGE)

Pembelian online semakin menggalakan di zaman serba canggih ini. Kita sebagai pengguna mesti untuk memilih perkhidmatan penghantaran yang paling pantas dan juga harga yang berbaloi.

Di sini kami kongsikan cara pos barang dan check harga barang menggunakan perkhidmatan perkhidmatan Pos Laju, semoga membantu.

 

APAKAH ITU POS LAJU

Pos Laju merupakan salah satu perkhidmatan di bawah pengendalian Pos Malaysia. Ia merupakan perkhidmatan penghantaran utama di Malaysia. Servis mereka menghubungkan lebih daripada 80% kawasan di seluruh Malaysia termasuk negeri Sabah dan Sarawak. Mereka pegang konsep “Next Day Delivery” atau kata lain, hantar barang hari ini, esok barang akan tiba di tempat kiriman anda. Dengan harga pos laju yang amat berpatutan.

CARA POS BARANG POS LAJU

Pastikan anda kenal pasti cawangan lokasi pejabat Pos Laju yang terdekat dengan anda. Ikuti cara pos barang menggunakan Pos Laju:

  1. Buka Aplikasi Pos Malaysia atau Layari pautan https://www.pos.com.my/
  2. Akan dipaparkan nama cawangan Poslaju yang sudah pakai system e-connote ini., klik kan pada cawangan yang berhampiran dengan anda
  3. Isikan maklumat anda sebagai pengirim (sender). Tick sahaja ‘Remember Details’ supaya anda tak perlu lagi key-in alamat selepas-selepas ini.
  4. Masukkan maklumat penerima (receiver) pula. Pastikan semua maklumat seperti poskod, alamat dan no telefon adalah tepat
  5. Pada bahagian Parcel Info pula. Buat maklumat berkaitan barangan atau item atau parcel yang anda hantar tersebut. Timbang terlebih dahulu berat barang atau letak anggaran. Nanti akan tertera harga yang perlu dibayar di kaunter nanti.
  6. Sistem akan paparkan semua maklumat yang anda telah key-in sebelum ini. Pastikan anda semak semula. Jika semua dah betul, klik  Generate
  7. Akhir sekali, sistem akan keluarkan reference number dan Kod QR untuk parcel anda tersebut. Akhirnya klik Save to My Parcel. Selesai bahagian pengisian online
  8. Pergi ke cawangan Poslaju terdekat dan pergi ke kaunter dan cari mesin berwarna hitam untuk print e-connote.
  9. Buka aplikasi Pos Malaysia kemudian pergi My Parcel, klik pada lambang PRINT, kemudian akan keluar QR Code dan imbas atau scan Kod QR pada mesin tersebut.
  10. Inilah hasilnya e-connote anda tersebut. Tampal e-connote tersebut pada barangan anda dan bayar di kaunter Poslaju seperti biasa,. Selesai!

SEMAK HARGA POS LAJU TERKINI

Sebelum anda ingin membuat sesuatu penghantaran, anda mesti ingin menyemak harganya kan. Ikuti langkah cara menyemak harga postage:

  1. Layari pautan: https://sendparcel.poslaju.com.my/open/home
  2. Masukkan maklumat berikut:
    • From – Negara / Poskod / State
    • To – Negara / Poskod / State
    • Weight – masukkan anggararan berat barangan
  3. Kemudian tekan “Qoute”
  4. Selesai, paparan harga postage barangan akan dipaparkan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut secara terperinci tentang e-Connote Poslaju, atau rujuk ke:

•           laman web Pos Malaysia Berhad: https://www.pos.com.my/

•           Facecook Pos Malaysia Berhad: https://www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad

 

ARTIKEL LAIN

TEMUJANJI POS MALAYSIA: CARA PERMOHONAN TEMUJANJI ONLINE (Bagi Renew Lesen & Road Tax JPJ)

Leave a Comment