TRIP KE JEPUN TERKINI (Percutian Bajet Itinerari Kos Pengalaman)

TRIP KE JEPUN TERKINI (Percutian Bajet Itinerari Kos Pengalaman)

TRIP JEPUN

Sekiranya anda ingin merancang percutian ke Jepun, semestinya anda akan survey terlebih dahulu pengalaman dari seseorang yang pernah ke sana dan juga kos yang akan terlibat. Disini kami akan kongsikan kepada anda  pengalaman dan bajet itinerari Jepun, semoga membantu.

 

CARA MASUK KE JEPUN TERKINI (Bermula 11 Oktober 2022)

Jepun kini mengumumkan pengecualian syarat visa ke atas pelawat serta pelancong asing dan membenarkan kemasukan harian tanpa had bermula 11 Oktober 2022. Inisiatif tersebut dilihat sebahagian daripada usaha Jepun melonggarkan kawalan sempadan yang sebelum ini diperketatkan ekoran penularan wabak COVID-19.(Trip Jepun)

 

PANDUAN TRIP PERCUTIAN KE JEPUN

Berikut adalah merupakan beberpa Tips untuk persiapan anda semasa di Jepun nanti iaitu:

  1. Waktu Di Jepun Dapatkan Pass Kereta Api
    • Pass kereta api JR merupakan cara untuk melihat suasana di Jepun.
    • Ianya menawarkan perjalanan tanpa had di rangkaian Japan Rail untuk satu, dua, atau tiga minggu untuk kesemua servis kecuali perkhidmatan ekspress paling laju.
    • Ia hanya disediakan untuk orang ramai yang mempunyai visa pelancong. Apa yang anda perlu di buat ialah beli pas sekurang-kurangnya seminggu atau lebih awal untuk perjalanan anda ke Jepun.
    • Pas kereta api untuk seminggu berharga sekitar ¥28,300 atau kira-kira RM830. Tambang pergi balik yang biasa dari Tokyo ke Kyoto adalah ¥27,000, kira-kira RM800.
  2. Menaiki bas di Jepun
    • Jika anda berada di Jepun tanpa pas kereta api JR, pertimbangkan untuk menaiki bas. Sebagai contoh, melancong dengan Willer Express, anda boleh melakukan perjalanan dengan hanya ¥3500 sehala dari Tokyo ke Kyoto.
    • Masa perjalanan kira-kira lapan jam dan anda boleh menempah secara atas talian melalui laman web mereka yang berbahasa inggeris.
  3. Harga Makan Di Jepun & Makan Di Pasar Raya
    • Jika anda mempunyai bajet yang sedikit di Jepun, makan sekurang-kurangnya sekali sehari di kedai-kedai tempatan, selalunya sebuah kedai 7-eleven. Ini bukan keadaan yang anda selalu buat pun.
    • Anda boleh pilih dari makanan yang lazat seperti ikan salmon di atas nasi dengan kicap mentega atau makanan sushi yang pelbagai atau cuba Soboro Bento ayam mereka dengan Coleslaw dan bayam. Sangat Lazat! (Juga terdapat banyak pilihan makanan halal)
  4. Makanan Segera
    • Yoshinoya merupakan rangkaian makanan segera tertua di dunia, menyediakan makanan yang cepat, murah serta sedap. (Juga terdapat pek halal)
    • Hidangan utama mereka ialah semangkuk daging lembu, aka Gyūdon. Apa yang anda dapat ialah semangkuk nasi diisi dengan daging dan bawang dengan lumuran sedikit sos manis berperisa dengan dashi (ikan dan stok rumpai laut), kicap yang sedap.
  5. Hotel Kapsul & kafe Internet
    • Hotel kapsul telah dibina untuk memberikan ahli perniagaan Jepun tempat berehat jika mereka terlepas kereta api terakhir untuk balik rumah atau terlalu mabuk selepas beberapa minuman dengan rakan. Bilik ini agak kecil dan hanya terdapat adalah tiub dengan tilam.
    • Hotel Sembilan Jam di lapangan terbang Narita menawarkan jubah, ubat gigi, berus gigi serta selipar untuk anda. Pengalaman lain untuk dirasai ialah tidur di kafe internet.
    • Kafe Internet juga merupakan pilihan untuk jimatkan kos anda, ini merupakan pilihan yang anda mungkin ingin pertimbangkan. Kafe sering mempunyai pancuran mandi juga.
  6. Minum Air Dari Tap
    • Jangan bazirkan duit anda untuk sebotol air di Jepun. Semua tap air di Jepun boleh diminum dan selamat. Hanya beli sebotol air dari pasar raya dan isi semula di hotel anda atau dimana sahaja anda berada.
  7. Lawat dek pemerhati percuma di Tokyo
    • Disini terdapat tip menarik untuk anda yang lawati Tokyo. Untuk pemandangan terbaik seluruh bandar, naik ke tingkat 45 Bangunan Kerajaan Metropolitan Tokyo di Shinjuku.
    • Bangunan itu menawarkan dua dek pemerhati percuma dimana anda boleh melihat pemandangan cantik keseluruhan bandar. Pada hari yang cerah, nampaknya anda boleh melihat Gunung Fuji juga.

 

KOS DAN BAJET TRIPKE JEPUN

Kos adalah merupakan sesuatu yang subjektif bagi setiap golongan. Namun begitu ianya terpulang kepada kemampuan atau kesanggupan anda untuk mengeluarkan belanja bagi percutian anda di Jepun nanti.

Tips di atasi pasti dapat membantu anda untuk berbelanja dengan kos yang bajet dan terendah. Pastikan anda tahu apa yang anda lakukan, kerana kos percutian dan melancong adalah terlalu subjektif untuk dibincangkan.

 

CONTOH ITINERARI ‘TRAVEL’ 8 HARI TRIP KEJEPUN DENGAN BAJET BAWAH RM3000

Berikut adalah merupakan perkongsian pengalaman bercuti ke Jepun selama 8 hari dengan bajet hanya di bawah RM3 ribu ringgit:

Lokasi bercuti di Jepun

  • Osaka – Kyoto – Tokyo – Mt Fuji

Contoh Pengalaman Menjimatkan

  • Percutian menggunakan style bag packer
  • Pastikan tempahan tiket awal sebaiknya semasa promotion
    • Harga tiket pergi balik KLIA – Kansai, Osaka Airport RM599.00
  • Gunakan aplikasi airbnb untuk membuat tempahan rumah semasa di Jepun, letakkan kawasan yang anda ingin duduki dan tarikh serta beberapa guest

Itinerari 8 hari trip ke Jepun

  • Day 1(Trip Ke Jepun)
    • KL – Osaka (Kansai Airport) 2.30pm – 9.45pm) by AirAsia
    • Lepas setel semua urusan imgresen geng Blackpapers terus naik train Jr Nangkai line ke Shin Imamiya (ambil masa 1jam). Turun2 train je memang akan jumpa Hotel Shin Imamiya.
    • JR Nangkai Line (Kansai Airport- Imamiya Station)
    • Setel checkin & renggankan badan, aku decide nak cari barang basah untuk Uwais. Sebelah station imamiya ada 1 kedai yang disyorkan di Fb RTJ Tamade Market. Memang murah kedai ni wajib pergi.
  • Day 2
    • Jam 8 pagi geng Blackpapers semua dah ready untuk terjah Osaka. Kami mulakan dengan pergi ke Tsutentaku Tower di Shinsakei Street 5 minit je jalan kaki dari hotel. Actually kedai baru nak buka area Shinsakei Street ni tapi bolehlah untuk cuci mata.
  • Day 3
    • Konichiwa Tokyo. Akhirnya sampai juga ke bandar pesat Tokyo ni. Agak2 dapat jumpa Doreamon tak? Bas berhenti di Shinjuku Station.
    • Train (Shinjuku Station – Otsuki Station – Kawaguchiko Station) via TWP
    • Sampai je ropeway dah nak tutup so plan balik esok pagi2 je datang. Patahlah balik ke guest house dan pusing2 sekitar Station Kawaguchiko.
  • Day 4
    • Jam 10 pagi kami checkout siap2 dan terus ke Kachi-Kachi Ropeway. Naik ke puncak gunung ni dalam 10 minit dengan cable car. Pagi ni tak ramai sangat orang so beratur pun sekejap je.
    • Train ( Kawaguchiko Station – Otsuki Station – Shinjuku Station) via TWP
    • Sampai Shinjuku terus gerak ke hotel Empire Inn Shinjuku. Puas hati beb dengan hotel ni. Lokasi dekat dengan Okubo Station & Shin Okubo Station. Kedai makan halal pun dekat. 5 star untuk stay sini.
  • Day 5
    • Harini kami plan ke Gala Yuzawa. Dari Tokyo Station ke Gala Yuzawa dalam 2 jam perjalanan naik shinkansen bedesup lajunya.
    • Shinkansen ( Okubo Station – Shinjuku Station – Tokyo Station – Gala Yuzawa Station) via TWP
    • Subhanallah cantiknya view gunung ganang semua memutih. Rezeki kami tiada snow shower di Yuzawa dapatlah main salji dengan gembiranya.
    • Di Gala Yuzawa ni kena ambil pakej untuk main salji atau main sled atau main ski termasuk tiket gondola.
    • Shinkansen ( Gala Yuzawa Station – Tokyo Station – Shinjuku Station – Okubo Station) via TWP
  • Day 6
    • Jam 10pagi kitorang siap2 untuk checkout, drop beg kat hotel je tanpa charge. Kami nak pusing Akihabara sebab harini last day kat Tokyo. TWP dah habis pakai so belilah tiket kat mesin. Nak beli IC Card macam tak berbaloi sebab pakai kejap je.
    • Train (Shin Okubo – Akihabara)
    • Bas ke Kyoto jam 10.30 malam so kami semua rehat dulu di station bas. Tak sangka2 hujan turun dengan lebatnya di Tokyo dan diselangi salji. Wah bestnya lah hai. Makin lama makin sejuk memang seksa betul kalau Tokyo hujan lebat & salji. Tokyo agak susah untuk terima salji tapi rezeki kami dapat merasa salji di Tokyo.
    • Willer Express Bus (Kajibashi – Kyoto Station)
  • Day 7
    • Ketibaan kami di Kyoto disambut dengan salji lagi. Memang rezeki geng Blackpapers la merasa salji kat semua tempat.
    • Last shopping di Don Quijote Osaka. Agak murah jugak barang2 dekat mall ni. Dapatkah sambar 1 beg guess & Outdoor untuk susu uwais.
  • Day 8
    • Hari ke 8 hari terakhir kami di negara Jepun. Pukul 10 checkout & drop beg di lobi dan tak kena charge ok.
    • Train (Imamiya Station – Universal City Station)
    • Dah jejak USJ memang wajiblah bergambar dengan Universal Globe kan.
    • Train (Imamiya Station – Kansai Airport)
    • Selamat tinggal Osaka, selamat tinggal Tokyo, selamat tinggal Kyoto dan paling dirindukan keindahan gunung Fuji.
    • Alhamdulillah sampai di Klia2 jam 4 pagi

 

ARTIKEL LAIN

CARA MASUK NEGARA THAILAND TERKINI (Dokumen & Harga Border Pass)

2 thoughts on “TRIP KE JEPUN TERKINI (Percutian Bajet Itinerari Kos Pengalaman)”

Leave a Comment