i-FITRI PERANTAU 2023 (Permohonan Bantuan Aidilfitri Perantau Terengganu)
Berita mengembirakan buat anak perantau Terengganu yang berpendapatan rendah, Kerajaan Negeri Terangganu ada menyediakan bantuan Aidilfitri perantau Terengganu menerusi i-Fitri Perantau. Disini kami akan kongsikan cara membut permohonan, semoga membantu.
APA ITI i-FITRI PERANTAU
i-Fitri Perantau merupakan bantuan buat anak perantauan Negeri Terengganu yang berkelayakan agar dapat pulang menyambut Aidilfitri dengan selesa. Ia bertujuan supaya anak-anak negeri Terengganu yang berada di perantauan bolehlah memohon bantuan ini yang diharap dapat mengurangkan sedikit beban ketika pulang berhari raya.
Bantuan ini diperkenalkan sebagai penghargaan kerajaan negeri Terengganu tidak meminggirkan anak negeri di perantauan. Semoga bantuan ini dapat memberi keringanan kepada mereka yang memerlukan ketika pulang berhari raya pada tahun ini.
TARIKH PERMOHONAN i-FITRI PERANTAU
Pemohon yang ingin mendapatkan bantuan ini boleh membuat permohonan mulai 1 April 2023 sehingga 15 April 2023 secara atas talian.
SYARAT PERMOHONAN i-FITRI PERANTAU
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
Syarat Utama Permohonan
- Rakyat Terengganu dan MENETAP diluar di Negeri Terengganu (PERANTAU).
- Pemohon mesti Mengisi dahulu maklumat diri dan keluarga ke dalam Sistem Profil Rakyat
Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU) - Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu, (Pemohon = KIR atau Pasangan).
- Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.
Syarat Kelayakan Bantuan i-FITRI Perantau
- Pendapatan bulanan isi rumah (Gaji KIR & Pasangan) TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 (termasuk gaji dan semua
elaun). - Semua PENJAWAT AWAM dan LANTIKAN KERAJAAN yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK
LAYAK memohon - PENIAGA BERLESEN adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah tidak melebihi
RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh penghulu, dan pengawai Kerajaan yang berkelayakan di tempat
tinggal semasa. - Pemohon yang TIDAK mempunyai SLIP GAJI perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan
oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK atau Pegawai kerajaan yang berkelayakan - Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohanan
- PERMOHONAN boleh DITOLAK sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap
DOKUMEN DIPERLUKAN PERMOHONAN i-FITRI PERANTAU
PERMOHONAN BARU hendaklah memuatnaik (upload) Dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan:
- Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan 1 tanggungan.
- Salinan Slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan 2 Pendapatan yang di sahkan.
- Salinan Surat Akuan Bermastautin atau Salinan Bil 3 Elektrik atau Air
NOTA: Muatnaik (upload) dlm bentuk GAMBAR BERFORMAT JPG, JPEG, PNG & GIF
CARA PERMOHONAN i-FITRI PERANTAU
Sekiranya anda ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:
- Permohonan untuk bantuan ini boleh dilakukan dengan memohon melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/.
- Selepas selesai memohon, sila cetak borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselematan Kampung (JPKK).
- Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak dan Kerajaan Negeri Terengganu berhak menolak permohonan dan meminda apa-apa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.
TARIKH BAYARAN i-FITRI PERANTAU
Kepada pemohon yang layak, bayaran pertama bantuan ini akan mula dibuat secara one-off pada (Akan dikemaskini kemudian) bermula di zon Lembah Klang serta disusuli zon lain termasuk di Sabah dan Sarawak.
SOALAN LAZIM (FAQ) i-FITRI PERANTAU
Apa itu Bantuan i-Fitri Perantau?
- Merupakan bantuan buat anak perantauan Negeri Terengganu yang berkelayakan agar dapat pulang berhari raya dengan selesa
Bilakah tarikh permohonan i-Fitri Perantau?
- Bermula 1 April 2023 sehingga 15 April 2023 secara atas talian
Bagaimana cara untuk membuat permohonan?
- Permohonan boleh dibuat melalui portal https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Bilakah Tarikh pembayaran?
- Pembayaran secara one-off kepada yang layak bermula (Akan dikemaskini kemudian) bermula di zon Lembah Klang serta disusuli zon lain termasuk di Sabah dan Sarawak
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai permohonan bantuan iPerantau, anda boleh merujuk
- Laman website https://ibantuan.terengganu.gov.my/
- Hubungi talian 011-51754924 atau 011-51754969.
ARTIKEL LAIN
2 thoughts on “i-FITRI PERANTAU 2023 (Permohonan Bantuan Aidilfitri Perantau Terengganu)”