eBELIA RAHMAH (Cara Tebus & Guna Kredit RM200 Guna Setel)

eBELIA RAHMAH (Cara Tebus & Guna Kredit RM200 Guna Setel)

eBELIA RAHMAH SETEL

Khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang berusia antara 18 hingga 20 tahun , anda layak untuk menerima bantuan kredit eWallet melalui program eBelia Rahmah menerusi pembentangan Bajet 2023 yang telah diumumkan. Disini kami akan kongsikan cara penebusan eBelia Rahmah melalui Setel, semoga membantu.

 

APA ITU eBELIA RAHMAH

Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan. Program ini bertujuan untuk terus mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan belia dan pelajar IPT sepenuh masa. Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia, menerusi tawaran kredit  yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih

 

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA eBELIA RAHMAH

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi penerima program ini iaitu:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005);
  • Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal)

 

TARIKH PENEBUSAN eBELIA RAHMAH

Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 8.00 pagi pada 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023,

 

KADAR BAYARAN eBELIA RAHMAH

Belia yang layak akan meneri RM200 dalam bentuk kredit e-tunai secara one-off melalui salah satu daripada tiga penyedia  perkhidmatan eWallet.

 

CARA DAFTAR DAN VERIFY eWALLET SETEL

Bagi pengguna kali pertama, berikut adalah cara untuk daftar Setel:

  1. Buka aplikasi Setel di telefon anda
  2. Klik pada Register.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
    • FULL NAME – nama penuh anda.
    • MOBILE PHONE NUMBER – nombor telefon anda yang aktif.
    • EMAIL ADDRESS – email anda uang sah.
    • PASSWORD – ciptakan kata lalauan anda
    • PROMO CODE (OPTIONAL) – masukkan kod sekiranya ada
  4. Tick pada Send Setel promosi and deals to my email (sekiranya anda berminat).
  5. Seterusnya tekan Register.
  6. Masukkan Kod pengesahan 6 digit yang diterima melalui SMS.
  7. Pada laman seterusnya anda dikehendaki untuk membuka fungsi Location/Navigation/GPS di telefon pintar anda.
  8. Seterusnya klik pada Create PIN, ciptakan PIN yang anda inginkan dan sahkan sekali lagi PIN anda untuk ditetapkan pada akaun anda.
  9. Anda juga boleh menggunakan fungsi fingerprint untuk akaun anda sebagai langkah keselamatan. (sekiranya berminat).
  10. Seterusnya anda dikehendaki tetapkan kad kredit atau kad debit untukfungsi tambah nilai ke aplikasi SETEL.
  11. Akhir sekali tekan pada GET STARTED. Pendaftaran akaun anda selesai.

 

CARA PENEBUSAN KREDIT eBELIA RAHMAH SETEL

Setelah proses veridy akaun anda selesai, berikut adalah merupakan cara penebusan:

  1. Buka aplikasi Setel dan log masuk ke akaun anda
  2. Pada menu utama, klik pada bahagian eBeliaRahmah
  3. Kemudian, klik pada butang “Tuntut Sekarang”
  4. Pastikan semua maklumat anda adalah betul
  5. Sila bersetuju dengan privacy clause yang dipaparkan
  6. Tekan Continue
  7. Lengkapkan maklumat peribadi seperti dipinta
  8. Tekan Submit untuk hantar maklumat tersebut
  9. Pastikan submission anda berjaya dengan menekan butang Done
  10. Pastikan juga anda tekan butang OK, got it
  11. Selesai

 

CARA MENGGUNAKAN KREDIT eBELIA RAHMAH SETEL

Setelah proses penebusan anda berjaya, anda akan melihat sebanyak RM200 dalam ewallet Touch n Go anda. Anda boleh menggunakan kredit ini melalui sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

  • Pemindahan “peer-to-peer”;
  • Penebusan tunai;
  • Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • Pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
  • Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Maklumat lanjut mengenai eBelia Rahmah, sila layari portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia

 

ARTIKEL LAIN

4 thoughts on “eBELIA RAHMAH (Cara Tebus & Guna Kredit RM200 Guna Setel)”

Leave a Comment