Senarai Tarikh Cuti Umum Johor 2024 Hari Kelepasan Am

Senarai Tarikh Cuti Umum Johor 2024 Hari Kelepasan Am

Senarai Tarikh Cuti Umum Johor

Kepada penjawat awam persekutuan atau negeri yang berkhidmat di negeri Johor, semestinya ingin mengetahui cuti kelepasan am tersedia di negeri Johor. Kini dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah mempertimbangkan dan meluluskan Hari Kelepasan Am Negeri Johor Tahun 2024. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh cuti umum Johor untuk jadikan panduan anda untuk merancang percutian, semoga membantu.

 

APA ITU MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) merupakan badan kepimpinan negeri yang bertindak menjalankan pemerintahan atau membuat dasar bagi sesebuah negeri di Malaysia. Sebagai perbandingan dengan Kerajaan Persekutuan, fungsinya serupa dengan barisan Badan eksekutif (Kabinet). Setiap ahli majlis ini memegang portfolio atau tugas-tugas tersendiri. Ahli majlis dilantik oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi setiap negeri.

 

TARIKH CUTI UMUM  KELEPASAN AM KERAJAAN NEGERI JOHOR 2024

Berikut adalah merupakan hari kelepasan Am Negeri Johor bagi tahun 2024:

Hari Kelepasan Am Negeri

  • Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor – 23/03/2024
  • Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar – 11/08/2024

Hari Kelepasan Am Persekutuan

  • Hari Thaipusam:  25/01/2024 (Khamis)
  • Tahun Baru Cina: 10/02/2024 (Sabtu)
  • Tahun Baru Cina (Hari Kedua):  11/02/2024 (Ahad)
  • Awal Ramadhan: 12/03/2024 (Selasa)
  • Hari Raya Puasa: 10/04/2024 (Rabu)
  • Hari Raya Puasa (Hari Kedua) *:               11/04/2024 (Khamis)
  • Hari Pekerja: 01/05/2024 (Rabu)
  • Hari Wesak: 22/05/2024 (Rabu)
  • Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong: 03/06/2024 (Isnin)
  • Hari Raya Qurban: 17/06/2024 (Isnin)
  • Awal Muharram (Ma’al Hijrah): 07/07/2024 (Ahad)
  • Hari Kebangsaan: 31/08/2024 (Sabtu)
  • Hari Malaysia: 16/09/2024 (Isnin)
  • Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul): 16/09/2024 (Isnin)
  • Hari Deepavali: 31/10/2024 (Khamis)
  • Hari Krismas: 25/12/2024 (Rabu)

 

CUTI GANTI HARI KELEPASAN AM JOHOR

Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.

Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai cuti kelepasan am di negeri Johor, anda boleh merujuk portal rasmi Kerajaan Negeri Johor

 

Artikel Lain

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT JOHOR MAIJ (Semakan Status maij.gov.my)

Leave a Comment