Cara Bayar Guna Scan QR eMadani Touch n Go(TnG)

Cara Bayar Guna Scan QR eMadani Touch n Go(TnG)

Scan QR TnG

Seperti yang anda ketahui, pada masa kini pembayaran tanpa tunai memang menggalakkan penggunaanya. Ini kerana urusan pembayaran yang pantas dan selamat. Salah satu eWallet yang sering kita gunakan adalah Tounch n Go eWallet. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara guna Scan QR TnG eWallet, semoga membantu.

 

Apa Itu TnG eWallet

Touch n Go (TNG) eWallet merupakan dompet elektronik (e-dompet) yang mengandungi wang elektronik (e-wang).Perkhidmatan aplikasi mudah alih ini ditawarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD). TNG eWallet menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran, dan pemindahan wang melalui telefon pintar anda pada bila-bila masa di mana-mana jua di Malaysia.

 

Perkhidmatan TnG eWallet

TNG eWallet menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti berikut:

  • Pindahan wang ke pengguna TNG eWallet yang lain
  • Tambah nilai prabayar telefon anda
  • Membayar bil utiliti dan pascabayar anda
  • Beli tiket wayang
  • Pembayaran kod QR di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
  • Pembayaran kod QR dinamik di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
  • Untuk membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect

 

Cara Bayar Guna Scan QR TnG eWallet

Kepada anda yang ingin membuat pembayaran menggunakan TnG eWallet ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi TnG eWallet dalam telefon anda dan log masuk akaun anda
  2. Pada paparan menu utama, klik pada Scan
  3. Kemudian anda perlu scan Barcode atau QR code kedai yang ingin anda membaut pembayaran
  4. Kemduian isikan maklumat diperlukan seperti:
    • Jumlah Bayaran
    • Keterangan Bayaran (Jika Berkaitan)
  5. Setelah lengkap, klik pada Confirm
  6. Masukkan No Pin aplikasi Tng eWallet anda
  7. Selesai, paparan status pengesahan pembayaran berjaya akan tertera.

 

Soalan Lazim (FAQ) TnG eWallet

Adakah terdapat sebarang yuran yang dikenakan untuk menggunakan TNG eWallet?

  • Tidak ada yuran yang dikenakan untuk menggunakan TNG eWallet.

Bolehkah saya memindahkan wang saya kepada pengguna lain melalui TNG eWallet?

  • Ya, anda hanya perlu klik ikon “Transfer” di skrin utama tetapi ia terhad kepada pengguna yang telah mengesahkan akaun mereka.

Saya sudah menjadi pengguna berdaftar di Portal MYTouchnGo. Adakah saya secara automatik mempunyai Akaun TNG eWallet?

  • Anda masih perlu memuat turun dan mendaftarkan akaun TNG eWallet. Portal MYTouchnGo hanya menguruskan kad Touch ‘n Go anda manakala TNG eWallet adalah eWallet yang membolehkan anda membuat pembayaran dan banyak lagi melalui aplikasi mudah alih.

 

Maklumat Lanjut

Jika anda perlukan info lanjut tentang Touch n Go eWallet, sila layari https://support.tngdigital.com.my/

 

Artikel Lain:

Leave a Comment