Anda nak tahu cara memasak Ayam Rose Wangi dan korang tahu ker Resepi Ayam Rose Wangi. Ikuti langkah-langkah yang saya sediakan.
Bahan-bahan masak Ayam Rose Wangi
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 tin sup tomato
1 sudu besar puri tomato
1/2 cawan susu cair
Resepi Ayam Rose Wangi
2 helai daun pandan, disimpul (carik-carik daun pandan dan simpul
1 batang serai, diketuk
1 sudu besar gula merah
1/2 keping gula melaka
Garam secukup rasa
1 sudu besar air asam jawa
Minyak untuk menggoreng, menumis
Bahan Kisar
3-4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
10 biji cili merah
1 biji tomato
1 biji buah keras
Bahan Pes Rempah
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besa sebuk jintan putih
1 sudu kecil garam
2-3 sudu besar serbuk cili
Air untuk dijadikan pes
Bahan Hiasan
Daun pudina, bawang goreng dan gajus
Resepi Ayam Rose Wangi
Baca tentang : JADUAL PEMBAYARAN i-LESTARI 2020/2021
Cara Masak Ayam Rose Wangi
- Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan goreng sehingga separuh masak. Angkat dan toskan.
- Panaskan minyak, tumis kesemua Bahan kisar, Bahan Pes Rempah, daun pandan dan serai sehingga naik bau.
- Masukkan puri tomato dan sup tomato, kacau sebati.
- Apabila sudah pecah minyak, tumiskan susu cair, Perasakan dengan garam, gula merah, gula melaka, dan air asam jawa.
- Masukkan ayam yang digoreng tadi, biarkan masak diatas api sederhana besar.
- Taburkan bahan hiasan sebelum dihidangkan.
Nota
Kuah untuk hidangan ini seharusnya likat dan jarang dimasukkan air yang banyak
5 thoughts on “Resepi Ayam Rose Wangi”