Permohonan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik(Rebat RM2400)

Permohonan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik(Rebat RM2400)

Permohonan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik(Rebat RM2400)

Sementara negara sedang memperkuatkan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di pasaran, usaha serupa kini diarahkan kepada pengenalan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik di kalangan penduduk Malaysia. Permohonan untuk skim permohonan rebat motosikal elektrik dikenali sebagai MARiiCas telah dibuka permohonan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohonan rebat tersebut, semoga membantu.

 

Apa Itu MARiiCass

Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiiCas) merupakan salah satu skim rebat bagi tujuan pembelian atau langganan motosikal elektrik kepada rakyat Malaysia. Skim ini diwujudkan bertujuan bagi menggalakkan rakyat untuk beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.

 

Kelebihan Menggunakan Motosikal Elektrik

Berikut adalah merupakan anatar kelebihan penggunaan motosikal elektrik ini iaitu:

  • Pengurangan Kos Penggunaan Bahan Api
  • Menjamin Kelestarian Alam
  • Tidak Bergantung Pada Bahan Api Fosil
  • Kos Penyelenggaraan yang Rendah
  • Sifar Pelepasan Gas

 

Tarikh Permohonan Rebat Motosikal Elektrik

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) juga mengumumkan bahawa permohonan rebat tersebut akan dilaksanakan pada 8 Disember. Langkah ini selaras dengan usaha Malaysia untuk meningkatkan penggunaan EV di kalangan penduduk dan mencapai sasaran 38% kapasiti penggunaan EV di lebuh raya menjelang tahun 2040.

 

Syarat Kelayakan Permohonan Rebat Motosikal Elektrik

Berikut adalah merupakan syarat kelayakat bagi mendapatkan rebet motosikal elektrik ini iiatu:

  1. Individu yang berpendapatan tahunan sebanyak RM120,000 ke bawah.
  2. Warganegara Malaysia berumur 18 dan ke atas.
  3. Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 @ B2).

 

Kadar Rebat Motosikal Elektrik

Berikut adalah merupakan kadar rebat yang ditawarkan iaitu:

  • Pemberian subsidi secara rebet tunai sebanyak RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik; atau
  • Pemberian subsidi secara rebet tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan motosikal elektrik.

 

Dokumen Diperlukan

Pastikan anda sediakan dokumen diperlukan terlebih dahulu bagi memudahkan urusuran permohonan secara online seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Salinan dokumen berkaitan pendapatan tahunan:
    • Bagi yang bekerja: Slip gaji disahkan majikan beserta cop syarikat atau borang EA atau surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
    • Bagi yang bekerja sendiri: Muatnaik borang pengesahan pendapatan atau surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
    • Bagi pesara:
      • Pesara kerajaan – slip pencen dan kad pesara atau surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
      • Pesara swasta – borang pengesahan pendapatan atau surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
    •  Bagi pelajar-
      • Kad Pelajar.
      •  Muat turun borang pengesahan pelajar atau surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  3. Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 @ B2).

 

Cara Permohonan Rebat Motosikal Elektrik

Sekiranya anda berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari laman web MARiiCas
  2. Sebagai pengguna baharu, klik Daftar untuk mencipta akaun anda
  3. Lengkapkan maklumat pendaftaran diperlukan seperti nama, no kad pengenalan dan maklumat diri.
  4. Anda akan menerima email verifikasi. klik pada email tersebut untuk lengkapkan proses pendaftaran.
  5. Seterusnya log masuk kembali akaun anda untuk untuk proses permohonan MARiiCas.
  6. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  7. Bayaran perkhidmatan dan pengesahan identiti pemohon sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap permohonan.
  8. Anda akan menerima email pengesahan permohonan.

 

Cara Semak Permohonan Rebat Motosikal Elektrik

Anda boleh membuat semakan keputusan dengan log masuk pautan MARiiCas dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tarikh permohonan lengkap dilakukan.

 

Senarai 5 Motor Elektrik Terbaik Di Malaysia

1. Zero SR/FR – M95,000
2. Harley-Davidson LiveWire – RM75,000
3. Treeletrik T-70 – RM15,000
4. Yadea G5 – RM10,500
5. Blueshark R1 – RM8,500

 

Soalan Lazim (FAQ) Rebat Motosikal Elektrik

Bila boleh claim rebet Motosikal Elektrik?

  • Bermula 8 Disember 2023

Berapa jumlah rebet Motosikal Elektrik?

  • Sehingga RM2,400.

Bagaimanakah cara buat semakan status kelayakan syarat rebet Motosikal Elektrik?

  • Rakyat yang memiliki pendapatan tahunan RM120,000 ke bawah

Berapa lama masa yang diambil untuk mengecas bateri e-motosikal?

  • Masa pengecasan bergantung pada kapasiti pek bateri dan unit pengecasan semula. Secara purata, sebuah e-motosikal dicas sepenuhnya dalam masa 45 minit.

Artikel Lain

Leave a Comment