PAKEJ PERPADUAN JALUR LEBAR TETAP (Cara Langgan Internet 30Mbps RM69 Sebulan)

PAKEJ PERPADUAN JALUR LEBAR TETAP (Cara Langgan Internet 30Mbps RM69 Sebulan)

PAKEJ PERPADUAN JALUR LEBAR TETAP

Kini kepada Rakyat Malaysia khususnya golongan B40 kini mampu menarik nafas lega dalam konteks menggunakan perkhidmatan internet apabila kerajaan mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband). Disini kami akan kongsikan cara langgan, semoga membantu

 

APA ITU PAKEJ PERPADUAN JALUR LEBAR TETAP

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband) diperkenalkan oleh Kerajaan sebagai komitmen kerajaan menurunkan kos sara hidup dihadapi rakyat ketika ini yang disasarkan bagi membantu golongan B40, veteran, orang kelainan upaya (OKU) serta warga emas dengan harga lebih rendah.

Inisiatif ini bukan sahaja seiring dengan hasrat untuk meringankan beban rakyat, malahan merupakan indikator bahawa Kerajaan Perpaduan dan penyedia perkhidmatan mengambil perhatian terhadap keperluan dan kebajikan rakyat serta terus berusaha dalan memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh dengan harga yang lebih rendah seiring dengan konsep Malaysia MADANI

Pakej ini adalah dengan kerjasama daripada syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap iaitu Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME Berhad dan Astro,

 

KELEBIHAN PERPADUAN JALUR LEBAR TETAP

Harga pakej yang ditawarkan 22 peratus lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi yang sama iaitu sekitar RM89, bermakna rakyat dapat menikmati penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak

 

CIR-CIRI PERPADUAN JALUR LEBAR TETAP

Berikut adalah merupakan ciri-ciri bagi pakej Fixed Internet Broadband ini iaitu:

  • Harga: RM69 sebulan
  • Pelan berkelajuan: 30Mbps
  • Data Tersedia: Data tapa had (unlimited data)
  • Tempoh kontrak: selama 24 bulan

 

TARIKH PENDAFTARAN PERPADUAN JALUR LEBAR TETAP

Syarikat pengendali telekomunikasi, termasuk CelcomDigi, Maxis, Unifi Mobile, U Mobile dan juga YES kini menyatakan mereka akan memperkenalkan pelan prabayar Pakej Perpaduan akan diperkenalkan pada 28 Februari 2023 in

 

TEMPOH LANGGANAN PERPADUAN JALUR LEBAR TETAP

Pakej ini akan ditawarkan untuk dilanggan sehingga 31 Disember 2023 kelak.

 

CARA LANGGANAN PERPADUAN JALUR LEBAR TETAP

Untuk melanggan pakej Fixed Internet Broadband ini anda boleh merujuk pada perkhidmatan jalur lebar yang anda gunakan iaitu:

 

TAWARAN PAKEJ PERPADUAN JALUR LEBAR TIME

Ciri Pelan Pakej MyKabel TIME
  • Harga: RM69 sebulan (Harga asal adalah RM99)
  • Kelajuan Internet: 100 Mbps
  • Tempoh kontrak: 24 bulan

Pendaftaran Pelan Pakej MyKabel TIME

  • TIME akan menawarkan pelan  ini di sejumlah lokasi Program Perumahan Rakyat bermula Mac 2023 ini, dan pendaftaran dibuka sehingga Disember 2023.

Lokasi Pelan Pakej MyKabel

  • PPR Kampung Baru HICOM, Selangor
  • PPR Kota Damansara, Selangor
  • PPR Lembah Subang, Selangor
  • PPR Taman Putra Damai, Selangor (Lembah Subang 1)
  • PPR Kerinchi, Kuala Lumpur
  • PPR UDA Utama, Johor
  • PPR Taman Perling, Johor (Jalan Rawa 1)
  • PPR Taman Perling, Johor (Jalan Rawa 7)

ARTIKEL LAIN

PELAN PRABAYAR INTERNET UNLIMITED TERBAIK TERBARU (DIGI CELCOM MAXIS HOTLINK TuneTalk U Mobile Unifi Mobile YES 4G)

24 thoughts on “PAKEJ PERPADUAN JALUR LEBAR TETAP (Cara Langgan Internet 30Mbps RM69 Sebulan)”

  1. Adakah Adakah permohonan bantuan B40 RM180,Untok pembelian telefon baru dan langganan Internet,Yang dah Saya dipohonkan pada /1 / Januari/2021 itu diluluskan?

    Reply
  2. Saya kategori b40 memohon telefon pintar untuk kemudahan pembelajaran atas talian untuk anak saya tahun ini masuk tingkatan 1

    Reply

Leave a Comment