PERMOHONAN MYWiT (Insentif Gaji & Latihan Majikan Bagi Pengambilan Penganggur)

PERMOHONAN MYWiT (Insentif Gaji & Latihan Majikan Bagi Pengambilan Penganggur)

PERMOHONAN MYWiT

Kepada majikan yang yang ingin menawarkan dan mengambil penganggur sebagai pekerja, kini  Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah menawarkan insentif gaji dan latihan menerusi MyDigitalWorkforce Work in Tech (MYWiT). Disini kami akan kongsikan kepada para majikan yang ingin memnbuat permohonan MYWit, semoga membantu.

 

APA ITU MYWiT

MyDigitalWorkforce Work in Tech (MYWiT) memberi insentif kepada majikan untuk menggambil pekerja Malaysia untuk pekerjaan teknologi dan perkhidmatan digital melalui insentif gaji dan latihan.

Insentif ini dibiayai oleh Kerajaan Malaysia untuk mendorong para majikan memberikan peluang pekerjaan kepada warga yang menganggur.

 

MANFAAT MYWiT

Berikut adalah merupakan manfaat MYWiT:

  • Majikan
    • Kurangkan kos pengambilan pekerja baru dengan subsidi gaji dan insentif
  • Pencari Kerja
    • Gandakan keupayaan anda dan mulakan kerjaya di syarikat teknologi atau perkhidmatan digital
  • Perkasakan dan Latih Semula Pekerja
    • Tingkatkan kemahiran digital dan teknologi pekerja baru anda pada kos yang lebih rendah dengan insentif latihan

 

PENGAMBILAN JAWATAN MYWIT

Pengambilan jawatan menerusi inisiatif ini melibatkan pekerja bagi 2 jawatan berikut:

  1. Jawatan dalam bidang Teknologi Digital bagi mana-mana industri.
  2. Jawatan dalam bidang Perkhidmatan Digital bagi mana-mana industri.

 

INSENTIF YANG DITAWARKAN MYWIT

Insentif yang bakal dinikmati majikan menerusi insentif ini merangkumi:

  1. Subsidi gaji:
    • 40% daripada gaji bulanan selama 6 bulan (maksimum insentif yang diberikan adalah sebanyak 40% daripada RM6,500/bulan, iaitu RM2,600/orang/bulan)
    • Gaji minumum: RM2,000/month
  2. Subsidi latihan bagi latihan dalaman atau luaran/pihak ketiga:
    • Latihan dalaman (minimum 40 jam/orang): sehingga RM5,000/orang
    • Latihan luaran: sehingga RM8,000/orang (tidak termasuk 6% SST)

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN MYWIT

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan kepada majikan yang ingin membuat permohonan:

  1. Syarikat tersebut merupakan syarikat diperbadankan di Malaysia bawah Akta Syarikat 1965/Akta Syarikat 2016.
  2. Modal berbayar minimum: RM20,000.
  3. Syarikat tidak tertakluk kepada perintah pembubaran/penggulungan/tidak aktif.
  4. Bukan syarikat sektor awam, persekutuan, badan berkanun negeri/pihak berkuasa tempatan (PBT).
  5. Menawarkan pekerjaan minimum selama 12 bulan.
  6. Tidak mempunyai hubungan keluarga/perniagaan rapat dengan ahli Lembaga pengarah, pemegang saham/pekerja MDEC.

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan kepada pekerja:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Tiada pekerjaan tetap sekurang-kurangnya 2 bulan/siswazah baru/pekerja yang diberhentikan.
  3. Tarikh mula bekerja dengan syarikat antara 5hb April 2021 hingga 30 April 2022.
  4. Bukan ahli keluarga terdekat kepada pengarah/pemegang saham dalam syarikat pengambilan pekerja.
  5. Bukan penerima/bekas penerima manfaat mana-mana insentif MYWiT daripada mana-mana syarikat.
  6. Bukan sebahagian daripada peserta program PenjanaKerjaya, Jamin Kerja dan Penjana KPT-CAP.

 

DOKUMEN SOKONGAN

Berikut adalah merupakan dokumen sokongan yang perlu disediakan sebelum membuat permohonan untuk dimuat naik:

  1. Maklumat syarikat
    • Sijil SSM
  2. Maklumat pekerjaan termasuk:
    • Penerangan bagi pekerjaan yang dipohon.
  3. Maklumat pekerja termasuk:
    • Salinan surat tawaran pekerjaan minimum 12 bulan.
    • Salinan MyKad pekerja baru.
    • Maklumat pekerja (templat disediakan).
    • Salinan transkrip akhir/sijil/surat rasmi tamat pengajian daripada Universiti/Institusi (bagi siswazah baru).
    • Surat Pemberhentian Pekerja (bagi pekerja yang diberhentikan).
  4. Maklumat Latihan Latihan:
    • Templat latihan luaran (disediakan dalam boring permohonan- Maklumat Pekerja Excel).
    • Sebutharga untuk kursus yang dipilih.
  5. Maklumat Latihan Luaran:
    • Templat latihan dalaman (disediakan dalam boring permohonan- Maklumat Pekerja Excel).
    • Profil Pelatih atau CV pelatih (jika pelatih tidak mempunyai LinkedIn).
  6. Pengisytiharan bertulis yang menyatakan bahawa semua dokumen dan maklumat yang dihantar adalah benar dan ditandatangani oleh penandatangan sah majikan.

 

CARA PERMOHONAN MYWiT

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan inisiatif ini kepada para majikan:

  1. Dapatkan calon pekerja dan pilih latihan yang bersesuaian.
  2. Buat permohonan dalam talian menerusi MDEC
  3. Muat naik dokumen sokongan.
  4. Terima permohonan daripada MDEC.
  5. Majikan menandatangani perjanjian perkongsian.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan MYWiT, anda boleh layari laman web rasmi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

 

ARTIKEL LAIN

BILA DUIT BAYARAN PERKESO COVID 19 MASUK? (Cara Claim Jika Dijangkiti Di Tempat Kerja)

Leave a Comment