PERMOHONAN KAD ANIS SELANGOR 2023

PERMOHONAN KAD ANIS SELANGOR 2023

KAD ANIS SELANGOR

Kepada rakyat Selangor  semestinya anda ingin mengetahui bantuan yang disediakan oleh kerajaan Selangor pada tahun 2023 menerusi Belanjawan Selangor 2023 yang telah dibentang pada 25 November 2022. Antara salah satunya adalah Kad ANIS Selangor.Kepada ibu bapa dan penjaga anak istimewa yang berkelayakan kini boleh membuat permohonan Kad ANIS. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membatu

 

APA ITU KAD ANIS SELANGOR

Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) ialah program-program untuk anak istimewa Selangor yang telah diperkenalkan sejak tahun 2018.

Program-program ANIS ini diwujudkan untuk memperkasakan barisan ibu bapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor seterusnya dapat memberdayakan anak-anak istimewa, ibubapa dan penjaga dan para pendidik untuk lebih mampan dalam mendepani dunia bercabaran ini dengan lebih cakna.

 

KELEBIHAN KAD ANIS SELANGOR

Berikut adalah merupakan antara bantuan yang disediakan:

  • Subsidi Yuran Pendidikan di Pusat Early Intervention Program (EIP)
  • Geran pembelian barangan keperluan khas
  • Bantuan pembelian barangan asas
  • Bantuan rawatan/ saringan kesihatan ISS
  • Baucer beli belah, khairat kematian SMUE

 

JENIS BANTUAN ANIS SELANGOR

Terdapat dua bantuan yang ditawarkan kini iaiti:

  1. Bantuan Khas ANIS
    • Bantuan Khas ANIS ialah bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu ibu bapa dan penjaga anak istimewa untuk menampung kos pendidikan, terapi, peralatan, dan ubat-ubatan yang diperlukan oleh anak istimewa tersebut.
    • Penerima bantuan khas ini akan menerima bantuan secara one-off dengan had maksima sehingga RM5,000.00 bagi satu keluarga.
  2. Bantuan Didik ANIS
    • Bantuan Didik ANIS adalah bantuan yang diberikan secara one-off kepada Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.
    • Objektif pelaksanaan bantuan ini diwujudkan adalah untuk:
      • Membantu Institusi Pendidikan Anak Istimewa yang menjalankan EIP di negeri Selangor.
      • Memberi peluang pada Institusi Pendidikan Anak Istimewa agar dapat menaik taraf keperluan di pusat tersebut
      • Membantu anak istimewa di Selangor untuk menerima EIP dengan lebih berkesan dan sistematik.

 

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  • Syarat kelayakan bagi Bantuan Khas ANIS
    • Akan dimaklumkan oleh pihak EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita, dan Keluarga Negeri Selangor.
  • Syarat kelayakan Bantuan Didik ANIS
    • Terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan EIP untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.
    • Melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan.

 

CARA PERMOHONAN KAD ANIS SELANGOR

Permohon yang berkelayakan boleh membuat permohonan melalui laman web https://www.anisselangor.com/ pada tarikh permohonan telah dibuka.

 

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai bantuan ANIS Selangor ini, anda boleh melayari laman website rasmi ANIS iaitu https://www.anisselangor.com/

 

ARTIKEL LAIN

NADI 2022 (Permohonan Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan)

4 thoughts on “PERMOHONAN KAD ANIS SELANGOR 2023”

Leave a Comment