CARA BUAT HIBAH (Mudah & Dokumen Diperlukan)

CARA BUAT HIBAH (Mudah & Dokumen Diperlukan )

CARA BUAT HIBAH
CARA BUAT HIBAH

Bagi soal pembahagian harta terdapat pelbagai cara boleh digunakan. Antaranya ialah pembahagian secara buat Hibab. Sudah tentunya banyak persoalan tentang hibah yang bermain di fikiran anda sehingga kini yang perlu anda ketahui seperti, Apa itu Hibah dan bagaimana cara membuat pembahagian?

Disini kami kongsikan penerangan dan cara buat hibah, semoga membantu.

 

APA ITU HIBAH

Hibah merupakan pemberian harta benda atau hak milik si pemilik dengan seikhlas hati dan sepenuh kasih sayang kepada sesiapa yang diinginkannya semasa hidup tanpa sebarang balasan.

Sebagai hadiah kepada ahli keluarga atau mereka yang dipilih untuk menerima hadiah itu semasa si pemberi masih hidup. Harta yang diberikan kepada orang-orang tertentu semasa masih hidup dan tidak tertakluk kepada pembahagian secara faraid.

 

JENIS HIBAH

Hibah terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

  1. Hibah Mutlak
    • Hibah mutlak adalah dengan cara melaksanakan pemberian secara terus daripada penghibah kepada penerima hibah. Sebagai contoh : Bapa menghibahkan sebuah rumah kepada anaknya dan terus melaksanakan pindah milik (Borang 14A KTN) kepada nama anak.
  2. Hibah Amanah
    • Hibah amanah ialah pemberian secara terus oleh penghibah kepada penerima hibah tetapi penerima hibah belum / tidak berkelayakan memiliki harta tersebut. Oleh itu, badan berautoriti akan bertindak sebagai pemegang amanah bagi harta tersebut. Contohnhya penerima hibah adalah anak OKU atau kanak-kanak. Maka penghibah melantik pemegang amanah bagi menjaga harta tersebut sehingga anak berumur 18 tahun.
  3. Hibah Bersyarat
    • Hibah bersyarat adalah pemberian harta semasa hidup oleh penghibah kepada penerima hibah tetapi penghibah membuat syarat yang dipersetujui oleh penerima hibah contohnya; pemberi hibah masih ingin duduki harta hibah sehingga dia meninggal dunia.

 

CARA BUAT HIBAH

Kepada yang ingin membuat Hibah, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Ketahui sebab nak buat hibah
    • Memang dengan sebab kasih sayang nak berikan kepada orang tertentu atau sebaliknya.
    • Digalakkan sekiranya anda tergolong dalam kategori yang ada anak perempuan sahaja, ada anak angkat dan mereka yang tidak mempunyai pewaris anak lelaki untuk membuat faraid.
  2. Kenal pasti siapa sebagai penerima hibah
    • Sila kenal pasti dengan baik tentang siapa yang anda ingin jadikan sebagai penerima hibah anda. Dalam indeks ini, anda haruslah peka dan jelas tentang siapa penerimanya supaya proses hibah ini menjadi lebih mudah.
    • Satu lagi, supaya proses ini dapat dijalankan dengan adil dan tidak menyusahkan waris yang lain dalam urusan pembahagian harta.
  3. Tentukan jenis harta untuk dihibah
    • Antara harta yang boleh dihibahkan adalah hartanah, Tabung Haji tanpa penamaan, syarikat, ASB dan lain-lain.
  4. Buat hibah melalui jenis hibah yang ingin digunakan
    • Terdapat tiga jenis hibah yang boleh anda pilih untuk gunakan. Tiga jenis hibah tersebut adalah hibah mutlak, amanah dan bersyarat. Jenis-jenis hibah ini juga mempunyai proses yang berbeza untuk dilaksanakan.
  5. Tentukan tempat untuk buat hibah
    • Tempat untuk buat hibah ini bermaksud tempat yang anda pilih untuk membantu anda melaksanakan proses hibah tersebut.
    • Anda boleh membuat pilihan mengikut kemampuan anda untuk buat hibah seperti di syarikat amanah, peguam sivil, peguam syariah, badan berkanun dan agensi kewangan.
  6. Rujuk pihak yang lebih arif
    • Anda haruslah merujuk pada orang yang ada ilmunya. Begitu juga tentang cara buat hibah.
  7. Pastikan ada bukti dan saksi
    • Untuk menggelakkan terjadinya perkara berbangkit oleh pihak yang lain di masa akan datang.
    • Jika anda membuat hibah secara lisan, pastikan anda mempunyai hitam putih seperti surat bertulis sebagai bahan bukti dan rujukan.
    • Pastikan ianya mendapat persetujuan daripada penghibah dan penerima. Selain itu, saksi juga adalah diperlukan semasa proses anda ingin membuat hibah. Ia adalah sebagai pengesahan berlakunya proses hibah antara dua pihak tersebut dan sumber yang sahih.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara buat Hibah, anda boleh rujuk DI SINI

1 thought on “CARA BUAT HIBAH (Mudah & Dokumen Diperlukan)”

Leave a Comment