PERMOHONAN PINJAMAN TEKUN COVID 2024(Apply Borang Online tekun.gov.my)

PERMOHONAN PINJAMAN TEKUN COVID(Apply Borang Online tekun.gov.my)

PINJAMAN TEKUN

Sekiranya anda seorang usahawan dan memerlukan modal untuk memajukan lagi perniagaan anda semasa hadapi cabaran di musin covid, kini TEKUN Nasional memperkenalkan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM). Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan pinjaman ini, semoga membantu.

 

APA ITU TEKUN NASIONAL

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyediakan kemudahan pinjaman kepada usahawan. Pinjaman ini disalurkan menerusi beberapa skim antaranya Skim Pembiayaan Informal dan Mikro, Skim Pembiayaan TEKUN Niaga serta Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India.

TEKUN Nasional akan memastikan setiap proses permohonan pinjaman yang dipohon diuruskan dengan cepat  untuk pastikan setiap usahawan dibantu bagi memajukan perniagaan. Jadi mereka dapat manfaatkan sebaiknya pinjaman yang mereka dapat. Selain kemudahan pinjaman, TEKUN Nasional menyediakan kursus asas keusahawanan bagi meningkatkan ilmu pengurusan perniagaan dan kewangan perniagaan.

 

SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN SEKTOR MIKRO TEKUN NASIONAL (CBRM)

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional atau Covid Business Recovery – Micro (CBRM) adalah satu skim pembiayaan mikro untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada bagi usahawan yang terjejas akibat daripada wabak COVID-19.

 

KADAR PINJAMAN CBRM

Suntikan modal pusingan dengan jumlah pembiayaan tekun sebanyak RM1,000 hingga RM10,000 kepada peniaga yang kehilangan pendapatan sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19 dan pasca PKP

 

JADUAL BAYARAN BALIK PINJAMAN TEKUN COVID (CBRM)

Tempoh bayaran balik pembiayaan maksima pula sehingga 3 tahun (36 bulan) dengan penangguhan selama 6 bulan.

 

SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN TEKUN COVID (CBRM)

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  • Perniagaan usahawan mikro yang terjejas akibat wabak Coronavirus COVID-19
  • Merupakan warganegara Malaysia (Bumiputera atau India)
  • Mestilah berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan maksimum adalah sehingga umur 65 tahun)
  • Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
  • Mempunyai lesen / permit PBT (lesen penjaja) / daftar perniagaan yang sah (SSM) atau dokumen lain yang mengesahkan pemohon menjalankan perniagaan.
  • Tidak disenarai hitam dengan institusi kewangan lain
  • Bebas daripada tindakan kebankrapan
  • Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada)
  • Pemohon yang berjaya perlu memilih salah satu kemudahan yang diberikan samada dari Bank Simpanan Nasional atau TEKUN Nasional

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut sebelum membuat permohonan iaitu:

  • Borang Penzahiran Kebenaran Maklumat Individu (JPP/BORANG/17).
  • Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau lesen perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  • Salinan MyKad pemohon dan pasangan
  • Salinan penyata akaun bank untuk 1 bulan terkini
  • Salinan salah satu bil utiliti terkini (Bil elektrik / bil air / bil telefon)

 

CARA PERMOHONAN PINJAMAN TEKUN COVID (CBRM)

Sekiranya anda berkelayakan, berikut adalah cara untuk membuat permohonan:

  1. Layari pautan pendaftaran https://fas.tekun.gov.my/cbrm/register. Sekiranya anda telah mempunyai akaun anda boleh terus log masuk
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan:
    • Nama Penuh
    • No Kad Pengenalan
    • Alamat Email
    • Kata Laluan
    • Pengesahan Kata Laluan
  3. Setelah lengkap, klik pada Daftar Akaun
  4. Seterusnya Log masuk kembali akaun anda dengan masukkan Alamat Email dan Kata Laluan
  5. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap untuk selesaikan proses permohonan anda

 

TEMPOH KELULUSAN PINJAMAN TEKUN COVID (CBRM)

  • Tempoh kelulusan pinjaman TEKUN nasional adalah dalam masa 14 hari bekerja.
  • Pihak TEKUN akan menghubungi Anda melalui telefon dan email bahawa permohonan pinjaman Anda diluluskan atau tidak diluluskan.

Nota: Sekiranya pihak TEKUN tidak menghubungi Anda selepas lewat masa 14 hari bekerja, Anda boleh menghubungi pihak TEKUN melalui no telefon 03-9059 8888

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman TEKUN, sila layari website rasmi TEKUN Nasional di pautan https://www.tekun.gov.my/ms/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN PINJAMAN DUIT SEGERA 2022(Tanpa Dokumen & Slip Gaji)

2 thoughts on “PERMOHONAN PINJAMAN TEKUN COVID 2024(Apply Borang Online tekun.gov.my)”

Leave a Comment