SENARAI PAMERAN JUALAN PROGRAM AKTIVITI PETA MAHA 2022

SENARAI PAMERAN JUALAN PROGRAM AKTIVITI PETA MAHA 2022

MAHA 2022

Terkini Maha ada menganjurkan Pameran Jualan Pertanian. Kepada sesiapa ingin mengunjunginya, semestinya ingin mengetahui aktiviti peta program MAHA ini. Disini kami akan kongsikannya serta sedikat paunduan untuk mengunjungi program ini, semoga membantu.

 

APA TEMA MAHA 2022

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022 akan diadakan secara hibrid di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) dengan bertemakan ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’.

 

TEMPOH PAMERAN Maha 2022

  • Termpoh pelaksanaan program ini adalah muali pada 4 OGOS 2022 sehinggan 14 OGOS 2022

 

LOKASI MAHA 2022

  • Program pameran pertanian ini diadakan di lokas MAEPS SERDANG (MAEPS Secretariat Building, Mardi, 43400 Serdang, Selangor)

 

SASARAN Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia  2022

Maha 2022 antara lain menyasarkan penyertaan syarikat swasta, agensi kerajaan, institusi kewangan, usahawan tani dan golongan belia serta turut mengetengahkan pameran maya untuk sesi perbincangan, padanan perniagaan dan webinar secara langsung seolah-olah mengunjungi pameran secara fizikal.

Ia juga akan menggunakan pendekatan holistik dengan fokus kepada agroperdagangan, agrobelia, agroteknologi dan promosi hasil pertanian.

Maha 2022 menyediakan 1,500 ruang pameran dan jualan antaranya jualan produk industri makanan dan asas tani seperti anak pokok, bunga, makanan laut dan sayuran segar.

 

AKTIVITI PROGRAM PAMERAN Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia 2022

Program ini akan dimeriahkan dengan lapan laman pertanian sebagai tarikan pengunjung iaitu:

  1. Laman Perikanan
  2. Laman Padi
  3. Laman Ternakan
  4. Laman Herba dan Sayur
  5. Laman Buah-buahan
  6. Laman Nanas
  7. Laman Jentera
  8. Laman Florikultur.

Nota: Ruang pameran akan memberi ruang kepada pemain industri kecil, sederhana dan besar untuk mempromosikan produk hiliran daripada sektor pertanian ini.

 

KADAR PARKING MAHA 2022

Semestinya kepada yang ingin mengunjugi ke pameran ini ingin mengetahui lokasi parking yang sesuai, berikut adalah merupakan lokasi pargi berdasarkan tujuan anda:

  • Lokasi parking masuk dari pintu yang dekat hospital Serdang: sekiranya anda ingin membeli makanan terlebih dahulu
  • Lokasi parking masuk dari pintu besar highway dari Puchong menghala ke bangi: sekiaran anda ini membeli pokok² dan jalan² ke Laman Florikultur, Laman Perikanan, Laman Ternakan

NOTA: Parking for visitor RM5, bayar di pintu masuk guna TOUCH N GO.

 

TIPS KE MAHA 2022

Berikut adalah merupakan sedikit tips atau panduan kepada yang ingin mengunjungi pameran pertanian ini:

  1. Pakai flat shoes/sport shoes/sandal. No high heels please. Kesian tengok adik2 yg pakai kasut tinggi day 1.
  2. Trem selalu penuh. Kalau rasa tak larat jalan..park yg hujung² parking lot. So di trem nanti kita nak naik ada la tempat duduk. Kalau park depan².. trem penuh..depa bye² je kita nanti. Jalan kaki jauh sikit pun takper boleh sihatkan badan.
  3. Bawa payung.
  4. Kalau bawa anak kecik bawa carrier/stroller.
  5. Kene ready mental dan fizikal untuk berjalan .
  6. Macam tak sesuai nak bawa mak ayah yg dah tua bertongkat berjalan di MAHA. Kesian tengok. Tapi jika ada kerusi roda ok.
  7. Makanan dan air banyak dijual. Tak payah bawa bekal.
  8. Bawa baby wipes kot emergency anak poopoo dan ada toilet air perlahan.
  9. Bagi muslimah, Bawa telekung sendiri senang. Telekung sangat limited dan orang ramai
  10. Make sure hari untuk yang plan ke MAHA tiada plan lain selepas tu. Biar sehari suntuk di sana so takde la rushing². Boleh jalan dan rehat di mana². Jalan lagi & makan pula..solat, baru balik..
  11. Kalau rasa nak shopping byk, nak beli pokok k..etc.bawa troli siap2. Troli or bakul pasar pun ok
  12. Jgn segan makan tester. Alang² dah kat MAHA2022.Rasa je tester yg usahawan bagi.
  13. Parking for visitor RM5. bayar di pintu masuk guna TOUCH N GO.
  14. Kalau nak beli makanan² dulu, boleh park dan masuk dari pintu yang dekat hospital Serdang. Tapi kalau nk beli pokok² dan jalan² ke Laman Florikultur, Laman Perikanan, Laman Ternakan, parking di pintu besar highway dari Puchong menghala ke bangi tu.
  15. Pakai mask dan kerap sanitize tangan. Jika demam, batuk & selsema duduk rumah dulu.
  16. Datang awal pagi pun takpe. 9am dah siap parking. Nanti pi pun dengan hati tenang.
  17. Bawa beg besar skit. So barang² dibeli boleh sumbat dlm 1 beg. Tp ade trolley lagi bagus.
  18. Make sure anak² dalam pengawasan kita.

 

PETA AKTIVITI PROGRAM Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia 2022

Link di bawah akan membawa anda ke Google PDF reader yang juga memberikan kemudahan untuk anda download buku tersebut.

 

TAWARAN DISKAUN PRODUK NAFAS DI MAHA

  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) diskaun sehingga 30 peratus ke atas produk mereka.
  • Antara barangan yang dijual dengan diskaun sekitar RM2 bagi setiap item di MAHA adalah
    • Jualan air secara barista klasik sejuk dan panas
    • Produk aiskrim popsicle daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Cameron Highlands
    • Produk berasaskan ayam proses

 

MAKLUMAT LANJUT

Link di bawah akan membawa anda ke Google PDF reader yang juga memberikan kemudahan untuk anda download buku tersebut di halaman rasmi MAHA iaitu https://mahaexpo.my

 

ARTIKEL LAIN

CARA TAKSIR BAYAR ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) TEBUS BAUCER & MENANG HADIAH

 

Leave a Comment