LUPA NO AKAUN TNB: CARA DAPATKAN SEMULA ACCOUNT NUMBER(Check Online Bil Elektrik)
Sekiranya anda ingin membuat pembayaran bil TNB anda, seharusnya anda memerlukan no akaun bil TNB anda. Bagaimana sekiranya anda lupa mo akaun TNB? Disini kami akan kongsikan cara dapatkan no akaun TNB anda menerusi aplikasi MyTNB (portal dan apliaksi), semoga membantu.
TUJUAN PORTAL MyTNB
Tujuan portal MyTNB ini diwujudkan adlaah bagi memudahkan pengguna untuk:
- Semakan dan pembayaran bil elektrik
- Permohonan bekalan elektrik
- Penukaran nama pada bil elektrik secara online
PERKHIDMATAN TERSEDIA PADA MyTNB
Berikut adalah perkhidmatan yang tersedia dalam MyTNB untuk penggunanya:
- Menyemak maklumat pada akaun TNB seperti berikut:
- Bil elektrik semasa
- Kadar atau trend penggunaan tenaga elektrik untuk 6 bulan sebelumnya
- Sejarah bacaan meter (Meter Reading History) dan maklumat bayaran sebelumnya (Billing & Payment History)
- Menggunakan lebih 1 akaun TNB
- Memberi maklum balas kepada pihak TNB
- Soal jawab
- Menyimpan maklumat kad kredit untuk bayaran pantas
- Senarai kontraktor elektrik berdaftar
- Semak status bekalan elektrik
- Maklumat akaun seperti jumlah deposit dan status akaun TNB
- Pembayaran bil elektrik semasa
- Permohonan online bagi kemudahan berikut:
- Permohonan bekalan elektrik
- Menukar nama pengguna (pemilik baharu atau penyewa)
- Permohonan untuk membaca sendiri meter di premis pengguna
- Penutupan akaun
- Akses pautan-pautan lain berkaitan industri tenaga elektrik
CARA DAFTAR MYTNB APP
Sebagai pengguna kali pertama, anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Berikut adalah emrupakan caranya:
- Sila download dan install aplikasi myTNB (Google Play / App Store) atau layari pautan https://www.mytnb.com.my/
- Klik pada Register
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti
- Nama
- Nombor kad pengenalan
- Nombor telefon
- Masukkan PIN yang dihantar menerusi SMS untuk pengesahan
- Selesai
CARA SEMAK NO BIL TNB
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan no akaun bil anda:
Semakan menerusi portal MyTNB
- Layari portal myTNB
- Log masuk ke akuan anda
- Klik pada bahagian INFORMATION > Bill & Payments.
- Maklumat bil berserta no akaun bil TNB anda akan tertera.
Semakan menerusi Khidmat pelanggan
- Hubungi TNB Customer Care: 1300 88 5454
- Maklumkan kepada pegawai tersebut bahawa anda ingin menyemak no akaun bil TNB anda
- Talian ini dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 8 pagi sehingga 7 malam.
SOALAN LAZIM LUPA NO AKAUN TNB
Apa beza myTNB Apps dan myTNB Self Service Portal?
- MyTNB Apps adalah portal yang boleh diakses melalui telefon bimbit dan tablet.
- TNB Self Service Portal boleh dilayari melalui Internet di komputer atau komputer riba.
Bolehkah menggunakan ID yang sama untuk login myTNB Self Service Portal atau myTNB Apps?
- Ya, boleh. Kedua-dua portal mempunyai ID pengguna dan kata laluan yang sama bagi setiap pengguna.
Bagaimana cara semak bil elektrik di myTNB Apps?
- Sila ke bahagian ‘Current Bill’ di bahagian dashboard. Bil terkini akan keluar dalam bentuk PDF. Kemudian, pergi ke bahagian ‘Bill’ untuk lihat bil dan sejarah bayaran.
MAKLUMAT LANJUT LUPA NO AKAUN TNB
Untuk maklumat lanjut jika lupa no akaun TNB, sila rujuk portal rasmi TNB di pautan https://www.mytnb.com.my/
ARTIKEL LAIN
CARA SEMAK BIL TNB ONLINE (Guna MyTNB App)