CARA SEMAK NOMBOR AHLI KWSP (Guna EPF CMC)
Berdasarkan situasi sekarang,ramai ahli KWSP yang ingin mengeluaran duit EPF(KWSP) akaun 1 melalui pengeluaran Khas KWSP
Antara masalah yang timbul adalah terlupa nombor ahli KWSP,bagaimanakah cara CHECK NOMBOR AHLI KWSP?
Berikut adalah cara semakannya:
CARA SEMAK NOMBOR AHLI KWSP MELALUI EPF CMC
- Sila hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP (EPF CMC) di talian 03-89226000.
- Sila maklumkan masalah anda berkaitan “terlupa nombor ahli KWSP”
- Anda perlu menjawab beberapa soalan untuk proses verifikasi
- Jika anda berjaya menjawab dengan betul,pihak EPF CMC akan memberikan nombor KWSP anda
SEMAKAN NOMBOR AHLI KWSP DI KAUNTER EPF
- Sila ke kiosk KWSP yang berdekatan dengan anda untuk membuat semakan nombor ahli KWSP. Untuk mengetahui lebih lanjut,rujuk CARA GUNA KIOSK KWSP
SEMAKAN NOMBOR AHLI KWSP MELALUI i-AKAUN KWSP
- Antara dokumen dan maklumat yang perlu dibawa adalah kad pengenalan dan maklumat tentang nombor ahli KWSP
- Sila ke cawangan KWSP terdekat untuk tujuan pendaftaran i-Akaun.
- Selepas pendaftaran, ahli akan diberi kata laluan sementara melalui SMS bagi tujuan pengaktifan i-Akaun.
- Kemudian sila layari https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Masukan nombor ahli pada ruangan ID pengguna dan masukan kata laluan yang diterima melalui SMS dan Klik LOG MASUK
- Anda akan diarah untuk menukar id pengguna kata laluan,imej online,frasa keselamatan yang baru.Sila ikuti proses ini sehingga selesai
- Anda telah berjaya log masuk i-AKAUN KWSP dan boleh semak baki dan membuat urusan pengeluaran.
SOALAN LAZIM
Dimanakah tempat untuk daftar i-Akaun KWSP?
- Di cawangan/kaunter KWSP
Bagaimanakah cara untuk dapatkan nombor ahli KWSP?
- Rujuk artikel di atas
Dimanakah lokasi kiosk KWSP?
- Rujuk portal rasmi KWSP
Bolehkah daftar i-Akaun KWSP ?
- Boleh,sila rujuk CARA DAFTAR AKAUN KWSP 2022 (Pengguna Kali Pertama)
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenari nombor ahli KWSP, boleh menghubungi talian bantuan seperti berikut:
- Telefon: 03-8922 6000
- Facebook KWSP: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Laman Portal Rasmi KWSP
Sya ingin thu baki kwsp