CARA DAFTAR CIDB RENEW ONLINE(Semakan Kursus & CCD Point)

CARA DAFTAR CIDB RENEW ONLINE (Semakan Kursus & CCD Point)

CIDB

Kepada pekerja yang terlibat dalam bidang pekerjaan pembinaan, seharusnya anda perlu daftarkan dengan pihak CIDB terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan cara daftar san renew secara online, semoga membantu.

 

SIAPA YANG PERLU DAFTAR CIDB

Kepada pekerja yang dalam pekerjaan seperti berikut sekiranya berkenaan perlu daftar dengan CID B:

  • Buruh binaan
  • Pekerja am
  • Pegawai keselaman
  • Pengurus projek
  • Pegawai keselamatan
  • Sesiapa sahaja yang diperlukan untuk masuk ke tapak pembinaan.

 

KENAPA PERLU DAFTAR DENGAN CIDB

Kepada pekerja yang terlibat perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu bagi mendapatkan Kad Hijau (Green Card CIDB) sebelum mereka dibenarkan bekerja di Tapak Binaan mengikut undang-undang di Malaysia.

Menurut Akta 520 (Pindaan 2011) – Seksyen 33 (Kewajipan Pendaftaran Personel Binaan) setiap personel binaan diwajibkan untuk mendaftar di bawah Lembaga yang sah.

Dengan Kad Hijau ini, apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB.

 

CARA DAFTAR CIDB

Untuk pengguna kali pertama seharusnya anda berdaftar dahulu dengan C IDB untuk membuat permohonan seperti berikut:

  1. Layari pautan CIMS CIDB
  2. Pada menu utama klik pada Daftar Baru > Untuk kontraktor baru / Personel binaan baru / Penyelia latihan baru / Pelatih baru dan lain-lain
  3. Terdapat 2 pilihan pendaftaran iaitu:
    • Organisasi
    • Individu
  4. Sekiranya pilihan anda untuk diri anda, klik pada Individu > Personel Binaan
  5. Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkapkan dan betul
  6. Buka email anda dan klik pada pautan yang diterima melalui email tersebut untuk mengaktifkan akaun anda

 

CARA PERMOHONAN KAD HIJAUCIDB

Setelah selesai daftar akaun, berikut adalah cara permohonan kad hijau CID B:

  1. Log masuk akaun CID B menggunakan kata nama dan kata laluan anda
  2. Pilih dari senarai latihan yang anda ingin ikuti berdasarkan tarikh
  3. Lengkapkan permohonan dengan lengkap
  4. Anda dikehendaki pembayaran sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kursus dijalankan.
  5. Setelah melengkapkan latihan, anda boleh hadir ke kaunter CID B Negeri yang terdekat dengan tempat tinggal anda dan membawa bersama resit pembayaran.

 

SEMAKAN KURSUSCIDB

Berikut adalah cara unyuk menyemak kursus dan program yang di sediakan oleh pihak C IDB:

  1. Layari pautan semakan Kursus CIDB
  2. Anda boleh membuat carian berdasarkan beberapa kriteria iaitu:
    • Negeri (lokasi)
    • Tahun
    • Tarikh program
    • Jumlah mata CCD yang ditawarkan
    • Penganjur
    • Jenis program.

 

APA ITU MATA CCD / CCD POINTS CIDB

Contractor Continuous Development (CCD) ialah program yang direka untuk memastikan kontraktor yang berdaftar dengan CID B sentiasa bermaklumat dan berpengetahuan. Mata CCD diperolehi untuk kontraktor untuk memperbaharui pendaftaran kontraktor.

Kontraktor mesti mempunyai markah mengikut gred yang mengikut keperluan CCD. Terdapat beberapa cara untuk mengumpul mata CCD CID B, ​​iaitu:

  • Menghadiri program yang melibatkan peningkatan ilmu, forum, seminar dan kursus
  • Penglibatan dalam persatuan yang berkaitan
  • Sumbangan dalam program ilmu sebagai penceramah, ahli panel , dan yang berkaitan
  • Sumbangan sosial dan sivik

 

MALUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut menegnai CID B, anda boleh layari laman website rasmi di pautan https://www.cidb.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA ONLINE (Daftar aplikasi.mara.gov.my)

 

1 thought on “CARA DAFTAR CIDB RENEW ONLINE(Semakan Kursus & CCD Point)”

Leave a Comment