PERMOHONAN BANTUAN TABUNG DARUL IMAN (Penyakit Kronik Musibah Kebajikan STDI)

PERMOHONAN BANTUAN TABUNG DARUL IMAN (Penyakit Kronik Musibah Kebajikan STDI)

BANTUAN TABUNG DARUL IMAN

Kepada warga penduduk terutamanya di Negeri Terangganu yang ditimpa musibah atau kurang bernasib baik, anda boleh cuba membuat permohonan bantuan Tabung Darul Iman yang membiayai pelbagai bantuan yang bersesuaian. Disini kami akan kongsikanc ara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU TABUNG DARUL IMAN

Tabung Darul Iman adalah gabungan daripada tiga tabung sedia ada iaitu Tabung Darul Iman, Tabung Bantuan Penyakit Kronik dan Dana Kebajikan Sosial Perubatan yang bertujuan mengurus dan menyelaras bantuan secara sistematik dan efisien.

Terdapat bantuan kepada yang ditimpa musibah seperti ribut, taufan, kebakaran, puting beliung, serangan haiwan liar atau penyakit terhadap ternakan atau tanaman. Selain itu, kepada yang ditimpa penyakit kronik, bantuan pembedahan yang memerlukan kos dan pembelian ubat-ubatan yang tiada dalam senarai Kementerian Kesihatan layak dipertimbangkan.

 

SYARAT PERMOHONAN TABUNG DARUL IMAN

Anda boleh membuat permohonan bagi tujuan kebajikan jika menepati syarat permohonan seperti berikut:

  1. Rakyat Negeri Terengganu atau menetap melebihi 10 tahun dan mendapat sokongan pemimpin Tempatan.
  2. Pemohon atau penjaga hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai pemilih di Negeri Terengganu.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Kepada pemohon yang ingin membuat permohonan, pastikan anda menyediakan dokumen seperti berikut:

  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon (kanak-kanak) / Kad Pengenalan Pemohon / Ibu dan Bapa / Penjaga.
  • Salinan Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu / Akaun Bermastautin jika berkaitan.
  • Salinan surat / bukti lain yang memperakukan telah berdaftar sebagai pemilih Pilihanraya di Negeri Terengganu.
  • Surat / laporan pengesahan daripada agensi Kerajaan yang berkaitan (bagi maksud bantuan musibah) atau surat / laporan pengesahan dari Pegawai / Pakar Perubatan Kerajaan bagi maksud Bantuan Perubatan.
  • Salinan Buku Akaun Pesakit dan Penama jika berkaitan.
  • Dokumen-dokumen lain yang menyokong permohonan.

NOTA: Hanya permohonan yang lengkap akan diproses.

 

CARA PERMOHONAN TABUNG DARUL IMAN

  1. Permohonan Online
  2. Permohonan Manual
    • Permohonan secara manual boleh dilakukan dengan mencetak borang permohonan secara online atau mengambil borang di pejabat Sekretariat / Pusat Khidmat Masyarakat DUN.

 

MUAT TURUN BORANG TABUNG DARUL IMAN

Pemohon perlulah mengisi borang tersebut secara manual dan pastikan disertakan dokumen sokongan berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • Laporan Polis / JKM
  • Laporan bomba / perubatan
  • Surat Kerakyatan Negeri Terengganu

Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN atau pejabat Sekretariat untuk diproses.

NOTA: Setiap permohonan bagi Bantuan Musibah hendaklah dihantar secara manual ke pejabat Sekretariat.

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN TABUNG DARUL IMAN

Pemohon boleh membuat semakan status permohonan melalui pautan berikut:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan Tabung Darul Iman ini, sila merujuk kepada saluran berikut:

  • Pejabat Sekretariat Tabung Darul Iman, Lot PT 60254, Tingkat Bawah, 1 & 2, Dataran Alamanda, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu.
  • Website Rasmi Tabung Darul Iman
  • Telefon: 09-623 3535 / 624 3535
  • Faks: 09-625 1212

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN TERENGGANU DALAM NEGARA 2022

Leave a Comment