DOA MALAM NISFU SYAABAN (Waktu Baca & Kelebihannya)

DOA MALAM NISFU SYAABAN (Waktu Baca & Kelebihannya)

DOA MALAM NISFU SYAABAN

Setiap kali masuknya pada bulan Syaaban, semestinya anda akan melakukan ibadah puasa sunat di bulan Syaaban ini. Pada malam Nisfu Syaaban mempunyai kelebihan dan merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat. Disini kami akan kongsikan kepada anda waktu sesuai untuk dibaca doa dan juga kelebihanya, semoga membantu.

 

APA ITU NISFU SYAABAN

Malam Nisfu Syaaban adalah dari perkataan nisfu yang bermaksud separuh (Nisf). Oleh itu,nisfu syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaban, iaitu pada malam ke-15. Malam Nisfu Syaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat.

 

KELEBIHAN DOA MALAM NISFU SYAABAN

Pada bulan Syaaban, Allah SWT telah mengkhususkan satu malam yang ditawarkan pengampunan daripada-Nya dan dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Berikut adalah merupakan antara kelebihannya:

  • Daripada Mu’az Jabal r.a. daripada Nabi Muhammad SAW bersabda:
    • يطَّلِعُ اللهُ إلى خلقِه في ليلةِ النِّصفِ مِن شعبانَ فيغفرُ لجميعِ خلقِه إلَّا لمشركٍ أو مشاحنٍ
    • Maksudnya: “Allah SWT menjenguk hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan mengampuni semua makhluknya kecuali orang yang mensyirikkan Allah dan orang yang masih bersengketa dan bertelagah.”
  • Imam al Syafi’i berkata:
    • بَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ: إِنَّ ٱلدُّعَآءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيَالٍ، فِي لَيْلَةِ ٱلْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةِ ٱلْأَضْحَىٰ، وَلَيْلَةِ ٱلْفِطْرِ، وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةِ ٱلنِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ
    • Maksudnya: “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada 5 malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”

 

BACAAN DOA MALAM NISFU SYAABAN

Berikut adalah merupakan antara doa yang boleh dibacakan iaitu:

  1. اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
    • Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.”
  2. اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
    • Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan itu).”

 

SENARAI DOA MALAM NISFU SYAABAN

Sebaiknya anda berdoa kepada Allah swt agar kita diberi kesihatan yang baik dan berterusan, agar dapat beribadah pada Allah swt pada setiap masa. Berikut adalah merupakan antara senarai doa yang boleh dibaca iaitu:

  1. Doa Agar Menjadi Hamba-Nya Yang Sentiasa Bersyukur
    • رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّلِحِينَ
    • Maksudnya: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Surah al-Naml 27: 19)
  2. Doa Memohon Keampunan Bagi Kedua Ibu Bapa
    • رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
    • Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.” (Surah Ibrahim 14: 41)
  3. Doa Agar Ditetapkan Hati Dalam Ketaatan
    • رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
    • Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.” (Surah Ali ‘Imran 3: 8)
  4. Doa Memohon Rahmat Daripada Allah SWT
    • رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰحِمِينَ
    • Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.”
    • (Surah al-Mukminun 23:109)
  5. Doa Dijauhi Rasa Hasad Dengki
    • رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
    • Maksudnya: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang. (Surah al-Hasyr 59:10)
  6. Doa Agar Dikurniakan Keturunan Yang Menyejukkan Mata
    • رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
    • Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.”(Surah al-Furqan 25: 74)

ARTIKEL BERKAITAN:

1 thought on “DOA MALAM NISFU SYAABAN (Waktu Baca & Kelebihannya)”

Leave a Comment