TARIKH BAYARAN TUNAI BKSS DI BSN

TARIKH BAYARAN TUNAI BKSS DI BSN

TARIKH BAYARAN TUNAI BKSS DI BSN

Unit Perancang Ekonomi Negeri Sarawak dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata, merujuk kepada status Bantuan Khas Sarawakku sayang (BKSS) 2020 bertarikh 17 JULAI 2020, kira-kira 78,123 isi rumah B40 dan 270,863 golongan bujang B40 menerima bayaran pada hujung bulan Julai.

BAYARAN BKSS B40 ISI RUMAH

Setakat 1 Ogos, bagi insentif BKSS untuk isi rumah B40 layak mereka yang berpendapatan dibawah RM4,000 sebulan, sebanyak 43,481 dari 78,123 isi rumah B40 yang mempunyai akaun bank menerima bayaran RM250 ke akaun bank masing-masing pada 29 Julai, dengan anggaran perbelanjaan RM10.87 Juta. Baki 34,642 porang penerima dari kalangan isi rumah yang tidak mempunyai akaun bank pula, bayaran tunai boleh dituntut dari BAnk Simpanan Nasional (BSN) mulai 7 Ogos ini.

Baca juga tentang HARGA TERKINI BAYARAN BELAJAR LESEN MEMANDU

BAYARAN BKSS B40 BUJANG

Manakala, bagi penerima bantuan bujang B40, setakat 1 Ogos 2020, sebanyak 218,489 dari 270,863 penerima telah menerima bantuan secara one-off berjumlah RM500 menerusi bank masing-masing pada 29 Julai 2020. Jumlah selebihnya 52,374 penerima bantuan Bujang B40 yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran tunai boleh dituntut dari BSN mulai 7 Ogos 2020.

TARIKH BAYARAN TUNAI BKSS DI BSN

STATUS PEMBAYARAN INSENTIF BKSS LAIN

Pada masa yang sama, status pelaksanaan insentif pembayaran tunai bkss yang lain seperti insentif bulanan khas untuk petugas barisan hadapan yang terlibat dalam COVID-19, seramai 30,319 orang telah menerima insentif pembayaran sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh April hingga Julai, dengan jumlah perbelanjaan RM13.5 juta.

STATUS PEMBAYARAN BKSSS PENJAJA & PENIAGA KECIL

Dalam pada itu, bagi penjaja dan peniaga kecil pula, setakat 29 Julai, sejumlah 28,091 orang dibayar melalui sarawak pay menerusi dua bahagian dengan jumlah pembayaran berjumlah RM21,068,250. Sementara itu, 16,867 penjaja dibayar melalui BSN menerusi dua peringkat dengan pembayaran berjumlah RM12,650,250.

PUNCA BAYARAN BKSS JULAI LAMBAT MASUK

Dalam kenyataan tersebut turut dinyatakan, terdapat aduan daripada sebilangan kecil penerima isi rumah B40 yang tidak lagi menerima bantuan BKSS untuk bulan Julai 2020 walaupun mereka telah menerima bantuan B40 BKSS pada bulan April hingga Jun lalu.

Hal ini disebabkan, berdasarkan senarai BSH 2020 yang dikemaskini dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia, terdapat 115,450 penerima yang sebelum ini berada di bawah senarai isi rumah BSH 2019 B40, kini disenaraikan dibawah senarai Bujang BSH 2020 B40.

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BKSS

Bermula 6 Ogos, semakan status pembayaran BKSS boleh dilakukakn di laman web https://www.sarawak.gov.my/web/home/article_view/233/326/

Leave a Comment