TEMPOH IDDAH KALKULATOR(Kematian Suami Putus Haid Cerai Hidup Boleh Tinggal Bersama)

TEMPOH IDDAH KALKULATOR(Kematian Suami Putus Haid Cerai Hidup Boleh Tinggal Bersama)

IDDAH

Kepada wanita yang kemataian suami atau diceraikan, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi Perhatian antaranya ialah tempoh ‘iddah yang wajib dijalani oleh wanita. Tempoh iddah perlu diambil berat oleh umat Islam kerana ia melibatkan persoalan hukum syarak. Disini kami akan kongsikan kepada anda tempoh tersebut, semoga membantu.

 

APA ITU IDDAH

Dari segi istilah, `iddah ialah nama bagi tempoh tertentu bagi seseorang perempuan menunggunya, semata-mata mematuhi perintah Allah (ta’abbudi) atau sebagai tanda kesedihan terhadap pemergian suami, atau memastikan rahimnya bersih daripada kandungan.

Iddah ialah suatu tempoh masa yang dilalui oleh seseorang perempuan selepas perceraian atau  kematian suami di mana dia tidak boleh menikah semula. Tujuannya untuk memastikan kekosongan rahimnya dari mengandung dan tempohnya bergantung kepada berapa kali dia mengalami haid.

 

HUKUM IDDAH

Hukum `iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami.

 

HIKMAH IDDAH

Berikut adalah merupakan beberapa antara hikmah tersebut ialah:

  • Untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu. Ia bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baharu dikahwininya.
  • Bagi `iddah talak raj`ie, ia sebagai ruang kepada suami dan isteri untuk berfikir dan menilai semula segala tindakan dan kesilapan yang telah dilakukan termasuk kesan daripada perceraian yang berlaku. Di samping itu, ia juga dapat memberi peluang kepada suami untuk kembali rujuk kepadaisterinya.
  • Bagi perempuan yang kematian suami, tempoh `iddah juga sebagai tempoh berkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu. Ia juga sebagai tanda menjaga hak suami dan  tanda menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya.  Selain itu, berkabung juga sebagai lambang pengabdian diri terhadap perintah Allah SWT.

 

JENIS IDDAH

Untuk pengetahuan sebab wajib `iddah terbahagi kepada dua bahagian iaitu disebabkan perceraian semasa hidup dan kematian suami. Pengiraan `iddah terbahagi kepada tiga iaitu:

 

  1. `Iddah dengan kiraan suci;
  2. `Iddah dengan kiraan bulan; dan
  3. `Iddah dengan kelahiran atau keguguran kandungan.

 

 TEMPOH IDDAH

Setiap bahagian `iddahh tersebut mempunyai pengiraan tersendiri yang akan menentukan tempoh yang perlu sama ada panjang atau pendek. Berikut adalah merupakan tempoh tersebut iaitu:

BIL

 

JENIS `IDDAHADA HAID/TIADA HAID/SEDANG MENGANDUNGTEMPOH `IDDAHKETERANGAN
i.Bercerai talak raj`ie/ba’inAda haidTiga kali sucia.    Jika ditalaq semasa dalam keadaan suci, `iddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga.

b.    Jika ditalaq semasa dalam keadaan haid, `iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.

c.    Jika ditalaq semasa dalam keadaan nifas, hendaklah menunggu sehingga tiga kali suci selepas nifas. `Iddahh tamat  apabila datang haid yang keempat.

ii.Bercerai talak raj`ie/ba’inTiada haid (sama ada kerana penyakit, telah dibuang rahim, telah putus haid, belum pernah haid atau lain-lain)Tiga bulan
iii.Bercerai talak raj`ie/ba’inSedang mengandungSehingga bersalin atau kandungan gugurSelesai `iddahh apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang  menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar.
iv.Bercerai talak raj`ie/ba’in dan belum pernah disetubuhi

 

Ada haid atau tiada haidTiada `iddahh

 

 

 

 

v.Bercerai talak raj`ie/ba’in dan menghidap istihadhaha.  Haid tidak menentu tetapi masih dapat mengetahui kebiasaan perjalanan darah haidnya.

 

b.  Haid tidak menentu dan tidak  mengetahui kebiasaan perjalanan haidnya atau tidak dapat membezakan antara darah haid dan istihadhah.

Tiga kali suci Tiga bulan

 

 

 

 

 

 

 

 

vi.Berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talak raj`ie dan tidak mengandungAda haid atau tiada haidEmpat bulan sepuluh hariKiraan `iddahh baru bermula pada tarikh atau hari kematian suami walaupun sebelum itu `iddahh isteri sama ada dengan tiga kali suci atau tiga bulan telah hampir tamat.
vii.Berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talak ba’in dan tidak mengandungAda haid atau tiada haidTiga kali suci atau tiga bulanKekal `iddahh talak ba’in sama ada dengan kiraan tiga kali suci atau tiga bulan dan `iddahh tidak bertukar kepada `iddahh kematian suami.
viii.Kematian suami sama ada                                                    telah disetubuhi atau belum disetubuhi dan tidak mengandungAda haid atau tiada haid

 

 

Empat bulan sepuluh hariWanita yang kematian suami bukan sahaja wajib ber`iddahh, tetapi juga wajib berkabung.
ix.Kematian suamiSedang mengandungSehingga melahirkan anak atau kandungan gugurSelesai `iddahh apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang  menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar.
x.Suami hilangAda haid, tiada haid atau sedang mengandungIsteri wajib menunggu selama empat tahun. Selepas tempoh tersebut, isteri  wajib pula ber`iddahh kematian suami selama empat bulan sepuluh hari.Bagi kes suami hilang, isteri boleh mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah bagi mendapatkan pengesahan kematian suami atau membuat tuntutan fasakh.

Rujuk: Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment