PERMOHONAN GERAN USAHAWAN BANGSA JOHOR (Usahawan Mikro)

PERMOHONAN GERAN USAHAWAN BANGSA JOHOR (Usahawan Mikro)

GERAN USAHAWAN BANGSA JOHOR

Kepada usahawan mikro yang berada di negeri Jogor, anda boleh mencuba membuat permohonan Geran Usahawan Bangsa Johor yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri johor. Disini kami akan kongsikan cara membuat pernohonan, semoga membantu.

 

APA ITU GERAN USAHAWAN BANGSA JOHOR

Program Garan Usahawan Bangsa Johor 2023 (GUBJ) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Johor dan dilaksanakan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB). Bantuan ini hanya boleh dimohon oleh usahawan bertaraf mikro sahaja.

 

CIRI-CIRI GERAN USAHAWAN BANGSA JOHOR

Berikut adalah merupakan ciri-ciri geran ini iaitu:

  • Usahawan bertaraf mikro sahaja
  • Mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang (merujuk Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) 2013).

 

KADAR BANTUAN GERAN USAHAWAN BANGSA JOHOR

Nilai bantuan adalah SEHINGGA RM 10,000 kepada pemohon usahwan mikro yang berkelayakan

 

TEMPOH PERMOHONAN GERAN USAHAWAN BANGSA JOHOR

Permohonan secara atas talian boleh dibuat bermula 15 Januari sehingga 6 Februari 2023.

 

SKOP BANTUAN GERAN USAHAWAN BANGSA JOHOR

Berikut adlah skop bantuan geran ini iaitu:

  1. Mesin atau peralatan (sila kepilkan 1 sebutharga daripada pembekal)
  2. Mesin & peralatan yang dimohon tidak dibenarkan untuk penambahan stok dan kegunaan pejabat.
  3. Mesin & Peralatan haruslah dapat membantu meningkatkan tahap perkhidmatan sesebuah syarikat.
  4. Sebut harga haruslah daripada pembekal yang sah dan tidak boleh diambil daripada platform atas talian seperti Lazada, Shoppe atau laman e-dagang lain.
  5. Sebut harga perlu mempunyai cop rasmi dan “letterhead’’ syarikat pembekal.

 

KATAGORI PERNIAGAAN LAYAK GERAN USAHAWAN BANGSA JOHOR

Berikut adalah merupakan katagori pernigaan mikro yang layak membuat permohonan geran ini iaitu:

  1. Pembuatan dan Pemprosesan Makanan dan Minuman
    • Merangkumi pembuatan dan pemprosesan makanan dan minuman
    • Termasuk perniagaan perkhidmatan catering.
    • Termasuk penjaja / peniaga kecil
    • Peniaga kopi jalanan (Barista)
  2. Pendidikan
    • Merangkumi bidang perkhidmatan yang berkaitan seperti pusat asuhan dan tadika.
  3. Percetakan
    • Merangkumi bidang perkhidmatan percetakan
  4. Automotif
    • Merangkumi bidang perkhidmatan kenderaan bermotor seperti bengkel motorsikal dan bengkel kereta.
  5. Perkhidmatan Pengurusan Acara
    • Merangkumi bidang perkhidmatan pengurusan dan perancangan acara
    • Perkhidmatan seni kreatif seperti pemuzik jalanan atau band yang berdaftar
  6. Perkhidmatan Guntingan Rambut
    • Merangkumi bidang perkhidmatan dandanan rambut

 

KATAGORI PERNIAGAAN TIDAK LAYAK GERAN USAHAWAN BANGSA JOHOR

Berikut adalah merupakan katagori pernigaan mikro yang tidak layak membuat permohonan geran ini iaitu:

  • Elektrik / plumbing / kimpalan / kontraktor
  • Agro / perikanan / penternakan
  • Jahitan
  • Pelancongan dan penginapan
  • Perabot dan perkayuan dan pertukangan
  • Sukan / hobi / kraf
  • Teknologi maklumat / komputer / gajet
  • Kewangan / insurans / konsultan
  • Perkhidmatan perniagaan
  • Spa dan kecantikan
  • Termasuk perniagaan selain daripada yang disenaraikan atau yang tidak patuh syariah

 

SYARAT PERMOHONAN GERAN USAHAWAN BANGSAJOHOR

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan kepada pemohon bagi permohonan Geran ini iaitu:

  1. Penduduk Tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut
  2. Berumur 18 hingga 65 tahun semasa memohon
  3. Mempunyai premis perniagaan atau bengkel atau ruang khas di dalam rumah yang beroperasi di dalam Negeri Johor.
  4. Syarikat yang BELUM PERNAH menerima mana-mana bantuan Kerajaan Negeri Johor dalam tempoh 2 tahun.
  5. Telah menjalankan perniagaan selama 6 bulan dan ke atas mengikut tarikh pendaftaran SSM.
  6. Mengemukakan salinan penyata akaun syarikat untuk 1 bulan terkini atau 1 bulan penyata akaun simpanan peribadi.
  7. Menyertakan gambar premis, bengkel atau ruang khas bagi perniagaan yang dijalankan.
  8. Satu syarikat hanya layak untuk satu permohonan sahaja.
  9. Perniagaan dijalankan sepenuh masa dan beroperasi di dalam Negeri Johor
  10. Sila berikan satu (1) sebutharga bagi peralatan / mesin yang dipohon. Sebutharga yang diberikan dijadikan panduan bagi jenis item dan harga dan tidak mengikat pihak PUJB untuk memilih pembekal tersebut.

 

CARA PERMOHONAN GERAN USAHAWAN BANGSA JOHOR

Kepada usahawan mikro yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

  1. Daftar Akaun PADU
    • Anda perlu membuka akaun PADU dengan melayari www.padu.pujb.my dan daftar akaun anda
  2. Log Masuk Sistem PADU
    • Log masuk ke dalam sistem PADU menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Borang Maklumat Usahawan
    • Lengkapkan dan kemaskini borang maklumat usahawan dengan lengkap, betul dan telus
  4. Rujuk Papan Pemuka
    • Cari iklan permohonan di ruangan di papan pemuka dan klik maklumat lanjut untuk mula permohonan
  5. Borang Permohonan Geran
    • Lengkapkan borang permohonan geran usahawn bangsa Johor dengan lengkap, betul dan telus
  6. Klik Butang Hantar
    • Setelah selesai mengisi borang permohonan, klik butang hantar dan permohonan anda telah direkodkan.

NOTA: Hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi semula melalui email. Sekiranya tidak mendapat sebarang makluman daripada PUJB dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup, permohonan

 

KAEDAH PERLAKSANAAN 

Berikut adalah merupakan kaedah perlaksaan geran ini iaitu:

  1. Saringan Permohonan & Dokumen
  2. Sesi Temuduga Secara Fizikal
  3. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal
  4. Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan

NOTA: Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Geran Usahawn Bangsa Johor, anda boleh merujuk apda saluran berikut:

  1. Website rasmi PUJB: https://www.pujb.my/
  2. Telefon : 07- 510 2542 (Waktu pejabat sahaja)
  3. Whatsapp : +6011-20755135 (Waktu pejabat sahaja)

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT JOHOR MAIJ (Semakan Status maij.gov.my)

Leave a Comment