SYARAT & CARA PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN TINGKATAN 4 MRSM 2021

Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka sistem aplikasi secara atas talian (online) untuk Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) pengambilan pelajar baharu bagi tahun 2021 kepada calon atau pelajar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
Permohonan adalah terbuka kepada pelajar tingkatan tiga (PT3 2020) yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
Baca juga tentang CARA PERMOHONAN PEDULI SISWA 2020
SYARAT & CARA PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN TINGKATAN 4 MRSM 2021
Permohonan Online Mrsm Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains Mara Tahun 2021
Berikut disertakan maklumat berkaitan antaranya seperti prosedur cara untuk membuat permohonan atas talian (online), tempoh permohonan dan syarat umum juga tambahan bagi pemilihan kemasukan ke tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MARA untuk pengambilan tahun 2021
Tarikh SemakanTARIKH PERMOHONAN MRSM 2021 TINGKATAN 4
Dibuka Mulai | Ditutup |
24 Ogos 2020, 9 Pagi | 4 Disember 2020 |
Tarikh adalah rasmi seperti dimaklumkan oleh Portal Rasmi MARA
SYARAT UMUM KELAYAKAN KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 4 TAHUN 2021
- Pemohon adalah warganegara Malaysia
- Ibu atau bapa merupakan warganegara Malaysia
- Pemohon perlu mengisi borang permohonan online
- Pemohon adalah sihat tubuh badan
- Pemohon yang kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain
CARA DAN LANGKAH BUAT PERMOHONAN ONLINE
Pemohon baru hendaklah mendapatkan kata laluan (percuma) terlebih dahulu sebelum dapat mengakses sepenuhnya sistem borang permohonan online
Kata laluan boleh didapati dengan mendaftarkan sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 4 menerusi sistem pada judul pautan berikut
Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan
- Sistem Aplikasi Borang Permohonan Online MRSM Tingkatan 4 Tahun 2021
- Panduan Mengisi Borang Permohonan Online MRSM Tingkatan 4 Tahun 2021
SYARAT KHUSUS | KELAYAKAN KHUSUS KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 4 TAHUN 2021
Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar. Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah
- Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum
- Keutamaan diberikan kepada pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah
- Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan kepada merit
UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM)
Bagi kemasukan ke MRSM pada tahun ini, calon diwajibkan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) untuk menguji potensi serta minat calon
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) melibatkan subjek Matematik, Sains dan juga Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian
Pemohon disarankan memahami dan meneliti senarai panduan yang disertakan dan perlu juga merujuk kepada maklumat sistem pendidikan MRSM sebelum melengkapkan butiran permohonan online
Ditegaskan, sila luangkan masa bagi memahami, meneliti dan membaca dahulu langkah-langkah untuk membuat permohonan
Saranan adalah bertujuan untuk mengelakkan pemohon daripada membuat sebarang kesilapan yang berpotensi menyebabkan permohonan akan ditolak
Sila ikuti arahan-arahan yang telah diberitahu dan apa tindakan selanjutnya melalui maklumat-maklumat yang disertakan dalam sistem permohonan online
Semua pelajar tingkatan 3 (2020) yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak boleh membuat permohonan kemasukan ke tingkatan 4 MRSM 2021 sekiranya berminat dengan sistem pendidikan MRSM walaupun peperiksaan PT3 2020 dibatalkan
Bagaimanapun, hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan selepas mengambil kira syarat keutamaan lain yang telah ditetapkan